Feb 23, 2012

Guru Pelatih Bertanya.. Ustaz Menjawab.. Part 1

Permasalahan berkaitan seseorang memegang anjing dan seterusnya memegang perkara-perkara lain..


Ustaz Sattar Mohd merupakan salah seorang bekas pensyarah JAPIM dari IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
Kini.. beliau telah menyambung tugas di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan..
 FaceBook Ustaz Sattar..

Semoga dapat membantu meningkatkan pengetahuan anda.. 
Barakallahufik..




Feb 22, 2012

Islam Kita Di Mana?

Ehsan dari Google..
"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah.. Kurang pahala nanti.."
"Tak payah lah bercakap hal agama dalam pejabat.. Dalam masjid dah lah.."
Adakah SEKADAR di masjid dan di surau sahaja?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Nak solat kenalah tutup aurat.. Nati tak sah.."
"Panaslah nak tutup aurat kat luar ni... Malaysia ok.. So hot and spicy!.."

Adakah ketika IBADAH KHUSUS sahaja?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Nak exam kenalah jaga solat.. Banyakkan berdoa.. Stop sekejap dating.."
"Allah.. Exam lambat lagi.. Nanti-natilah study.. Solat lambut pun takpa.."

Adakah ikut MUSIM? Hamba Allah atau Hamba Exam?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Masa akad nikah.. I nak pakai tudung.. Lagipun akad nikah dalam masjidkan.."
"Untuk sanding.. I nak baju design berbelah sini sikit.. Sekali seumur hidupkan.."

Adakah hanya ketika LAFAZ SAKINAH sahaja? 
Islam kita di mana?



Ambil yang kita SUKA?
Atau GUNA hanya di mana kita nak?
Atau mungkin Islam hanya dalam KAD PENGENALAN?


Kita ibarat menganak-tirikan agama..
Bukankah Allah telah MENGINGATKAN kita dalam firmanNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman.. Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan.. Dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan.. Sesungguhnya.. Syaitan itu musuh yang nyata bagimu.."
~Surah Al-Baqarah: Ayat 208~


Sumber: Islam kita di mana? http://shakilaseha.blogspot.com/


Feb 19, 2012

Belajarlah Daripada Semut...



Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut mengatakan yang ia hanya memerlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.


Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya: "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan.. Sedangkan kamu pernah berkata hanya memerlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?".


Sang Semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu, Sang Semut tidak perlu risau akan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat-cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu.. Kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?


Pengajaran Cerita..

Ertinya.. Semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.. Dia mampu bertahan.. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan..


Kesimpulannya..

Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut...
Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki.. 
Bergantunglah kepada Allah..

Sebagai contoh: Ada pihak yang berkata..
"Saya jamin bekalan makanan dan simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun.."

Jangan terlalu yakin.. 
Sebaliknya..
Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri..

 * Walaupun dari aspek pengajian yang kita akan lulus dengan cemerlang.. Jodoh yang mendatang dan rezeki yang kita akan terima.. 

Berikhtiar.. Berusahalah.. Bertawakal kepada Allah..
Jika tidak.. Kita akan dikecewakan..
Jadilah seperti semut...


Barakallahufik..


Sumber:
Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd.Juoi, Telaga Biru..






Feb 18, 2012

Majlis Perlantikan Crew JSNY Baru Bagi Sesi 2012/2013

Salam Alaik..
Sekitar Majlis Perlantikan Crew JSNY baru bagi sesi 2012/2013
Pada 8 Februari 2012
Di Surau Nurul Yaqin, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.


Mantan Pengerusi Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012.. Azmirul Ahmad menerima sijil penghargaan dari Ustaz Harun.

Salah seorang Crew JSNY baru menerima sijil perlantikan tugas..


Antara hadirin yang hadir ketika majlis berlansung..

Majlis Tertinggi Crew JSNY baru menandatangani penerimaan tugas selaku Crew JSNY sesi 2012/2013



Ikrar setelah menerima tugas sebagai Crew JSNY sesi 2012/2012

Tahniah kepada crew JSNY yang baru dilantik..
Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakanya kerana Allah Taala..
Memartabatkan Kehidupan Islamik Di IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah..


Barakallahufik.. =)




Perarakan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Daerah Tuaran

Salam Alaik..
Perarakan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Daerah Tuaran telah berlansung di Padang IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

Wakil-wakil dari pegawai kerajaan dari pelbagai institusi


Wakil-wakil dari penduduk kampung sekitar daerah Tuaran






Wakil dari Unit Pengajian Agama Islam Januari 2011, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah


Antara pensyarah JAPIM IPG Kampus Kent yang hadir.. Dari kanan Ustaz Fauzi dan Ustaz Harun



Jadikan Rasulullah sebagai satu contoh tauladan yag baik untk kita semua..
Hiasilah kehidupan kita dengan sunnah-sunnah Rasulullah..

Barakallahufik.. =)




Feb 15, 2012

Kelas Mudah Belajar Al-Quran Menggunakan Teknik Al-Baghdadi


Warga Muslimin dan Muslimat IPG Kampus Kent digalakkan untuk mengikuti kelas Al-Quran ini untuk memperbaiki cara bacaan Al-Quran..

Kelas Al-Quran ini akan dikendalikan oleh Pensyarah JAPIM IPG Kampus Kent iaitu
Ustaz Zakiamin Al Hafiz..

Marilah sama-sama memperbaiki cara bacaan Al-Quran.. =)

Barakallahufik..


Terhangat