May 20, 2012

Mari Kenali Jenis-Jenis Syaitan..

Salam alaik..
Mari kenali jenis-jenis syaitan serta peranannya yang wujud disekeliling kita.. =)



Tsabr
Peranannya:
Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan..
Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah..
Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan..
Seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi..
Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah..

A'war
Peranannya:
Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina..
Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun..
A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu..

Miswath
Peranannya:
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan..
Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar..
Agar manusia itu akan kucar-kacir..
Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh..
Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat..

Dasim
Peranannya:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan..
Selalunya dalam kes rumahtangga..
Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan..

Zaknabur
Peranannya:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat..
Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan..
Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan)..
Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan..
Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi..
Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan)..

Khanzab
Peranannya:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat..
Mengganggu umat Islam dalam melakukan solat..
Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah..
Dan mengelakkan agar solat menjadi sempurna..

Walhan
Peranannya:
Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk (bersuci sebelum melakukan solat)..
Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya..
Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah..
Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda..


Rumusan:
Kuatkan hati untuk mengerjakan perintah Allah agar kita menang untuk tidak cair mendengar bisikan dan hasutan syaitan-syaitan ini..
Barakallahufik..



Sumber: Dr.Ahmad H.Sakr (2012). Biografi Syaitan, Inteam Publishing.





May 17, 2012

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester 2012..

Salam Alaik..


Selamat menduduki peperiksaan kepada guru pelatih IPG Kampus Kent, Tuaran:

PISMP Ambilan Januari 2009, 2010, 2011, 2012..
PPISMP Ambilan Jun 2011..
PPISMP Ambilan Disember 2011..
DPLI Ambilan Disember 2011..

Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih seluruh IPG di Malaysia..^^ 

Peperiksaan akan berlangsung pada:
14 Mei hingga 24 Mei 2012.. ^^




Semoga dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan..
Serta doa2 kalian dimakbulkan oleh Allah..
Barakallahufik.. ^^ 


Bittaufiq Wannajah fil imtihan..
Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..
Ya Allah.. Berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..
Amin..
 




May 16, 2012

Selamat Hari Guru..


Rasulullah saw bersabda..
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
~HR. Muslim~


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
~HR al-Tarmizi~


Terima Kasih dengan segala perngorbanan para pendidik seluruh IPG..
Khasnya para pensyarah IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah..

Syukran Jazilan kerana mendidik kami dengan sebaiknya..
Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah kalian berikan.. 
Barakallahufik..




Hakikat Kecantikan..




Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki.. 

Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya..

Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal..

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki..

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’..

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.. 


Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah: 


Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki..

Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya..

Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal..

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram..

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja..

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’..




Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya..
Tariklah perhatian Allah..
bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..






May 11, 2012

Risalah I-Kent Edisi 26 : Kisah Nabi Muhammad SAW Dan Iblis..








Animasi Perdebatan Antara Seorang Pemuda Dengan Seorang Hamba Allah..




Semoga kalian mendapat sesuatu daripada video ini..
Barakallahufik.. =)




Sumber: Youtube


4 Tanda Hidup Tak Berkat..


Salam Alaik
Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan..
Namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini..
Tidak mendatangkan keberkatanNYA..
Na’uzubillah..

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 


1. Duit banyak, tapi cepat habis..
 
Tak pasti duit labur ke mana..
Pendapatan bertambah..
Tapi asyik tak cukup sja..
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia..
Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah..
Tapi, kita jadi makin kedekut..
Sedekah tak bertambah..
Duit tetap habis ke tempat lain.



2. Buat kerja.. Tapi tidak pernah selesai..
 
Asignmemt ada macam-macam..
Idea banyak, tapi malas nak buat..
Macam-macam projek kita cuba nak lakukan..
Tapi semuanya tergantung. 
Semuanya tergendala..
Satu pun tak berjaya..
Kalau ada yang menjadi..
Tapi tak seperti yang dirancangkan..


 
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
 
Baca buku banyak..
Tapi ilmu satu pun tak lekat..
Nasihat orang pandai..
Tapi diri pun tunggang langgang..



4. Masa digunakan dengan sia-sia.
Kononnya sibuk..
Tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia..
Leka main Facebook.. Leka tengok TV.. Leka berborak dengan kawan..
Leka main game..
Leka melepak dengan kawan-kawan..
Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh..
Solat pun akhir waktu..
Solat tak sampai 5 minit..
Zikir langsung tak amal..
Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas..

Rumusan..
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tanya pada diri..
Adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah..

Aduh..
Alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini..
Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini..
Malah akan bankrap di akhirat nanti..
Na’uzubillah..
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah Ta’ala..
Untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing..
Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga..

Selamat beramal..
Barakallahufik.. ^^




Sumber: Islamic Articles & Gambar ihsan dari Google..


Terhangat