Apr 13, 2010

Siapa APa?


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah orang yang kedekut? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau mengabaikan notis ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Apr 9, 2010

GHURUR


"Bila Derhaka Dalam Taat"

Ghurur ialah tipudaya yg berasal daripada perkataan 'Ghaara' iaitu terpedaya. Menurut kamus al-Marbawi, selain makksud tipu daya . Ghurur juga diertikan dengan maksud syaitan dan segala yang sia-sia. Orang yang terkena penyakit Ghurur ini selalunya lupa bahawa disebalik ketaatan yang ditunjukkan dengan amalan zahir tersembunyi sifat derhaka atau dalam maksud lain "derhaka dalam taat"

Derhaka dalam taat ialah orang yang tidak sedar dirinya melakukan amalan yang pada zahirnya baik, padahal ia dibenci dan dimurkai Allah kerana terselit niat dan perasaan yang tidak ikhlas, riak, ujub, sombong, mengharapkan ganjaran dunia, dibalas pujian kerana mencari pengaruh lain.Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Ma'un, orang yang riak juga dianggap Allah sebagai penipu dalam mengamalkan perintah Allah.

Dua golongan orang yang dianggap derhaka dalam taat ialah:

1. Amal yang tidak sempurna Orang yang mengamalkan syariat lahir dan batin tetapi kedua-duanya tidak sempurna kerana masih terlibat dengan dosa dan maksiat sama ada maksiat zahir atau batin. Contohnya melakukan semua perintah fardu dan yang terkandung dalam fadhail a'mal(solat sunat, tahajjud, baca al-quran) berhati lembut, pemurah tetapi masih juga dalam kehidupannya terlibat dengan riba, dedah aurat, pergaulan bebas, mengumpat, fitnah orang, sombong, mncerca dan cinta dunia. 2. Cuai dengan amalan batin Golongan ini banyak mengerjakan amalan-amalan zahir tetapi cuai dalam mengerjakan amalan batin. Orang ini kelihatan pada zahirnya sempurna, baik, tetapi hati penuh dengan hasad dengki, bakhil, ujub, riak, sombong, cinta dunia dan mementingkan diri. Selain itu juga, dia suka memperlekehkan kepada orang yang kurang ibadah kerana menganggap dirinya lebih hebat. dia juga berasa tenang dan senang dengan ibadahnya serta yakin akan selamat di akhirat.






Apr 4, 2010

Logo Lajnah Multimedia IPG Kent


Bismillahirrohmanirrohim..

Logo di atas ialah logo terkini bagi Lajnah Multimedia dan Penerbitan Surau Nurul Yaqin IPG Kent, Tuaran, Sabah. Logo ini telah diilhamkan Allah melalui asbab al-Akh Ketua Lajnah Multimedia tersebut dan dipersetujui oleh sekalian ahli - ahli lajnah, alhamdulillah.

Berikut merupakan antara rasional di sebalik logo ini :
  • Warna hijau muda : kesegaran, iltizam para pemuda pemudi Islam IPG Kent yang sedang menimba ilmu dan pengalaman dalam dakwah
  • semi-bulat sebelah kanan ialah huruf "Mim" - Multimedia (nama lajnah)
  • semi-bulat sebelah kiri ialah huruf "Ya" (tanpa titik) - Yaqin (nama surau IPG Kent)
  • huruf "Alif" / "I" di tengah - tengah logo : Islam, Iman, Ihsan - teras dalam segala kerja lajnah. Juga mewakili nama risalah rasmi mingguan terbitan lajnah ini iaitu "i-kent"
  • "Filled" di sebelah kanan, "Unfilled" di sebelah kiri - mewujudkan kontra yang melambangkan keterangkuman berusaha untuk dunia dan akhirat. Akhirat yang lebih utama diwakili oleh "filled part" yang membawa maksud bahawa akhirat itulah kehidupan sebenar dan "real" manakala duniawi diwakili oleh bahagian "unfilled" yang bermakna bahawa kehidupan dunia kini adalah sementara dan "unreal"
  • bentuk bulat : keseragaman, perpaduan, dinamik
Kepentingan sebenar akan penciptaan logo ini adalah sebagai lambang kesatuan dan persefahaman dalam kalangan ahli lajnah. Logo untuk Jawatankuasa Surau Nurul Yaqin (jawatankuasa induk) IPG Kent adalah dalam proses pembikinan dan insya Allah akan diumumkan di dalam blog ini.

Semoga sekalian ahli jawatnkuasa Surau Nurul Yaqin IPG Kent akan terus istiqamah dan ikhlas dalam memakmurkan musolla dan pusat perpaduan Muslim IPG Kent ini serta gigih memelihara martabat agama Islam dan kaum Muslim di mana sahaja.

Walillahil-hamd. Segala Puja dan Puji Hanya Layak Untuk Allah. 

Terhangat