Apr 30, 2011

Tilik Dan Ramalan Nasib: Di Mana Iman Kita?


 
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

(Surah Al-Maidah : Ayat 90)

                Ayat 90 surah Al-Maidah telah menjelaskan kepada kita mengenai hukum tilik dan   ramalan nasib yang kerap dilakukan oleh masyarakat pada masa kini. Ya, ramai di kalangan kita yang tidak sedar akan perkara ini. Membaca ramalan zodiak di majalah ataupun mana-mana laman sosial adalah dikategorikan sebagai meramal nasib.

                Seolah-olah satu kegilaan yang menggila, begitulah hebatnya virus syirik yang menyerang umat islam di Malaysia. Entah ke mana hilangnya kewarasan diri hinggakan mereka begitu mudah diperbodohkan oleh golongan “bijak” yang menjaja Rahsia Tarikh Lahir demi keuntungan peribadi. Di Facebook, gejala ‘tag-mengetag’ Rahsia Tarikh Lahir, Rahsia Bulan Lahir, Rahsia Bulan Lahir Pasangan, Rahsia Bulan Islam dan macam-macam lagi Rahsia Yang Sesat dan Menyesatkan begitu menjadi-jadi.

Dimana iman anda? anda tidak percaya pada qada dan qadar Allah?

                Allah S.W.T telah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam Al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan yang pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Ramalan-ramalan seperti ini menyebabkan ramai dikalangan kita terlupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dan izin Allah dan perkara ini akan memberi kesan kepada akidah kita.

Anda rasa perlu percaya terhadap perkara2 ini?

                Ada yang benar-benar percaya, kononnya ia menepati (atau hampir-hampir menepati) hidup dan kehidupannya. Ada yang sungguh -sungguh yakin, dengan beralasan itu adalah hasil kajian tokoh tertentu selama berpuluh-puluh tahun, apatah lagi tokoh itu adalah tokoh terkemuka. DAN ada juga yang beralasan, ia sekadar suka-suka sahaja. Walau apapun alasan, jawapannya tetap sama iaitu ia sesat dan  menyesatkan serta boleh merosakkan akidah.

Perkara2 begini akan menyebabkan keruntuhan perpaduan dan keruntuhan rumah tangga sesebuah keluarga seteah membaca keburukan pasangan bagi yang lahir pada bulan tertentu..

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya.”

(Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

              Selain itu, bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini suka meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah Al-Quran untuk tujuan ramalan mereka. Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Dimana anda letak aqidah anda terhadap Allah jika anda percaya ramalan ini?

              Kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, seperti ramalan cuaca untuk mengetahui kedudukan awan dan angin dengan menggunakan alatan canggih moden dan visual dari satellite. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal sahaja.           

                Semua ini merupakan syirik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita, sama ada baik atau buruk. Justeru hendaklah ditinggalkan, bahkan dijauhkan sejauh-jauhnya – apa-apa kepercayaan bahawa sekian-sekian petanda, amalan atau tarikh lahir dapat memberi pengaruh kepada  nasib baik atau buruk seseorang.

Ini adalah rujukan kita yang terutama iaitu Al Quran..
Untuk mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu  keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :

a) Al Quran
b) Hadith Sohih & Hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.
(Riwayat Muslim)




Sumber :
  1. I’anatul Mustafid bi Syarh Kitabit Tauhid, Syaikh Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan, 2/14-15, Terbitan Ulin Nuha, tahun 2003. 
  2. Hukum Mempercayai Zodiak, Zyqah Ismail, http://hatiseorangmuslimah.blogspot.com/ 
  3. Analisa Tarikh Lahir Tahun Masa depan, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/905-analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan.html 
  4. Rahsia Tarikh Lahir, Ramalan Yang Merosakkan Akidah, Shameel Iskandar, http://www.bicaradariaku.com/2011/03/rahsia-tarikh-lahir-ramalan-yang.html



Apr 27, 2011

Organisasi Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012

Salam alaik..
Ini merupakan organisasi Surau Nurul Yaqin bagi sesi 2011/2012.
Sila klik untuk melihat dalam saiz resolusi yang besar.



Jawatankuasa Induk Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012


Jawatankuasa Lajnah Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012


Lajnah Dakwah & Tarbiah

Lajnah Tanzim Usrah

Lajnah Penerbitan & Multimedia

Lajnah Kebersihan & Keceriaan.

Lajnah Pembangunan Ekonomi
Lajnah Kebudayaan, Kesenian & Rekrasi.

p/s : Sebagai pengetahuan umum bagi warga Muslimin dan Muslimat Kent... Boleh berhubung pada mana-mana lajnah jika ingin melakukan apa-apa berkaitan dengan surau dan Islam.. Sekian terima kasih.



Apr 26, 2011

Astaga!!!

Situasi 1 : “Astaga pok! Hujan plak petang ne.. Ndak dapat kita main bola tampar neh …”

Situasi 2:
Saudara A: “Weyh.. Ko sdah buat assignment yang pensyarah kita bagi ka?”
Saudara B: “Astagaaaaaaaa… Aku terlupa buat bah..”


                 Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga     menjadi sebutan yang berlainan seperti ‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah ‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaitu astaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah "astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf "ghain" bukan huruf "wau".


Sebutan yang betul..
Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.

Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksud menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:

'Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani’.  
(Surah al-Muzammil:Ayat 20)

Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka."

Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah  dan menghidupkan jiwa yang  resah kerana dosa.


Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat  daripada Nya. Wallahualam.


Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009).




Apr 25, 2011

Cinta tak seharusnya memiliki..

Seperti bulan dan bintang, langit dan bumi, Remaja dan cinta tidak boleh dileraikan... tidak boleh dilepaskan kerana inilah fitrah alam.. tapi bagaimana hendak mengendalikan fitrah itu.??Mari kita selusuri kisah cinta seorang lelaki yang hidup dan matinya kerana Allah dan Rasulullah saw..

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Beliau merupakan lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.


Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini. bahkan Hamka dalam novelnya menceritakan bahwa dua bulan lamanya Ia dalam duka, jiwa dan raga. Tetapi, beliau  pun segera bangkit dengan sisa tenaga yang ada, mencuba merapikan kepingan hati yang telah porak poranda.

Beliau hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah SAYYID QUTB.

Sayyid Qutb..

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….


Cinta memang tak harus memiliki…

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..


(Ya Allah, jika benar tiada cinta dunia untukku, aku rela ya Allah.. asalkan aku dapat menggengam cintaMu ya Allah, menghirup rinduMu ya Allah.. amin)



Apr 24, 2011

Sampai bila mahu buka??

Semua orang tahu, salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Namun kini terdapat orang-orang islam yang mempraktikkan perkara-perkara dengan tidak betul yakni tidak mengikuti garis panduan Islam yang sebetulnya dan salah satunya adalah pemakaian.


Bagi kaum hawa, mereka memakai pakaian yang menutup aurat yakni menutup bahagian yang wajib ditutup tetapi malangnya berpakaian dengan sendat (bodyfit) yang sehingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh. Ini bukanlah cara menutup aurat yang disyariatkan Islam. Bagi kaum adam pula, menjadi satu ikutan untuk berseluar pendek dan memakai gelang tangan. Hal ini juga bukan cara-cara pemakaian di sisi Islam.

              Jika ditegur, ada yang menjawab “inilah trend!!”. Malang sungguh kita bila mendengar ada yang sanggup mempertahankan trend daripada mempertahankan agamanya sendiri. Harus kita ingati bahawa tubuh badan kita ini bukanlah dikurniakan untuk  digaya-gayakan mengikut trend yang ada sebaliknya ini hanyalah pinjaman yang wajib kita patuhi perintah-perintah pemilik-Nya.  Sesungguhnya Allah SWT itu adalah sebaik-baik pencipta, perancang dan penentu terhadap makhluk-makhluk-Nya.



              Apa yang kita dapat lihat sekarang, wanita lebih banyak dan suka mendedahkan aurat mereka malah menjadi kebanggaan apabila mendedahkan tubuh mereka dihadapan khalayak orang ramai. Di mana sifat malu mu wahai wanita??

              Bercakap tentang soal dosa-pahala, hidayah dan petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Ada juga yang menjawab “belum terbuka hati”. Jawapan ini mungkin harus kita renungkan bersama iaitu “belum terbuka hati ataupun belum mahu membuka hati?” .

Firman Allah:

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu.
(Surah al-Ahzab: Ayat 59)



                 Lihatlah! Allah ingin memelihara kaum Hawa dengan  memerintahkan agar kita menutup aurat. Allah bukan suka-suka hati memerintahkan melakukan perkara yang menyusahkan diri hambaNya. Agama Islam sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat   berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian       seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa   terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.



             Janganlah ditunggu bila ‘terbukanya hati’ kita untuk melakukan sesuatu perubahan. Perasaan untuk menunggu      terbukanya  hati itu adalah kerja syaitan. Syaitan sentiasa      menggoda kita untuk menangguh-nangguh perkara kebaikan.   Selagi kita tak berdaya melawan jahatnya syaitan ini, selagi itu lah syaitan dan nafsu beraja di dalam diri kita.

 


             Mati boleh tiba pada bila-bila masa sahaja. Tak mungkin anda ingin bertaubat apabila Malaikat Maut sudah di hadapan mata dengan merayu-rayu pada Allah : ‘Ya Allah, aku mohon ampun.. Ya Allah.. Hambamu ini ingin bertaubat dari dosa..’. Ah, sayang sekali. Sudah terlambat pada masa itu. Taubat kita tidak akan diterima setelah roh berada di hujung kerongkong. Semoga anda berani berubah demi Allah dan kebaikan kemashlahatan semua umat Islam.

Seindah hiasan adalah wanita solehah..

Sumber :
  1. M/s 85, Batas Aurat, Solusi Isu 25, 2010. 
  2. M/s: 228-230, Hikmat Menutup Aurat Dr. Danial Zainal Abidin, Quran 
  3. Saintifik (Meneroka Kecermerlangan Quran Daripada Teropong Sains)



Apr 19, 2011

Wanita di hujung Kota Madinah..


Siapakah sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah S.A.W? Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah S.A.W ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran.

Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang melayani puteri kesayangannya Sayyidatina Fatimah, Baginda S.A.W bersabda:
"Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu."

Mendengar kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka Sayyidatina Fatimah, lantas dia pun bertanya kepada Baginda sambil menangis:
"Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana halnya dan bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda? Ayahanda! Khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatina Fatimah ingin tahu.

Lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan:
"Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah."

Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya, Sayyidatina Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W itu.Setelah bertanyakan penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal perempuan ini.
Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah Sayyidatina Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.

Sebaik saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatina Fatimah menunggu, penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka hanya bercakap melalui jendela sahaja.


Sayyidatina Fatimah memperkenalkan dirinya:
"Saya Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah, datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu."

Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah S.A.W, maka perempuan itu menjawab:
"Terima kasihlah kamu datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."
Dengan langkah yang amat berat sekali Sayyidatina Fatimah pun pulang dengan perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-amalannya.
Keesokan harinya, Sayyidatina Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya Hasan. Sebaik sahaja sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah Sayyidatina Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada seorang budak bersama-sama Sayyidatina Fatimah lalu dia bertanya :
 " Fatimah, ini siapa ?" 

"Ini anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah.

Perempuan itu pun berkata:" Saya dukacita Fatimah, kerana saya belum minta izin dari suami saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatina Fatimah seorang sahaja, saya kenalah minta izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari saja." 

Sayyidatina Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya diluar, takut dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil keputusan untuk balik saja.
Keesokan harinya, Sayyidatina Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.

"Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian.
Jawab Sayyidatina Fatimah :
"Tidak, kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga."
Apabila jendela dibuka perempuan itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin.

"Fatimah, saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya minta izin dari suami saya, harap maaf, sila datang esok hari sajalah," tegas perempuan itu.

Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatina Fatimah tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi kemari."
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata:
"Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya kesal.

Dalam pada itu sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata:
"Kenapa engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatina Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih daripada itu pun engkau patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaannya (Rasulullah S.A.W). Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."


Sahut perempuan itu: "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa apa yang saya tahu keselamatan diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku." 

"Terima kasih," sahut suaminya.

"Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita." 

Pada hari berikutnya, Sayyidatina Fatimah pun datang sebagaimana yang dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara ala kadar mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan perbualan.

Pertanyaan Sayyidatina Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama masuk syurga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua pertanyaan Sayyidatina Fatimah dengan ikhlas.

Katanya: "Tingkah laku saya sebenarnya biasa sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun biasa saja malah Rasulullah S.A.W lebih mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh Baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya: 
  • Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar bekerja.
  • Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada keizinan dari suami.
  • Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
  • Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
  • Saya tidak cepat-cepat cemburu.
  • Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.

