Jul 30, 2011

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesenian Islam, IPG Kampus Kent




Muslimah.. Jagalah 13 perkara ini..





Bulu kening..
Menurut Bukhari:
Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening..
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
~Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari~



Kaki memakai gelang berloceng..
"...Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..."
~Surah An-Nur:Ayat 31~

Keterangan:
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan..
Mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng..
Sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..




Wangian..
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian..
Kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya..
Maka wanita itu telah dianggap melakukan zina..
~Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban~


Dada..
"..Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.."
~Surah An-Nur:Ayat 31~



Gigi..
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
~Hadis Riwayat At-Thabrani~

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~



Muka dan leher..
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu..."
~Surah Al -Ahzab: Ayat 33~

Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah..


Muka dan Tangan..
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis..
Sabda Rasullulah:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
~Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari~



Tangan..
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
~Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi~




Mata..
"..Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.."
~Surah An Nur: Ayat 31~

Sabda Nabi Muhamad SAW:
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram."
~Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi~



Mulut (suara)..
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
~Surah Al Ahzab: Ayat 32~

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
~Hadis Riwayat Ibn Majah~



Kemaluan..
"..Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..."
~Surah An Nur:Ayat 31~

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
~Hadis Riwayat Al Bazzar~

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
~Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah~


Pakaian..
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
~Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah~

Firman Allah yang bermaksud:
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
~Surah Al Ahzab Ayat 59~

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~

Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



Rambut..
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~


Jagalah 13 perkara ini..
Insya Allah.. Anda akan di janjikan syurga yang hakiki..
Barakallahufik.. =)
Selamat beramal..



Sumberhttp://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/01/muslimah-awas-13-aurat-mu-yg-wajib-di.html




Menyelam dikira sudah berwuduk??


Dalam kitab Fath al-Muin Hamish 'I'anah al-Talibin (jil.1,hlmn.42) dinyatakan:
"Dan jika seseorang yang berhadas menyelam walaupun di dalam air yang sedikit dan berniat untuk berwuduk dan tidak menyelam dalam tempoh yang lama tetapi dengan kadar yang cukup untuk tertib, maka sah wuduknya."

Tidak perlu gosok setiap anggota wuduk, memadai dengan menyelam sahaja.. =)


Disebut dalam kitab Asna al-Mutalib (jil.1,hlmn.35) :
"Sekiranya seseorang itu menyelam dengan niat berwuduk walaupun dimulakan atau didahulukan dengan bahagian bawah (kaki), maka sah wuduknya. Dan tertib berlaku secara takdir."

Daripada Umar r.a, sesungguhnya Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosa daripada tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.."
~Riwayat Muslim~


Islam agama yang mudah..
Tetapi jangan pandai-pandai untuk memudahkannya tanpa merujuk Al-Quran dan Hadis..
Belajarlah daripada ulama dan orang yang pakar dalam ilmu tersebut..

Selamat beramal..
Barakallahufik.. =)


Sumber: M/s 39, Menyelam dikira sudah berwuduk?, Fiqah Amali, Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani, Majalah Solusi Isu 32, 2011.


Jul 22, 2011

Cara Untuk Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran.. Jom Kita Cuba.. =)

Salam sahabat-sahabat ana sekalian..
Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran.
Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthmani...
Seperti yang kita tahu..
Al-Quran Rasm Uthmani mengandungi 30 Juzu'..
Dan setiap 1 Juzu' mengandungi 20 muka surat..
Dan setiap muka surat ada 15 baris ayat..
Tak percaya??
Boleh semak Al-Quran anda sekarang..=)


Tapi hari ini ana nak kongsikan sesuatu..
Kadang-kadang..
Kalau kita nak cari muka surat untuk Surah dalam Al-Quran..
Boleh lihat dalam indeks kat muka surat belakang Al-Quran kan?
Tapi muka surat untuk setiap Juzu' dari Juzu' 1 hingga Juzu' 30 tiada kan?
Kebiasaanya.. 
Kita baca mengikut Juzu' ini bila kita nak tadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan..
Tapi tadarus selain bulan Ramadhan pun boleh.. Lagi digalakkan.. =)

Ana telah jumpa satu kemudahan untuk kita cari muka surat bagi setiap Juzu' yang kita ingin baca...
Dengan lafaz Bismillah..

Kaedah Ringkas Mengenal Pasti Muka Surat Setiap Awal Juzuk.

Formulanya seperti:

(x-1) 2+2

x = adalah juzu' yang ingin kita cari muka suratnya...

Sekali pandang macam rumus algebra pula kan?? =)

Cara-caranya.


  1. Letakkan nilai x untuk Juzu' yang ingin kita cari.
  2. Kemudian, tolakkan dengan 1.
  3. Seterusnya, hasil tolak tadi di darabkan dengan 2.
  4. Hasil jawapan untuk darab, kita tambahkan angka 2 di hujung nombor hasil darab tadi.


Contohnya.

Kita nak cari Juzu' 11. Mungkin anda tidak tahu Juzu' 11 berada pada muka surat yang mana kan?


  1. Letakkan nilai x = 11.
  2. (11-1) = 10.
  3. 10 X 2 = 20
  4. Angka 2 kita tambahkan pada hujung hasil darab tadi = 202


Hasilnya.. kita akan tahu bahawa Juzu' 11 berada pada muka surat 202 dalam Al-Quran Rasm Uthmani.
Mari kita semak sama-sama..


Maaf ya.. Gambar kurang berkualiti.. =)

Ana ambil gambar guna Tafsir Al-Quran ana sendiri..
Nampakkan?
Juzu' 11 berada pada muka surat 202..
Dan dimulakan dengan Surah At-Taubah..

*Cuma.. formula ini tak dpt di aplikasi untuk Juzu' 1.. =)

Ini pun ana terbaca di satu blog yang berkongsi tentang panduan hidup dalam Islam..
Ana lampirkan pada blog JSNY ini..
Jadi.. Kita semua boleh baca sama-sama..
Dan kongsi dengan saudara Islam kita yang lain..
Islamkan adalah satu agama yang memudahkan hidup kita..
Moga kelebihan ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah.. =)


Kehebatan Azan!


Segeralah solat sesudah azan selagi keadaan kita sihat..
Kerana kematian datang pada bila-bila masa sahaja...
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa
Dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW...
Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam..
Yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari..
Betapa mengagumkan suara azan itu..
Dan bagi umat Islam di seluruh dunia..
Azan merupakan sebuah fakta...


Penyatu Umat Islam..
Azan menemukan momentum sebagai penyeru..
dengan “kekuatan supernatural” yang sangat dahsyat...
Ketika azan berkumandang..
Kaum muslimin bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi..
Dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjemaah...
Dalam konteks demikian, azan adalah penyatu umat..
Simpul-simpul kesedaran psiko-religious mereka bergetaran..
Berhubung secara simulasi..
Dan dengan total kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh..
Luruh dalam kesyahduan ibadah solat berjemaah..

Islam itu banyak mahzab...
Dan di setiap mahzab itu pasti berbeza pula pandangan cara mengerjakan solat/bacaannya...
Apalagi pemeluk agama islam jumlahnya sangat ramai 1/4 dari jumlah populasi dunia..
Dan umat yang memiliki bahasa berbeza...
Namun tidak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan!


Sejarah Azan..

Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah. 

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat.

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w. 

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah SAW.

Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: "Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi)."

Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” Yang kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

Azan PERTAMA di kumandangkan oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar bilal.


Azan semasa peristiwa penting..

Azan digunakan islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat..
Selain itu azan juga dikumandangkan semasa perkara penting..
Ketika lahirnya seorang bayi..
Ketika musibah seperti kebakaran, puting beliung, tsunami..
Dan ketika peristiwa besar seperti hendak berperang dan meraikan kemenangan...


Contoh peristiwa besar yang dimaksudkan adalah..

Fathu Makah..
Pembebasan Mekkah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630..
Iaitu pada tanggal 10 Ramadan 8 Hijrah..
Di mana Muhammad beserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekkah..
 Dan kemudian menguasai Mekkah secara keseluruhan..
sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah..
Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah..


Kesinambungan Azan di setiap pelusuk bumi..

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan..
Mengakui..
Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya..
Dan jumlah penduduknya seramai 180 juta..
Sebaik masuk waktu Subuh..
Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan..
Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad SAW..

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia...
Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam..
Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia..

Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta..
Tiba giliran Dacca di Bangladesh..
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India..
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini..
Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..

Belum berakhir di Pakistan..
Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat..
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam...
Dalam jangka masa ini..
Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq..

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik..
Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam..
Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik.
Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia..
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus..


Subhanallah..
Begitu hebat dan agungnya Islam!
Andai masjid-masjid di seluruh dunia dapat memasang speaker-speaker besar..
Seperti yang kita temui di konsert-konsert besar..
Pasti bergegarlah dunia dengan laungan azan..
Indah bukan?
Detik demi detik beredar..
Azan akan sentiasa dilaungkan..
Azan akan sentiasa menguasai dunia..
Insyaallah..

Barakallahufik.. =)

Jul 9, 2011

Minum berdiri memudaratkan?

Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab..
Yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia...
Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan..
Dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum...

Anda pernah minum berdiri?
Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini...

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri iaitu:
Dari Anas r.a : "Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W melarang minum berdiri."
~Hadis Riwayat Muslim~
.

Dari Sudut Sains..


Di antara sebab larangan minum berdiri ialah:

Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani, beliau mengatakan:

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan."
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju..
Dan akan melanggar lapisan perut..
Kalau perkara ini sering berlaku..
 Dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh..
Sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam...
Begitu juga dengan makanan...
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi :


Apabila seseorang itu berdiri..
Ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama..
Sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot..
Untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak..
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa..
Yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat..
Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum.
Dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk..


Apabila duduk..
Maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang..
Akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability)..
Untuk menerima makanan dan minuman..
Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul...

Namun demikian diharuskan minum berdiri..
Ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak..
Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri..
Ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri..

Rasulullah minum air zam-zam berdiri..
Kenapa?

Menurut kajian pakar..
Air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman..
Serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa..


Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali..
Jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut
Dan mengurangkan pedih ulu hati..

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri..
Supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat..


Selain itu..
Air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat...
Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium..
Menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain..
Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan..
Para jemaah haji yang meminumnya..
Dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya..

"Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal."
~Surah an-Anfal : Ayat 2 ~


Barakallahufik..
Wallahualam.. =)

Sumber:
  1. Minum Berdiri Memudaratkan? | Paradigma MUKMIN
  2. http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/minum-berdiri-memudaratkan/#ixzz1QBkKpB15

Terhangat