Jul 8, 2009

Tamrin Nuqaba' 2009

Pada 3-4 Julai 2009, Lajnah Tanzim Usrah Jawatankuasa Surau Nurul Yaqin telah mengadakan satu program yang diberi nama Tamrin Nuqaba'. Tamrin ini telah dijalankan bertempat di Surau Nurul Yaqin dan disertai oleh 31 orang peserta yang dipilih oleh para naqib dan naqibah daripada usrah masing-masing.


Antara objektif utama tamrin ini diadakan ialah untuk melatih para peserta ke arah persediaan untuk menjadi naqib dan naqibah pada masa akan datang dan seterusnya meneruskan lagi perkembangan dakwah di bumi Kent tercinta ini. Semoga program yang telah pun dianjurkan ini dapat memberikan seribu satu pengajaran dan iktibar kepada semua yang terlibat. Insyaallah.


: Sekitar perjalanan Tamrin Nuqaba' 2009 ::


Sesi pendaftaran peserta


Kuliah Maghrib



Kita makan dulu!


Ta'aruf bersama peserta



Srikandi harapan agama

Bersama memikirkan nama dan motto kumpulan


Ceria dan bersemangat ketika LDK



Antara hasil kerja kumpulan



Para fasilitator sibuk mengadakan perbincangan


Jul 2, 2009

Usrah Tanpa 'Cahaya'?


Seperti minggu-minggu sebelum ini, aktiviti Usrah Umum untuk Muslimat di kampus ini akan mengisi ruang pada setiap hari Khamis sejurus selepas solat Isyak. Begitu juga pada hari ini. Walaupun para Naqibah sedang berada dalam 'mood' praktikum, namun aktiviti mingguan ini tetap diteruskan. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ahli-ahli usrah yang sudah lama tidak dijenguk iman dan rohaninya. Namun belum pun sempat salam dihulur, tangan dijabat, khabar ditanya, tiba-tiba sahaja 'kegelapan' yang terlebih dahulu menjelma. 'BLACKOUT'. Apa yang berlaku seterusnya?


Sejurus sahaja menunaikan solat Isyak secara berjemaah, kami hanya duduk-duduk sahaja sambil berborak kosong. Muslimat yang hadir pada waktu itu hanyalah sekitar 10 orang termasuklah beberapa orang Naqibah. Ketika itu semuanya sepakat untuk membatalkan sahaja usrah ini atas alasan 'blackout'. SMS pun telah dihantar kepada rakan-rakan lain untuk memberi makluman kepada mereka. Namun, tidak lama selepas itu, muncul lagi beberapa orang Muslimat yang seterusnya menyebabkan kami sepakat mengubah 'plan'. Ya. Usrah tetap diteruskan walaupun tanpa 'cahaya' yang menerangi. Alhamdulillah.




Terima kasih kepada adik-adik yang sudi hadir. Ketiadaan 'cahaya lampu' tidak menghalang kita untuk berusaha mencari 'cahaya hidayahNya'. Disebabkan tidak ramai, usrah diadakan secara bergabung. Semua Naqibah dan ahli-ahli usrah yang hadir duduk bersama dalam satu halaqah. Santai. Apatah lagi sambil menikmati kerepek Johor yang dibawa oleh salah seorang naqibah. Begitu bersemangat sekali semuanya memberikan pandangan mengenai topik yang dibawa oleh para naqibah. CINTA. Apakah pandangan yang diberikan? Will update later.


:: updating ::


Pelbagai pandangan telah dikongsi oleh muslimat yang hadir mengenai CINTA. Secara tuntasnya, setelah dicampur tolak darab dan bahagi, inilah hasilnya.....(renungan untuk kaum hawa)


"Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah. Allah tidak akan membiarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya kerana Allah begitu menyintainya. Akan tetapi, jika hati kita bergelumang dengan cinta lelaki (lebih-lebih lagi yang melanggar batas yang ditetapkan Islam), pernahkah kita merenung kejadian itu? Adakah kita sedar akan ujian yang diturunkan Allah itu? Dan kadang kala tanpa kita sedari, Allah mendatangkan kesedaran dalam hati kita untuk meninggalkan cinta yang dipenuhi dosa itu. Hal ini menunjukkan Allah mahu mengambil kita semula untuk dijaga dan dipeliharaNya...." Wallahualam...



Terhangat