Sep 28, 2011

Iman.. Kamu cuti hari ini?


Iman : Assalamualaikum...
Diri : Waalaikumussalam. Oh Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang pejabat. Kamu cuti ka?

Iman: Apa pula saya cuti bos... Saya kan diberikan cuti.
Diri : Oh ya, saya lupa.. Itu la.. saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut pula... Selepas terdengar ustaz di tv berceramah hari itu.. Saya teringatkan kamu..

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En.Nafsu?
Diri : Eh, tidak boleh.. Saya sayang untuk pecat En.Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi.. Tetapi dia berjaya menghiburkan saya..

Iman : Kalau macam begitu.. Lebih baik saya berundur..
Diri : Eh.. Jangan! Tolonglah saya.. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua..

Iman : Tapi bos.. Kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En.Nafsu yang saya lihat.. Anti sangat dengan saya..

Diri : Saya rasa serba salah pula..
Iman : Bos boleh pilih satu je.. Bos perlu mujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos..

Diri : Saya tahu.. jauh dalam hati saya.. Saya memang perlukan kamu En.Iman.. Iri hati saya tengok syarikat ustaz di sebelah.. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu.. Baiklah.. Saya kena pecat juga En.Nafsu.. Tak kiralah apa yang berlaku.. En.Iman.. Saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa-apa yang patut..

Iman : Alhamdulillah.. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini.. Saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai mutaqqin.. =)


Kesimpulan:
Kitalah bos kepada diri sendiri..
Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan...
Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.. 
Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman...
Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri...


Selamat beramal..
Barakallahufik..

Sumber: Majalah Solusi Isu 13, 2010.

Sep 15, 2011

Aku tinggalkan dirimu demi Dia...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Namamu kah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ikhwah..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini..
Jawab!


Kau takkan pernah memperoleh jawapan..
Kerana jawapannya bukan di tanganmu..
Tetapi di tangan-NYA..
Di tangan Tuhan kita.. Allah S.W.T..
Tuhanku dan Tuhanmu..
Gelisahku memikirkan dirimu..
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku..

Aduhai ikhwah..
Maafkan aku..
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu..
Jemput diriku apabila waktunya tiba..
Sebelum sampai saat itu..
Biarkan aku sendiri bersama si Dia..
Akan ku cipta CINTA bersama Dia..
Sebelum kucipta CINTA antara kita..


Jadilah dirimu seseorang yang soleh disisiNYA..
Dan doakan aku agar menjadi seorang wanita yang solehah..

Oleh itu..
Aku tinggalkan dirimu padaNYA..
Sesungguhnya..
Aku bertawakal kepada Allah..
Tuhanku dan Tuhanmu..
Tidak ada suatu binatang melata..
Melainkan Dia lah yang memegang ubun-ubunnya..
Sesungguhnya..
Tuhanku di atas jalan yang lurus..


Usah BERSEDIH di atas perpisahan sementara ini..
Jika benar aku tercipta untukmu..
Dan kau tercipta untukku..
Tiada siapa yang dapat menghalangnya..
Sebelum saat itu tiba..
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan..
Mohonlah padanya dengan penuh pengharapan..

Yakinlah Pada Janji Allah!!

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
~Surah An-Nur : Ayat 26~

Sesungguhnya..
Allah tidak akan pernah mensia-siakan pengorbananmu..
Bila mana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata..


Yakinlah!!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti..

"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya."
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati."
~Surah Ad-Dhuha : Ayat 4-5~

Beruntunglah kamu..
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan..
Antara lelaki dan wanita..
Allah memilihmu..
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini..

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
~Surah As Syams : Ayat 8-10~


Seungguhnya orang-orang mengatakan:

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
~Surah Al-Fussilat : Ayat 30~

Dan tika kamu merasa lemah..
Mohonlah kekuatan dariNYA..
Allah itu sentiasa dekat..
Yakin pasti..

