Situasi 1 : “Astaga pok! Hujan plak petang ne.. Ndak dapat kita main bola tampar neh …” Situasi 2: Saudara A: “Weyh.. Ko sdah buat assignment yang pensyarah kita bagi ka?” Saudara B: “Astagaaaaaaaa… Aku terlupa buat bah..” Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga menjadi sebutan yang berlainan seperti ‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah ‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaitu astaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah "astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf "ghain" bukan huruf "wau".
Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan. Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksud menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah: 'Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani’. (Surah al-Muzammil:Ayat 20) Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka." Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah dan menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat daripada Nya. Wallahualam. Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009). Download Risalah I-Kent Edisi 11 |
Apr 26, 2011
Astaga!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terhangat
-
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
-
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
-
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
Msa kecik2 dulu smpy skrg, bila ja mulut TERsasul ckp 'Astaga', msti bapa atau mak marah.. Tp, skrg ne, d tmpat org (d sbuah negeri d smenanjng), prkataan 'Astaga' ne, org d cne ckp mmg common word. Konfius pula sbb da tu org yg ckp bnda ne common ialah mreka yg bljr d skolah2 agama n smbung pngajian dlm bdang agama pula. Sy jd pelik.
ReplyDeleteSemenanjung kat negeri mana tu? Setahu sy org semenanjung xguna perkataan "astaga".
DeleteSemenanjung kat negeri mana tu? Setahu sy org semenanjung xguna perkataan "astaga".
Delete