Siapakah  sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatina  Fatimah binti Rasulullah S.A.W? Dalam sebuah hadis  menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah S.A.W ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran. Suatu  hari ketika Rasulullah S.A.W sedang  melayani    puteri kesayangannya Sayyidatina Fatimah, Baginda S.A.W bersabda: "Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahawa ada  seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu  daripadamu." Mendengar  kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka  Sayyidatina Fatimah, lantas dia pun bertanya kepada Baginda sambil  menangis: "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana halnya dan  bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih  dahulu masuk syurga  daripada anakanda? Ayahanda! Khabarkanlah di mana dia sekarang,  anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatina Fatimah ingin tahu. Lalu  Rasulullah S.A.W menjelaskan: "Dia adalah  seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman  hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan  itu  ialah Muthi'ah." Tanpa  membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya,  Sayyidatina Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh  Rasulullah S.A.W itu.Setelah  bertanyakan penduduk setempat,  banyak yang tidak tahu dan mengenali  perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal.  Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal  perempuan ini.   Setelah  berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah  Sayyidatina Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah  Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab  itulah susah mencarinya. Sebaik  saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati  hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya  belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatina Fatimah menunggu,  penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil  bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa  mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka  hanya bercakap  melalui jendela sahaja. Sayyidatina  Fatimah memperkenalkan dirinya: "Saya Sayyidatina Fatimah binti  Rasulullah, datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan  kamu." Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah S.A.W, maka perempuan itu menjawab: "Terima  kasihlah kamu datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan  kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin  dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."   Dengan  langkah yang amat berat sekali Sayyidatina Fatimah pun pulang dengan  perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang  dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-amalannya.   Keesokan  harinya, Sayyidatina Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya  Hasan.  Sebaik sahaja sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus  membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah  Sayyidatina Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia  terlihat ada seorang budak bersama-sama Sayyidatina Fatimah lalu dia  bertanya :  " Fatimah, ini siapa ?"  "Ini  anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah. Perempuan itu pun berkata:" Saya dukacita Fatimah, kerana saya belum minta izin dari suami  saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatina Fatimah seorang sahaja, saya  kenalah minta  izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari  saja."  Sayyidatina  Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan  anaknya diluar, takut dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat  keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil  keputusan untuk balik saja.   Keesokan  harinya, Sayyidatina Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua  anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera  disambut oleh penghuni rumah itu. "Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian.   Jawab Sayyidatina Fatimah : "Tidak, kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga."   Apabila  jendela dibuka perempuan itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina  Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin. "Fatimah,  saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya  minta izin dari suami saya, harap maaf, sila datang esok hari sajalah,"  tegas perempuan itu. Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatina Fatimah  tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi  kemari."   Dalam  perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata: "Heh, perempuan  ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun  dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk,  takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa  dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai   tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya  kesal. Dalam  pada itu sebaik  sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu  tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan sambil  berkata: "Kenapa  engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatina  Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang  anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih daripada itu pun engkau patut  benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada  keredhaannya (Rasulullah S.A.W). Jangan  sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke  mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan  engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat  mereka." Sahut  perempuan itu: "Baiklah, tetapi  ampunkanlah kesalahan saya kerana  saya mengerti  bahawa apa yang saya tahu keselamatan diri saya juga  bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat  perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku."  "Terima  kasih," sahut suaminya. "Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak  menerima  tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati  tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita."  Pada  hari berikutnya, Sayyidatina Fatimah pun datang sebagaimana yang  dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput  masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara  ala kadar  mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan  perbualan. Pertanyaan  Sayyidatina Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang  menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama  masuk syurga menurut  ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua  pertanyaan Sayyidatina Fatimah dengan ikhlas. Katanya: "Tingkah laku  saya sebenarnya biasa sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun  biasa saja malah Rasulullah S.A.W lebih  mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan  oleh Baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:  
 Soal  berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan  kecantikannya untuk suaminya yang tersayang saja, bukan untuk ditonton  dan diperagakan kepada orang lain.Setengah  riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya  sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan  seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatina  Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air,  manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga  menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis  dengan senyuman. Melihat  keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatina Fatimah merasa  gelisah kerana dia anak beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat  layanan. Lantas Sayyidatina Fatimah bertanya: "Kenapa jadi begini?" Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang  menantikan suami saya yang akan pulang dari kerja."  "Buat   apa dengan  bekas air itu?"  Tanya Sayyidatina Fatimah. Jawab Muthi'ah  jujur : "Kiranya suami saya dahaga pada  ketika dia balik dari kerja,  saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat.  Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya."  Sayyidatina  Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?"  Jawab Muthi'ah:  "Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia  memukul saya dengan rotan ini."  Kemudian  Sayyidatina Fatimah bertanya pula: "Kenapa pula engkau selak kain  engkau sehingga   menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?"  Maka Muthi'ah menjawab: "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia  pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan  memudahkan akan maksud hajatnya itu." Sebaik  saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatina Fatimah  termenung sejenak lalu berkata di dalam hatinya:"Jika beginilah  kelakukan dan perangainya  terhadap suaminya, tidak dapatlah aku  mengikutnya. Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk  syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang  telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami  terhadapnya."  Fatimah minta diri. Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.   "Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada Siti Fatimah. Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata: "Tetapi anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah." Melihat  telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah S.A.W tersenyum sambil bersabda : "Wahai anakandaku, janganlah  anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah    perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda  tatkala anakanda masuk syurga nanti.Jadi dialah yang akan masuk  terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan  ayahandanya itu, barulah nampak Sayyidatina Fatimah  mulai gembira dan  tersenyum. Olahan cerita daripada Kuliah Maghrib Ustaz Rusydi : Halal dan Haram (19 April 2011) Sumber: Menjadi Wanita Pertama Masuk Syurga  ~ http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_taat.htm  | 
Apr 19, 2011
Wanita di hujung Kota Madinah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terhangat
- 
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
 - 
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
 - 
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
 





No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!