Mar 19, 2012

Tips Sihat GAya Rasulullah ....(part 3)

Kopi Baik Atau Buruk untuk Kesihatan kita?
 

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia. Meminum kopi adalah kenikmatan yang sukar diganti. Malangnya kopi dapat menyebabkan Osteoporosis. 
 
Osteoporosis adalah kondisi yang dikarakteristikan oleh kehilangan dari kepadatan tulang yang normal, berakibat pada tulang yang mudah patah. 

Osteoporosis menjurus secara harafiah pada tulang yang keropos secara abnormal yang lebih dapat dimampatkan seperti sepon, daripada padat seperti batu bata. Penyakit dari kerangka ini melemahkan tulang yang menyebabkan peningkatan risiko untuk patah tulang-tulang (bone fracture). 
 
 

Bagi mencegah ini berlaku, tambah susu ataupun kacang walnut ke dalam kopi. Ini kerana kedua-dua bahan itu akan mengandungi kalsium yang membantu mencegah Osteoporosis. Mereka yang menghidap darah tinggi, gangguan, pembuluh darah, gangguan saraf dan otak, penyakit irama jantung mahupun penyakit jantung koronari dan sakit buah pinggang  dinasihatkan tidak meminum kopi.
 

" Mencegah lebih baik dari mengubati"
IKLAN 2012

Zikir yang Melemahkan Dua Malaikat



Alangkah bahagianya jika setiap zikir yang kita baca itu - kita hayati maksudnya dan juga hadis yang menceritakan fadhilatnya. Antara doa yang baik di baca setiap pagi (selepas subuh) dan petang (Asr) doa berikut (dipetik dari Al-Mathurat)
ee
"Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu."

Fadhilat
Daripada Abdullah bin 'Umar rodhyillahu 'anhuma, Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bercerita:
"Seorang hamba Allah subhanahu wa ta'ala membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah subhanahu wa ta'ala, katanya:
'Ya Allah! Seorang hamba Engkau telah membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana kami hendak mencatitkan ganjarannya.'
Firman Allah subhanahu wa ta'ala: '(Yang memang mengetahui) Apa yang dibacanya?'
Maka menjawab malaikat: 'Ia membaca (bacaan di atas)."
Firman Allah: 'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hamba-Ku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.'"
(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Mar 18, 2012

Tips Sihat GAya Rasulullah ....(part 2)



                KEGUNAAN  DAN KHASIAT HALIA!

 
Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana pesan Allah dalam surah al-Insan, ayat 17,
"Di dalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurannya iaitu zanjabil(halia)."




Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan panas peringkat ketiga. Ia bermanfaat mencairkan kahak, mengubati penyakit pencernaan dan meningkatkan stamina seksual.

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.


Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Didalam akhbar ini ada menyatakan fakta yang sebenar........!
 
Tidak dilupa losyen pati mutajab Halia pun laku dipasaran.....
 
Secara konklusinya, jangan disangka halia ini hanya untuk campuran masakan tetapi banyak kegunaannya.....fikir-fikirkanlah..!
IKLAN 2012

Mar 17, 2012

Tips Sihat GAya Rasulullah ....(part 1)

PENTINGKah MAKAN MALAM?
PETUA HIDUP SIHAT.
Rasulullah berkata,"Janganlah tinggalkan makan malam nanti engkau cepat tua." Pastikan kita sentiasa makan malam dan jangan terlambat makan malam. Ini kerana apabila kita terlambat makan, perut kita masih mencerna makanan sewaktu tidur. 

 
Sebaik-baiknya, makanlah dua jam sebelum tidur. Solat sebelum tidur membantu pencernaan dan mencegah penggumpalan makanan di dalam perut yang mengakibatkan SERANGAN JANTUNG!.
Selain itu, bagi yang menjadi kurus, ramai orang yang tidak makan malam walaupun terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang lagi kita meninggalkan makan malam ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan, " Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma.
 
secara kesimpulannya, makanlah malam walaupun sebiji kurma dan mengamalkan gaya hiduP sihat.
IKLAN 2O12

Mar 6, 2012

Minggu Penghayatan Muhammadiah 1433H, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah


Semua di jemput hadir untuk memeriahkan Minggu Penghayatan Muhammadiah ini..
Barakallahufik..=)


Terhangat