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
~Surah Al-Fussilat : Ayat 36~


Kamu dan aku adalah intan terpilih..
Berdoalah diriku kuat dan tabah menjaga kilauanku..
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba..
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharaanNYA..
Insya Allah.. Sentiasa...

Barakallahufik..=)



Sumber: http://shakilaseha.blogspot.com/2011/09/aku-tinggalkan-dia-demi-dia.html

Sep 9, 2011

Soal Jawab Tentang Qada Solat..


Soalan Pertama
Solat yang manakah yang perlu didahulukan?
SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA?

Jawapan:
Solat pada waktunya perlu dilaksanakan kerana itu masa yang terbaik dalam mengerjakan perintah solat, yakni masa yang afdal...
Namun dalam masa yang sama..
Perlu diambil berat solat qada pada masa terluang..
Serta menangguhkan dulu solat sunat demi memberi laluan kepada solat qada yang lebih diutamakan ketika itu...



Soalan Kedua
Bolehkah mengQADA solat Maghrib pada waktu ZOHOR atau perlukah mengQADA solat Maghrib dalam waktu Maghrib, solat Subuh dalam waktu Subuh dan seterusnya?

Jawapan:
Tidak semestinya mengqada sesuatu solat itu mengikut masanya..
Bahkan anda dibolehkan untuk mengqada semua waktu solat tanpa mengikut masanya...
Contohnya, boleh qada solat Asar dalam waktu Subuh dan begitu juga waktu yag lain.



Soalan Ketiga
Adakah dibolehkan mengQADA solat pada waktu yang diharamkan solat, seperti selepas solat fardu Asar?

Jawapan:
Solat qada ini masa perlaksanaannya tidak terbatas..
Boleh dikerjakan bila-bila sahaja walaupun pada waktu haram seperti solat Asar.



Soalan Keempat
Perlukan mengQada solat mengikut turutan yakni solat Subuh..
Kemudian Zohor, Asar dan seterusnya?
Atau bolehkah mengQADA solat Subuh sahaja pada hari ini...
Contohnya, bagi lima kali Subuh yang tertinggal dan kemudian pula QADA lima kali solat Zohor keesokkan harinya?

Jawapan:
Cara pertama iaitu dengan tertib adalah terbaik...
Sekiranya mahu mengerjakan lima kali Subuh dalam masa satu hari..
Hukumnya adalah sah tetapi makruh...


**************************************************


Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu mengurankan kekeliruan tentang bagaimana perlaksanaan solat Qada.
Selamat beramal..
Barakallahufik.. =)

Sumber: m/s 36, Ustaz Syed Mohd, Fadzli al-Yamani, Qada Solat, Soal Jawab Solat, Majalah Solusi Isu 13 (2010).

Risalah I-Kent Edisi Khas Aidilfitri 2011





Salam Aidilfitri kepada Warga IPG Kampus Kent serta rakan muslim yang lain.. 
Barakallahufik.. =)

Sep 4, 2011

Berlindunglah Kepada Allah Sekiranya Berlaku 5 Perkara ini...


"Wahai golongan Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada golongan kamu, maka aku berlindung kepada Allah dan apabila hal itu terjadi pada kamu:.. "



Perkara 1
Apabila satu kaum melakukan perzinaan secara terang-terangan..
Maka mereka akan diserang penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka..



Perkara 2
Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran..
Mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa..



Perkara 3
Setiap mereka yang enggan membayar zakat..
Mereka akan terhalang daripada beroleh hujan dari langit..
Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak..
Tidaklah akan diturunkan hujan..

Perkara 4
Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan Rasul-Nya..
Maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain..
Yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka..



Perkara 5
Dan selamanya para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam Kitab Allah..
Maka saling sengketa akan berlaku sesama mereka..

~Riwayat Ibnu Majah~


Selamat beramal..
Barakallahufik.. =)


Sumber: M/s 17, Maksiat Dosa Yang Meresahkan, Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi Isu 35, 2011.

Terhangat