Dec 7, 2011

Kenali 25 Nabi Kita..

Nabi Pertama yang diciptakan oleh Allah = Nabi Adam a.s
(Surah Al Baqarah: Ayat 34)

Nabi yang sangat penyabar = Nabi Idris a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 85)

Nabi yang berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya = Nabi Nuh a.s
(Surah Al Ankabuut: Ayat 14)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Ad = Nabi Hud a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 65)

Nabi yang diutuskan kepada Kaum Thamud = Nabi Salleh a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 73)

Nabi yang merasa kesejukan di dalam api yang menjulang = Nabi Ibrahim a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 69)

Nabi yang mempunyai kaum yang suka terhadap perhubungan yang songsang = Nabi Luth a.s
(Surah Hud: Ayat 78)

Nabi yang merelakan dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri, Nabi Ibrahim di atas perintah Allah = 
Nabi Ismail a.s 
(Surah As Saaffaat: Ayat 107)

Nabi yang mempunyai anak yang juga seorang Nabi iaitu Nabi Yaakub = Nabi Ishak a.s
(Surah Maryam: Ayat 49)

Terlalu sedih sehingga menjadi buta akibat kehilangan anaknya, Nabi Yusuf  = Nabi Yaakub a.s
(Surah Yusuf: Ayat 84)

Nabi yang bermimpi sebelas bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya = Nabi Yusuf a.s
(Surah Yusuf: Ayat 4)

Nabi yang diuji dengan penyakit yang dahsyat dalam masa yang lama = Nabi Ayub a.s
(Surah Al Anbiyaa': Ayat 83)

Nabi yang mempunyai kaum yang tidak jujur dalam sukatan dan timbangan baranag = Nabi Shuib a.s
(Surah Al A'raaf: Ayat 85)
Nabi yang dapat membelah laut menjadi dua mengunakan tongkat untuk menyelamatkan diri berserta kaum Yahudi dari Firaun = Nabi Musa a.s 
(Surah Asy Syu'araa': Ayat 63)

Saudara kandung Nabi Musa yang fasih dan petah dalam berbicara untuk membantu dakwah Nabi Musa = Nabi Harun a.s (Surah Al Qasas: Ayat 34)

Seorang Nabi dan raja yang terkenal dengan sifat sabar dan soleh = Nabi Zulkifli a.s
(Surah Saad: Ayat 48)

Nabi yang mampu melembutkan besi dan membuat baju-baju dari besi = Nabi Daud a.s
(Surah Saba': Ayat 10)

Nabi yang telah wafat yang tidak diketahui oleh sesiapa dan disedari wafat setelah anai-anai memakan tongkatnya = Nabi Sulaiman a.s
(Surah Saba': Ayat 14)

Seorang Nabi yang sangat soleh di sisi Allah = Nabi Ilyas a.s
(Surah Al An'aam: Ayat 85)

nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah = Nabi Ilyasa' a.s
 (Surah Al An'aam: Ayat 86)

Nabi yang kecewa terhadap kaumnya sendiri dan meninggalkan mereka. Lalu, di telan oleh ikan dan terkurung di dalamnya. Atas izin Allah, terkeluar dengan selamat. = Nabi Yunus a.s
(Surah Al Qalam: Ayat 48)

Nabi yang memperoleh zuriat ketika usia lanjut dan anak yang diperolehi adalah seorang Nabi juga iaitu Nabi Yahya = Nabi Zakaria a.s
(Surah Al Imran: Ayat 40)

Dilahirkan di atas izin Allah walaupun pada ketika itu bapanya telah lanjut usia dan ibunya mandul = 
Nabi Yahya a.s
(Surah Maryam: Ayat 7)

Nabi yang cuba disalibkan oleh kaumnya namun tidak berjaya dilaksanakan kerana Allah telah menggantikan dengan seseorang yang menyerupainya = Nabi Isa a.s
(Surah An Nisaa': Ayat 157)

Nabi yang ditegur oleh Allah kerana meninggalkan dan berpaling kepada orang buta yang ingin mengenal Islam. = Nabi Muhammad S.A.W
(Surah 'Abasa: Ayat 1)


Sumber : Tafsir Al-Quran Online (http://www.surah.my)


Semoga bermanfaat..
Barakallahufik..^^


Nov 9, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2011..^^

Salam Alaik..

Selamat menduduki peperiksaan kepada guru pelatih IPG Kampus Kent, Tuaran:

PISMP Ambilan Januari 2008, 2009, 2010, 2011..
PPISMP Ambilan Jun 2010..
PPISMP Ambilan Jun 2011..
KPLI Ambilan Januari 2011..

Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih seluruh IPG di Malaysia..^^ 

Peperiksaan akan berlangsung pada:
9 November hingga 17 November 2011.. ^^



Semoga dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan..
Berdoa + Berusaha + Tawakal..

Semoga doa2 kalian dimakbulkan oleh Allah..
Barakallahufik.. ^^



*Semoga memperolehi pointer yang baik ketika keluar result kelak.. Amin.. ^^




Nov 8, 2011

Jemputan Perkahwinan Untuk Warga IPG Kampus Kent.

Salam alaik..
Saya telah diamanahkan untuk menyebarkan majlis perkahwinan Abang Kak Wina..
Yang akan berlangsung pada 13 November 2011 (Ahad) ini..






Kepada sesiapa yang belum mengenali @ ingat2 lupa siapa itu Kak Wina..
Kak Wina ialah salah seorang pengusaha makanan di Medan Selera..
Nama kedainya ialah Farah Catering..
Kedai yang kedua dari sebelah kiri anda kalau anda berhadapan kedai2 makanan lain..
Mesti kalian tahu tu..^^

Kak Wina jemput kita satu Warga Kent untuk memeriahkan majlis perkahwinan abangnya..
Sama2 kita datang untuk memeriahkan majlis perkahwinan abang Kak Wina..
Disamping itu.. Kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan masyarakat di sekitar Tuaran.. ^^


*Kalo nak tahu jalan.. Anda tekan ja gambar kad jemputan perkahwinan itu..
Insya Allah.. Anda boleh lihat koordinat tempat majlis itu akan berlangsung..
Tp.. kalo nak tahu dgn lebih lanjut..
Boleh tanya dgn Kak Wina terus kalo anda turun ke Pekan Tuaran kelak..


Sebar-sebarkan pada warga kent yang lain yah..
Kalo boleh.. Like post ini supaya jemputan ini sampai dengan kawan2 lain..
Syukran warga Kent.. ^^
Barakallahufik...


Tahniah diucapkan dari kami seluruh Warga IPG Kampus Kent, Tuaran..^^







10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta..



Salam Alaik..
Kepada teman-teman yang sedang atau ingin bercinta..
Dengarlah 10 pesanan ini..



  1. Janganlah dirimu membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum dirimu berkahwin dengan ‘si dia’.
  2. Bercintalah dengannya sekadarnya sahaja... Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
  3. Jika dirimu ingin berbahagia seumur hidup.. Tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum dirimu berhak menjadi milik ‘si dia’.
  4. Jika dirimu menyintainya.. Binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
  5. Kebahagiaan yang dirimu lihat sebelum berkahwin hanya palsu.. Yang hakikatnya adalah selepas dirimu diijabkabulkan.
  6. Jikalau dirimu inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu.. Maka dirimulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
  7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating'.. Cukuplah sekadar dirimu tahu apa yang perlu dirimu tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
  9. Jika dirimu masih belum bercinta.. Tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
  10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah.. Kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.




Selamat bercinta hingga ke SYURGA..
Barakallahufik.. ^^


Sumber:

  • http://kepuncakmahligai.com/2011/01/percintaan-remaja-seharusnya/
  • http://merpatiputih88.blogspot.com/2011/03/bercinta-kerana-allah-vs-bercinta.html
  • http://shakilaseha.blogspot.com/2011/11/10-nasihat-untuk-orang-yang-bercinta.html
  • Gambar: Ehsan dari Google.




Nov 5, 2011

Jemputan Hari Raya Aidiladha 2011 di IPG Kampus Kent..

Salam Alaik..

Salam Aidil Adha untuk semua warga Muslim.. ^^


Salam Aidil Adha..
Kepada warga Muslim IPG Kampus Kent yang tidak balik bercuti..
Kalian dialu-alukan untuk memeriahkan sambutan Aidiladha di Surau Nurul Yaqin..
Alhamdulillah.. Ada lembu yang akan disembelih selepas Solat Hari Raya Aidiladha..

Tarikh: 6 November 2011 (Ahad)
Jam : 7:30 pagi
Tempat: Surau Nurul Yaqin, IPG Kampus Kent.

Makanan untuk Hari Raya Qurban ada disediakan..
Marilah datang beramai-ramai..

Barakallahufik.. ^^




Oct 31, 2011

13 Alasan Lain Wanita Yang Enggan Menutup Aurat..



Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan..
Bagi wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu..
 Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
 
1.
Alasan: Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Jawapan: Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
   
2.
Alasan: Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
Jawapan: Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan..” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
 

3.
Alasan: Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
Jawapan: Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi anda seorang Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4.
Alasan: Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? 

5.
Alasan: Soal pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Jawapan: Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6.
Alasan: Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Jawapan: Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut anda. 

7.
Alasan: Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Jawapan: Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8.
Alasan: Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Jawapan: Anda sebenarnya sudah menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

9.
Alasan: Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Jawpan: Berani cakap di dunia, berani kah anda cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10.
Alasan: Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Jawapan: Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11.
Alasan: Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Jawapan: Mati tidak mengenal usia. Tidak takut kah mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12.
Alasan: Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Jawapan: Boleh kah cakap dengan Malaikat Izrail nanti.. "Tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku."

13.
Alasan: Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Jawapan: Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



Dalil berkaitan perlunya Wanita menutup Aurat.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf : Ayat 26 yang bermaksud:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat"
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu aurat. Apabila mereka keluar, maka syaitan memperlihatkan keindahannya."
(Riwayat Al-Tarmizi no.1173)


Kesilapan Pemahaman Mengenai Aurat Wanita.

Ramai wanita yang mengambil ringan soal aurat.
Malah ada beberapa kesilapan dari segi pemahaman dan amalan yang wujud dalam kalangan wanita muslimah..
Ingatlah..
Bahawa wanita yang masih memberi alasan..
Janganlah gadaikan kebahagiaan akhirat dengan alasan rimas atau tidak selesa untuk berpenampilan Mukminah..
Moga Allah membantu kita menjadi sebaik-baik perhiasan dunia..
Bukan sebagai senjata syaitan yang menyesatkan lagi anak Adam..
Amin..


 Sumber:
  1. M/s: 85, Batas Aurat, Husna Hassan, Majalah Solusi Isu 25,2011, Telaga Biru, Sdn.Bhd
  2. http://www.informasi.my/13-alasan-wanita-yang-enggan-menutup-aurat/




Oct 30, 2011

Kamu Bidadariku..


Sudah lama aku perhatikan kamu..
Sejak kecil..
Sejak di bangku sekolah lagi..

Pakaianmu bukan seperti biasa..
Tutur bicaramu juga..
Jalanmu juga begitu..
Peribadimu terjaga..
Citra bidadari syurga..
Kerana apa? Kerana...

Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram..
Kamu berada di rumah bersama keluargamu..

Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan..
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu..

Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop..
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu..

Di saat orang lain memuja artis-artis..
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola..

Di saat orang lain bergelak ketawa besar..
Kamu hanya tersenyum sendiri..

Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai..
Kamu tetap dengan tudung labuhmu..


Di saat orang lain dengan make up tebal seinci..
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi..

Di saat orang lain bersama perfume mewangi..
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie..

Di saat orang lain menggayakan short sleeve..
Kamu tetap tegar memilih long sleeve..

Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan..
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’..

Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai..
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah..


Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook..
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu..

Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia..
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu..

Di saat orang lain ingin menjadi orang lain..
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu..

Sungguh, aku akan menjadikanmu bidadariku..
Sebagai penemanku di dunia dan syurga abadi..

InsyaAllah.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)
 
Wallahu’alam.
Barakallahufik..  



Sumber: http://harithfaisal.blogspot.com/2011/09/seorang-aku-kamu-bidadariku.html


Oct 29, 2011

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Sudah Terjadi dan Mungkin Berulang...


Tanda-tanda kiamat yang sedang terjadi adalah tanda-tanda yang datang sesudah masa generasi Islam pertama dan pada masa kita hidup sampailah saat ini. Banyak daripada tanda-tanda itu sudah terjadi dan sedang berlangsung. Antaranya ialah:


Berlakunya pelbagai macam fitnah.
  • Fitnah itu berlaku sehingga menyeret mereka kepada perpecahan, pembunuhan dan kebingungan. Fitnah yang dialami ialah tersebarnya gambar lucah di mana-mana, berleluasanya harta riba dan banyaknya amalan rasuah dalam masyarakat. Bahkan kerana fitnah ini, ramai yang tidak mampu mempertahankan keimanannya.
  • Nabi berkata: ‘Segeralah kamu melakukan perbuatan baik sebelum datangnya fitnah. Fitnah itu seperti malam yang gelap gelita. Pada pagi hari seorang itu percaya pada Allah tetapi menjelang petang dia menjadi kafir dan pada waktu petang seorang itu percaya kepada Allah tetapi menjadi kafir apabila pagi menjelma. (Diriwayatkan Muslim)



Meluasnya perdagangan.
  • Perdagangan bertambah banyak sehingga melalaikan menusia dalam beribadah kepada Allah.


    Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali.
    • Fenomena seorang Muslim mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenali sudah terjadi pada zaman sekarang. Walaupun kita tahu orang itu adalah Muslim, namun kita enggan mengucapkan salam kepadanya kerana kita merasa tidak mengenalinya. Jadi kita merasa tidak perlu mengucapkan salam kepadanya.
    • Rasulullah pernah menjelaskan iaitu: "Menjelang datangnya kiamat, salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenalinya, perdagangan semakin meluas sehingga isteri turut membantu suaminya dalam berdagang, silaturrahim terputus, banyak persaksian palsu, kesaksian yang benar disembunyikan dan munculnya pena." (Diriwayatkan oleh Ahmad)

    Putusnya silaturrahim
    • Setiap orang semakin tidak mengenali antara satu sama lain akibat rapuh dan renggangnya hubungan antara sesama saudara.



    Konspirasi umat lain ke atas umat Islam

    • Nabi berkata: Musuh-musuh kamu akan mengerjakan kamu sebagaimana orang-orang yang sedang kelaparan menghadap meja yang penuh hidangan. Seorang sahabat bertanya: ‘Adakah kerana ketika itu bilangan kami sedikit?’ Nabi menjawab: ‘Tidak! Jumlah kamu ramai tetapi  kamu seperti buih di lautan. Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu sehingga mereka tidak gentar kepada kamu. Kemudian, Allah mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati kamu.’ Sahabat bertanya lagi: ‘Wahai rasul Allah, wahn itu apa?’ Baginda menjawab: ‘Cintakan dunia dan takutkan mati’.
    • Peristiwa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu benar-benar sudah terjadi dan akan terjadi lagi. Sleepas keruntuhan pemerintahan Bani Usmaniah di Turki, pelbagai bangsa berkospirasi ke atas kaum Muslimin

      Semoga menjadi renungan kepada kita semua..
      Barakallahufik.. 

      Sumber: Fahrur Muis, Peristiwa-Peristiwa Dahsyat menjelang Kiamat : Bencana Akhir Zaman (Berpandukan Al-Quran dan Hadis).



      Apakah Ibu Negara bagi Israel?



      Mengujakan tentang jawapan Hasan Menem berkaitan dengan ibu negara Israel..

      *Hasan Menem merupakan kanak-kanak lelaki Palestin yang baru berumur 2 tahun.
      Hasan dilapangkan dada oleh Allah untuk menyatakan nama-nama ibu negara di sekitar Asia Barat dengan betul..


      Mereka tetap berjuang walau umur mereka tidak sewajibnya untuk berjuang menentang musuh..



      p/s:
      Anak kecil pun tahu bahawa Israel hanya menjajah di tanah air mereka sendiri.. 
      Semoga umat Islam bersatu padu menentang musuh Allah..
      Barakallahufik..^^


      Oct 27, 2011

      Tempoh Solat Kita Hanya Setahun Lebih Sepanjang Umur Hidup Kita..


      Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu..
      Subuh (2 rakaat), Zohor (4 rakaat), Asar (4 rakaat), Maghrib (3 rakaat) dan Isyak (4 rakaat)...
      Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari?
      Jawapannya 17 rakaat..

      Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu?
      Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit..
      (2 minit adalah anggaran sahaja.. Andai yang anda buat lebih dari itu.. itu adalah yang terbaik.. ^^)..
      Darab 17 rakaat bersamaan 34 minit..
      Jadi.. jumlah sehari bersamaan 24 jam..
      Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya!
      Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari?


      Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pula..
      Seminggu ada 7 hari..
      Jika sehari kita perlukan 34 minit..
      Seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!!
      Bandingkan pula masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan?

      Bagaimana pula dengan sebulan?
      Ok.. Sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4..
      Jumlahnya 952 minit sebulan!!!

      Kalau setahun?
      952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!!
      Jika kita tukarkan pula kepada mode jam..
      Bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat!
       Jika ditukarkan pula kepada mode hari..
      Kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!!

      Sekarang kita ambil dari segi usia pula..
      Kita ambil secara purata 60 tahun..
      Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul?
      Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu..
      Berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita?


      Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50...
      Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun...
      Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari..
      Iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!!
      Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!!
      Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya..
      Berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini..
      Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu...
      Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia. 
       

      Sumber :http://ezurah.blogspot.com/2011/09/umur-60-tahun-tapi-solatnya-setahun.html



        p/s:
        Solat itu adalah tiang agama..


        Selamat beramal..
        Barakallahufik..



        Oct 26, 2011

        Bijaknya Iblis dan bala tenteranya..CIS!!



        Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."


        "Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid.. biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".


        "Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya? " tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. 
        "Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"
        Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

        "Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


        "Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

        "Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan" . "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

        "Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

        "Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

        "Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

        "Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

        "Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala"."Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga".


        "Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."


        "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


        "Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


        "Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."




        PASTI BERHASIL!! PASTI BERHASIL!!

        "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

        "Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya".

        Sekarang pertanyaan saya adalah..

        "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"


        Renungkan lah..
        Selamat beramal..
        Barakallahufik.. =)

        Terhangat