"Wahai golongan Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada golongan kamu, maka aku berlindung kepada Allah dan apabila hal itu terjadi pada kamu:.. "
Perkara 1
Apabila satu kaum melakukan perzinaan secara terang-terangan..
Maka mereka akan diserang penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka..
Perkara 2
Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran..
Mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa..
Perkara 3
Setiap mereka yang enggan membayar zakat..
Mereka akan terhalang daripada beroleh hujan dari langit..
Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak..
Tidaklah akan diturunkan hujan..
Perkara 4
Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan Rasul-Nya..
Maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain..
Yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka..
Perkara 5
Dan selamanya para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam Kitab Allah..
Maka saling sengketa akan berlaku sesama mereka..
~Riwayat Ibnu Majah~
Selamat beramal..
Barakallahufik.. =)
Sumber: M/s 17, Maksiat Dosa Yang Meresahkan, Pahrol Mohamad Juoi, Majalah Solusi Isu 35, 2011.
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!