Feb 22, 2012

Islam Kita Di Mana?

Ehsan dari Google..
"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah.. Kurang pahala nanti.."
"Tak payah lah bercakap hal agama dalam pejabat.. Dalam masjid dah lah.."
Adakah SEKADAR di masjid dan di surau sahaja?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Nak solat kenalah tutup aurat.. Nati tak sah.."
"Panaslah nak tutup aurat kat luar ni... Malaysia ok.. So hot and spicy!.."

Adakah ketika IBADAH KHUSUS sahaja?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Nak exam kenalah jaga solat.. Banyakkan berdoa.. Stop sekejap dating.."
"Allah.. Exam lambat lagi.. Nanti-natilah study.. Solat lambut pun takpa.."

Adakah ikut MUSIM? Hamba Allah atau Hamba Exam?
Islam kita di mana?


Ehsan dari Google..
"Masa akad nikah.. I nak pakai tudung.. Lagipun akad nikah dalam masjidkan.."
"Untuk sanding.. I nak baju design berbelah sini sikit.. Sekali seumur hidupkan.."

Adakah hanya ketika LAFAZ SAKINAH sahaja? 
Islam kita di mana?



Ambil yang kita SUKA?
Atau GUNA hanya di mana kita nak?
Atau mungkin Islam hanya dalam KAD PENGENALAN?


Kita ibarat menganak-tirikan agama..
Bukankah Allah telah MENGINGATKAN kita dalam firmanNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman.. Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan.. Dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan.. Sesungguhnya.. Syaitan itu musuh yang nyata bagimu.."
~Surah Al-Baqarah: Ayat 208~


Sumber: Islam kita di mana? http://shakilaseha.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat