Lelaki idaman saya
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak takut untuk berkata benar
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyi ramai kawan dan tidak mempunyai musuh
Lelaki idaman saya adalah yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga nya
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidupnya dibawa naungan Al-Quran dan Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang hidupnya penuh syukur dengan rahmat Allah ke atas
Lelaki idaman saya tidak membazir masa
Yang matanya kepenatan kerana membaca
Suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan Syurga dan di situlah rumah idamannya dan dia ingin
membawa saya bersamanya
DIA LAH LELAKI IDAMAN SAYA…
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!