Soal berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suaminya yang tersayang saja, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain.Setengah riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatina Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis dengan senyuman.

Melihat keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatina Fatimah merasa gelisah kerana dia anak beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat layanan.

Lantas Sayyidatina Fatimah bertanya: "Kenapa jadi begini?"

Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan pulang dari kerja." 

"Buat apa dengan bekas air itu?" Tanya Sayyidatina Fatimah.

Jawab Muthi'ah jujur : "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik dari kerja, saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya." 

Sayyidatina Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?" 

Jawab Muthi'ah: "Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini." 

Kemudian Sayyidatina Fatimah bertanya pula: "Kenapa pula engkau selak kain engkau sehingga menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?" 

Maka Muthi'ah menjawab: "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan memudahkan akan maksud hajatnya itu."

Sebaik saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatina Fatimah termenung sejenak lalu berkata di dalam hatinya:"Jika beginilah kelakukan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya." 


Fatimah minta diri. Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.
"Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada Siti Fatimah.

Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata: "Tetapi anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah."

Melihat telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah S.A.W tersenyum sambil bersabda : "Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk syurga nanti.Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu, barulah nampak Sayyidatina Fatimah mulai gembira dan tersenyum.



Olahan cerita daripada Kuliah Maghrib Ustaz Rusydi : Halal dan Haram (19 April 2011)

Sumber:
Menjadi Wanita Pertama Masuk Syurga  ~ http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_taat.htm

Apr 18, 2011

Perkara yang selalu kita abaikan.. Tamakninah dalam solat...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum ya pembaca nota ini... =))

Berdoalah kita agar diterangkan hati dan diberi hidayah darpada Allah setelah membaca artikel ini..

Situasi:

"Ui.. lajunya dia sembahyang pok.. teda tamakninahnya.. kick eh.."
"Itu sembahyang patuk ayam tu pok.."



Slalukan kita lihat.. dan kadang2 mengalami situasi begitu.. apalgi kalo kita maw cpt2 nak buat sesuatu atau pg ke sesuatu tempat.. ataupun.. kita terlewat nak solat.. nah sudah... Laju bha solat kita nak.. kalah2 ayam patuk padi.. =)).. 

Ada satu hadis nabi yang mengatakan tentang orng yg mengabaikan tamakninah ini.. Org yang tidak mengmbil tamakninah ini seperti orng yang mencuri dalam sembahyang. Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasullah telah bersabda:

Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?. Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnkan rukuknya dan sujudnya."

Solat yang khusuk dan diterima oleh Allah.. adalah solat yang disertakan tamakninah.. tamakninah itu ada dlm rukun solat kita.. mari kita refresh rukun solat kita.. mungkin ada antara kita yg lupa tentg rukun solat.. takpa.. m2g fitrahnya manusia mudah lupa.. Oleh itu.. kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Seperti dalam Surah Asr: (terjemahan melalui tafsir Al Quran Darul Iman)
  1. Demi masa.
  2. Sungguh manusia berada dalam kerugian.
  3. Kecuali orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Rukun solat.
  1. BERDIRI BETUL.
  2. NIAT.
  3. TAKBIRATUL IHRAM.
  4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.
  5. RUKUK DENGAN TAMAKNINAH.
  6. IKTIDAL DENGAN TAMAKNKNAH.
  7. SUJUD DENGAN TAMAKNINAH
  8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN TAMAKNINAH.
  9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  11. MEMBACA SELAWAT.
  12. MEMBERI SALAM.
  13. TERTIB.
Nampakkan?? Ada tamakninah di antara rukun yg ke 5 hingga ke 8.

Terus kepada perkongsian ini,  iaitu tamakninah.. Ya pernah dgrkan tntng tamakninah??
Apa itu Tamakninah??

Pengenalan Tamakninah.
Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya TIDAK SAH. Oleh itu, sia2 saja kalau kita solat langsung tak sah dan tak di terima Allah.. 

Definisi Tamakninah.
  • Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap.
  • Menurut dalam bahasa mudah bererti bertenang.

Analogi.
Ibarat kita memandu sebuah kenderaan, waktu dipersimpngan.. kita hentikan kereta sepenuhnya untuk berehat sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira sebagai tamakninah.

Saya akan berkongsi tentang penerangan dimana WAJIB kita tamakninah dalam solat.

