Mar 26, 2010

tips kejayaan seorang muslim~


Kalau diikutkan, banyak sudah tips2 untuk berjaya yang kita sudah baca dan ketahui dalam buku-buku motivasi, internet dan ceramah-ceramah motivasi yang disampaikan oleh motivator yang berpengalaman. Namun begitu, mesti ada juga terdetik di hati kita, walaupun kita sudah mengamalkan tips-tips yang dinyatakan,tetapi masih juga kita ada kekurangan dalam apa jua bidang yang ingin kita capai. Sebagai muslim, kita tidak seharusnya berputus asa, akan tetapi kita hendaklah berdoa agar kita dapat mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Apa yang menarik untuk saya kongsi adalah formula kejayaan seorang muslim yang saya petik dari iLuvIslam.com:

" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat Jarang ku sedari itu pemberianMu Terkadang rasa itu kerana Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 4 plat tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan ba
hawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Banyakkan bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kitaOleh itu sedarlah sentiasaSemua itu dari Allah SWT


Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya

Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?
Maka ingin saya katakan di sini;
"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Mar 4, 2010

Halal & Haram



Kita selalu mendengar ceramah mengenai apa yang halal dan apa yang haram juga kan? Itulah pengisian yang selalu disampaikan oleh Ustaz Rusdi dalam kuliah Maghrib setiap malam Rabu..
Antaranya adalah:
  • segala sesuatu pada dasarnya adalah mubah iaitu harus pada mulanya
  • halal dan haram adal ketetapan Allah
  • mengharamkan yang halal dan mengharamkan yang halal adalah musyrik
  • sesuatu yang diharamkan adalah disebabkan perkara itu tidak baik dan merugikan
  • perkara yang halal menafikan keperluan perkara yang haram bila dah ditetapkan perkara itu halal kita tidak perlu yang haram sebenarnya -"Dia yang mencipta mekhluk,maka tahu akan keperluan makhluknya"

Mar 3, 2010

3.3.1924



HARI INI DALAM SEJARAH ISLAM

Tahukah anda semua..hari ini bersamaan dengan 3 Mac 2010, Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah 86 tahun sudah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah.Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .





Akhlak رسولالله


Pada kuliah maghrib semalam,Ustaz Zakiamin bin Haji Harun telah menyampaikan kuliah berkaitan dengan akhlak Rasulullah sepanjang hayatnya. Antara akhlak yang disebut oleh ustaz mengenai akhlak dan sifat peribadi Baginda Rasulullah sepanjang hayatnya adalah:
  • Rasulullah seorang yang romantik bersama isterinya
  • Rasulullah tidak pernah seumur hidupnya menyentuh tangan wanita lain selain haknya
  • Baginda tidak pernah mengeluh walau apa keadaan sekalipun
  • Rasulullah seorang yang sangat sederhana
  • Baginda sangat memuliakan para tetamunya, sehingga sanggup berlapar untuk menghidangkan tetamunya
  • Baginda tidak pernah seumur hidupnya berasa kenyang-hanya menjamah kurma,gandum dan susu kambing sebagaimana di dalam hadis "berhenti sebelum kenyang"
  • Rasulullah seorang yang amat kaya tetapi baginda menginfakkan harta baginda ke jalan الله dan orang yang lebih memerlukan
  • Baginda sanggup berjalan jauh untuk menziarahi orang sakit
Bersama-samalah kita mencontohi akhlak peribadi Baginda Rasulullah..

Terhangat