Aug 26, 2009

Tingkatan Puasa

Hari ini merupakan hari kelima kita berada di dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan ini. Bermakna, sudah lima hari kita menjalani ibadah puasa yang diwajibkan ke atas kita sebagai umat Islam. Rasanya masih belum terlewat lagi untuk kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga IPGM Kampus Kent dan juga kepada semua pengunjung setia laman ini.

Dalam menunaikan ibadah puasa ini, pernahkah kita terfikir di manakah letaknya kedudukan ibadah yang sedang kita jalankan sekarang?


Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu :


1. Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakan), yakni sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Shaum al-Khusus (puasa khusus). Ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :

  • Menjaga mata daripada melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama.
  • Menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucap perkataan-perkataan keji.
  • Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar.
  • Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.
  • Mejaga agar tidak makan berlebihan di saat berbuka puasa.
  • Menjaga hari agar berada antara khauf (takut) dan raja' (berharap) dan sedar bahawa Allah s.w.t. berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus). Puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu :

  • Para nabi
  • Al-Siddiqun (orang-orang yang jujur)
  • Al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah).

Puasa tiga golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.

Jadi, di manakah kedudukan ibadah puasa kita? Renung-renungkan dan selamat beramal...

Aug 24, 2009

MInggu Kesenian Islam 2009

Pada 19-24 Julai 2009 yang lalu, Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Nurul Yaqin telah menganjurkan Minggu Kesenian Islam (MKI) bertempat di Dewan Tun Datu Mustapha di Kampus Kent ini. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu tersebut ialah :

  • 19 Julai 2009 : Nisa' Nite
  • 20 Julai 2009 : Forum yang bertajuk "Dunia Baru"
  • 21 Julai 2009 : Pertandingan Tafsir, Tilawah dan Hafazan al-Quran
  • 22 Julai 2009 : Pertandingan Nasyid dan Deklamasi Puisi Islam
  • 24 Julai 2009 : Malam Kemuncak Minggu Kesenian Islam 2009

Sekitar Perjalanan Minggu Kesenian Islam 2009...



















































\


















Terhangat