Antara rukun yang WAJIB disertakan Tamakninah.

Rukuk.
Penerangan: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH. Kebiasaanya kita akan membaca 'subhanabarabbiyal azimi wabihamdih'..

Iktidal (Bangun daripada sujud).
Penerangan: Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar TAMAKNINAH.

Sujud.
Penerangan: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Duduk antara dua dua sujud.
Penerangan: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Dapat tak.. di mna yg kita perlu tamakninah?? Sekarang kita beralih dmana pula tempt yg slalu kita abaikan tamakninah ini.

Tempat yang sering diabaikan Tamakninah.

Iktidal.
Ini adalah rukun yg slalu/sering/sangat/kebiasaan kita tertinggal tamakninah... Belum sempat tulang blakangnya lurus 180 darjah.. Kita sudah turun terus untuk sujud. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Rukuk.
Belum sempat tulang blakangnya bongkok 90 darjah.. Kita sudah terus berdiri untuk iktidal. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Sujud.
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tdk mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana tiada tamakninah.. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah.. Kita perlu menyentuh semua anggota tujuh dilantai baru bangun daripada sujud. 

Duduk antara dua sujud.
Selepas bgun dr sujud.. kta ada bc 'rabbil firli....' kan?? tak sempat tulang blakang tegak.. kita dah trus sujud.. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah.. Kita perlu duduk sebentar sebelum sujud seterusnya.. Tegakkan tulang blakang kita dahulu.. bru sujud.. Tamakninahnya berlaku ketika tulang blakang sudah tegak lurus...

*Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya.. Tidak ada tamakninah.. Tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.. =))

Namun.. apa yg berlaku??
  • Kebiasaanya.. kesalahan tamakninah yg plg ketara ialah ketika kita iktidal.. sangat slalu..
  • Perkara ini lagi rancak berlaku apabila kita solat berjemaah untuk solat terawih.. Semua pergerakan laju sbb nak cepat habis..

Kesimpulannya..
  1. Janganlah solat terlalu laju sehingga mngabaikan tamakninah..
  2. Berhentilah sebentar.. ambil masa bdn untuk rasa bertenang dan stabil bru kita ke rukun yg seterusnya.. Analoginya.. cuba kita wat kerja tanpa henti.. jalan ke sana.. jalan kemari.. lari sana.. lari sini.. tak penat ka??
  3. Org yang takda tamakninah ne adalah orng yang suka mencuri dalam solat.. Bersabarlah ketika bersolat ya.. =))
  4. Ikutilah cara nabi bersolat.. =))
  5. Solat yng sempurna dan khusyuk dapt mencegah kta melakukan kemungkaran, mengubati hati yang kotor, melahirkan rasa tawadhuk kepada Allah, menjadi kita seseorang yg sabar dan mengamalkan sifat mahmudah.. dan mencapai objektif kita untuk menjadi seorang yg soleh dan solehah di dunia dan akhirt..
  6. Capaikanlah khusuk dalam solat.. Itulah anugerah yg plg tinggi yg kita peroleh setelah kita solat.. Kita bersolat bukan nak bersenam shj.. tp kita solat untuk roh dan jiwa kita sekali.. roh dan jiwa kita pun nak 'exercise' jga.. jgn dilupa itu yah.. =))
Semoga perkongsian ini membantu rakan2 untuk menambahbaik cara kita bersolat.. Sebarkanlah pada rakan2 lain yg tidak tahu atau kurang memahami tntg solat... Jika ada tersalah info atau kata.. Minta maaf dan tegur aja melalui komen kat bwh ne.. Maaflah.. bahasanya kurang standard.. hasil karangan sendiri.. supaya org boleh bc secara santai.. Tq rakan2 skalian.. =))

Alhamdulillah.. anda telah selesai membaca artikel ini.. Sya doakan semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.. =))

Wallahualam..

Sumber rujukan:
  1. Abdul Baqi Shabran,Buku 7 petua meningkatkan kualiti solat anda.
  2. Info Solat : Tamakninah, Majalah Solusi isu 22 : Doa Mustajab atau Terhijab?
  3. Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Ab. hamid, Indahnya Hidup Bersyariat.
  4. http://www.pislam.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=60%3Aseburuk-buruk-kecurian-meninggalkan-tamakninah-dalam-solat&catid=49%3Abicara-agama&Itemid=40
  5. http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/rukunsolat.asp

Terhangat