Seperti bulan dan bintang, langit dan bumi, Remaja dan cinta tidak boleh dileraikan... tidak boleh dilepaskan kerana inilah fitrah alam.. tapi bagaimana hendak mengendalikan fitrah itu.??Mari kita selusuri kisah cinta seorang lelaki yang hidup dan matinya kerana Allah dan Rasulullah saw..
Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Beliau merupakan lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini. bahkan Hamka dalam novelnya menceritakan bahwa dua bulan lamanya Ia dalam duka, jiwa dan raga. Tetapi, beliau pun segera bangkit dengan sisa tenaga yang ada, mencuba merapikan kepingan hati yang telah porak poranda.
Beliau hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah SAYYID QUTB.
|
Sayyid Qutb.. |
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….
Cinta memang tak harus memiliki…
Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!
Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..
(Ya Allah, jika benar tiada cinta dunia untukku, aku rela ya Allah.. asalkan aku dapat menggengam cintaMu ya Allah, menghirup rinduMu ya Allah.. amin)
|
suci cinta manusia jika ditaburi kasih sayang yang mendalam...nice post..
ReplyDeleteSalam 'alaik..Sy minx izin nk copy bleh?
ReplyDelete