Sep 28, 2011

Iman.. Kamu cuti hari ini?


Iman : Assalamualaikum...
Diri : Waalaikumussalam. Oh Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang pejabat. Kamu cuti ka?

Iman: Apa pula saya cuti bos... Saya kan diberikan cuti.
Diri : Oh ya, saya lupa.. Itu la.. saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut pula... Selepas terdengar ustaz di tv berceramah hari itu.. Saya teringatkan kamu..

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En.Nafsu?
Diri : Eh, tidak boleh.. Saya sayang untuk pecat En.Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi.. Tetapi dia berjaya menghiburkan saya..

Iman : Kalau macam begitu.. Lebih baik saya berundur..
Diri : Eh.. Jangan! Tolonglah saya.. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua..

Iman : Tapi bos.. Kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En.Nafsu yang saya lihat.. Anti sangat dengan saya..

Diri : Saya rasa serba salah pula..
Iman : Bos boleh pilih satu je.. Bos perlu mujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos..

Diri : Saya tahu.. jauh dalam hati saya.. Saya memang perlukan kamu En.Iman.. Iri hati saya tengok syarikat ustaz di sebelah.. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu.. Baiklah.. Saya kena pecat juga En.Nafsu.. Tak kiralah apa yang berlaku.. En.Iman.. Saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa-apa yang patut..

Iman : Alhamdulillah.. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini.. Saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai mutaqqin.. =)


Kesimpulan:
Kitalah bos kepada diri sendiri..
Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan...
Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.. 
Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman...
Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri...


Selamat beramal..
Barakallahufik..

Sumber: Majalah Solusi Isu 13, 2010.

No comments:

Post a Comment

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat