Oct 31, 2011

13 Alasan Lain Wanita Yang Enggan Menutup Aurat..



Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan..
Bagi wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu..
 Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
 
1.
Alasan: Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Jawapan: Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
   
2.
Alasan: Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
Jawapan: Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan..” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
 

3.
Alasan: Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
Jawapan: Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi anda seorang Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4.
Alasan: Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? 

5.
Alasan: Soal pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Jawapan: Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6.
Alasan: Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Jawapan: Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut anda. 

7.
Alasan: Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Jawapan: Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8.
Alasan: Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Jawapan: Anda sebenarnya sudah menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

9.
Alasan: Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Jawpan: Berani cakap di dunia, berani kah anda cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10.
Alasan: Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Jawapan: Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11.
Alasan: Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Jawapan: Mati tidak mengenal usia. Tidak takut kah mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12.
Alasan: Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Jawapan: Boleh kah cakap dengan Malaikat Izrail nanti.. "Tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku."

13.
Alasan: Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Jawapan: Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



Dalil berkaitan perlunya Wanita menutup Aurat.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf : Ayat 26 yang bermaksud:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat"
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu aurat. Apabila mereka keluar, maka syaitan memperlihatkan keindahannya."
(Riwayat Al-Tarmizi no.1173)


Kesilapan Pemahaman Mengenai Aurat Wanita.

Ramai wanita yang mengambil ringan soal aurat.
Malah ada beberapa kesilapan dari segi pemahaman dan amalan yang wujud dalam kalangan wanita muslimah..
Ingatlah..
Bahawa wanita yang masih memberi alasan..
Janganlah gadaikan kebahagiaan akhirat dengan alasan rimas atau tidak selesa untuk berpenampilan Mukminah..
Moga Allah membantu kita menjadi sebaik-baik perhiasan dunia..
Bukan sebagai senjata syaitan yang menyesatkan lagi anak Adam..
Amin..


 Sumber:
  1. M/s: 85, Batas Aurat, Husna Hassan, Majalah Solusi Isu 25,2011, Telaga Biru, Sdn.Bhd
  2. http://www.informasi.my/13-alasan-wanita-yang-enggan-menutup-aurat/




2 comments:

  1. sungguh terharu membaca :( terima kasih sudi share..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,,,,,,smoge semua wanita muslimah sedunia sedar akan arahan Allah dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W...

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat