Tanda-tanda kiamat yang sedang terjadi adalah tanda-tanda yang datang sesudah masa generasi Islam pertama dan pada masa kita hidup sampailah saat ini. Banyak daripada tanda-tanda itu sudah terjadi dan sedang berlangsung. Antaranya ialah:
Berlakunya pelbagai macam fitnah.
- Fitnah itu berlaku sehingga menyeret mereka kepada perpecahan, pembunuhan dan kebingungan. Fitnah yang dialami ialah tersebarnya gambar lucah di mana-mana, berleluasanya harta riba dan banyaknya amalan rasuah dalam masyarakat. Bahkan kerana fitnah ini, ramai yang tidak mampu mempertahankan keimanannya.
- Nabi berkata: ‘Segeralah kamu melakukan perbuatan baik sebelum datangnya fitnah. Fitnah itu seperti malam yang gelap gelita. Pada pagi hari seorang itu percaya pada Allah tetapi menjelang petang dia menjadi kafir dan pada waktu petang seorang itu percaya kepada Allah tetapi menjadi kafir apabila pagi menjelma. (Diriwayatkan Muslim)
- Perdagangan bertambah banyak sehingga melalaikan menusia dalam beribadah kepada Allah.
- Fenomena seorang Muslim mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenali sudah terjadi pada zaman sekarang. Walaupun kita tahu orang itu adalah Muslim, namun kita enggan mengucapkan salam kepadanya kerana kita merasa tidak mengenalinya. Jadi kita merasa tidak perlu mengucapkan salam kepadanya.
- Rasulullah pernah menjelaskan iaitu: "Menjelang datangnya kiamat, salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenalinya, perdagangan semakin meluas sehingga isteri turut membantu suaminya dalam berdagang, silaturrahim terputus, banyak persaksian palsu, kesaksian yang benar disembunyikan dan munculnya pena." (Diriwayatkan oleh Ahmad)
- Setiap orang semakin tidak mengenali antara satu sama lain akibat rapuh dan renggangnya hubungan antara sesama saudara.
Konspirasi umat lain ke atas umat Islam
- Nabi berkata: Musuh-musuh kamu akan mengerjakan kamu sebagaimana orang-orang yang sedang kelaparan menghadap meja yang penuh hidangan. Seorang sahabat bertanya: ‘Adakah kerana ketika itu bilangan kami sedikit?’ Nabi menjawab: ‘Tidak! Jumlah kamu ramai tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu sehingga mereka tidak gentar kepada kamu. Kemudian, Allah mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati kamu.’ Sahabat bertanya lagi: ‘Wahai rasul Allah, wahn itu apa?’ Baginda menjawab: ‘Cintakan dunia dan takutkan mati’.
- Peristiwa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu benar-benar sudah terjadi dan akan terjadi lagi. Sleepas keruntuhan pemerintahan Bani Usmaniah di Turki, pelbagai bangsa berkospirasi ke atas kaum Muslimin
Semoga menjadi renungan kepada kita semua..
Barakallahufik..
Sumber: Fahrur Muis, Peristiwa-Peristiwa Dahsyat menjelang Kiamat : Bencana Akhir Zaman (Berpandukan Al-Quran dan Hadis).
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!