“Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” (Surah Al-Maidah : Ayat 90) Ayat 90 surah Al-Maidah telah menjelaskan kepada kita mengenai hukum tilik dan ramalan nasib yang kerap dilakukan oleh masyarakat pada masa kini. Ya, ramai di kalangan kita yang tidak sedar akan perkara ini. Membaca ramalan zodiak di majalah ataupun mana-mana laman sosial adalah dikategorikan sebagai meramal nasib. Seolah-olah satu kegilaan yang menggila, begitulah hebatnya virus syirik yang menyerang umat islam di Malaysia. Entah ke mana hilangnya kewarasan diri hinggakan mereka begitu mudah diperbodohkan oleh golongan “bijak” yang menjaja Rahsia Tarikh Lahir demi keuntungan peribadi. Di Facebook, gejala ‘tag-mengetag’ Rahsia Tarikh Lahir, Rahsia Bulan Lahir, Rahsia Bulan Lahir Pasangan, Rahsia Bulan Islam dan macam-macam lagi Rahsia Yang Sesat dan Menyesatkan begitu menjadi-jadi.
Allah S.W.T telah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam Al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan yang pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Ramalan-ramalan seperti ini menyebabkan ramai dikalangan kita terlupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dan izin Allah dan perkara ini akan memberi kesan kepada akidah kita.
Ada yang benar-benar percaya, kononnya ia menepati (atau hampir-hampir menepati) hidup dan kehidupannya. Ada yang sungguh -sungguh yakin, dengan beralasan itu adalah hasil kajian tokoh tertentu selama berpuluh-puluh tahun, apatah lagi tokoh itu adalah tokoh terkemuka. DAN ada juga yang beralasan, ia sekadar suka-suka sahaja. Walau apapun alasan, jawapannya tetap sama iaitu ia sesat dan menyesatkan serta boleh merosakkan akidah.
“Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya.” (Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad). Selain itu, bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini suka meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah Al-Quran untuk tujuan ramalan mereka. Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, seperti ramalan cuaca untuk mengetahui kedudukan awan dan angin dengan menggunakan alatan canggih moden dan visual dari satellite. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal sahaja. Semua ini merupakan syirik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita, sama ada baik atau buruk. Justeru hendaklah ditinggalkan, bahkan dijauhkan sejauh-jauhnya – apa-apa kepercayaan bahawa sekian-sekian petanda, amalan atau tarikh lahir dapat memberi pengaruh kepada nasib baik atau buruk seseorang.
Untuk mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu : a) Al Quran b) Hadith Sohih & Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah) مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. (Riwayat Muslim) Sumber :
Download Risalah I-Kent Edisi 15 |
Apr 30, 2011
Tilik Dan Ramalan Nasib: Di Mana Iman Kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terhangat
-
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
-
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
-
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
marilah kita sama2 menyedarkan saudara2 kita!
ReplyDelete