"Eeeeii.. Benci betol.. Dahlah tak cukup duit nak upgrade ram laptop.. kawan2 lagi mengutuk laptop aku lidut.. haisyy.." <--- Di uji dengan harta dan perasaan. "Kenapalah aku terjebak dalam profession ne.. Aku tak suka.. aku tak suka.. Aku tak MINAT!! Aku nak kerja yang aku minat.. Course yang aku minat!!" <--- Di uji dengan perasaan dan keinginan. "Aisy.. Budak2 ni.. Nak aku lempang aja satu2.. Aku suruh duduk tempat masing2.. tak nak dengar cakap.. KELAS!! DUDUK TEMPAT MASING2!!" <--- Di uji dengan kesabaran untuk mendidik anak2 bangsa.. "TENSEN!! Esok maw antar assignment sdah.. dah la blom siap lg.. bertindih2 kerja.. KKP lagi maw dihantar esok.. Alamak esok ada test pula.. eeeeiii.." <--- diuji dengan asignment yang banyak.. "Sya sedihh.. dia tinggalkan sya.. tak guna btul punya prempuan/lelaki!! Buat penat lelah aku je setia.. last2 dia kawin dengan org lain.. bengong btol!!" <--- di uji dengan perasaan cinta terhadap orng.. Ini adalah contoh2 perkara yang berlaku dalam perkara seharian.. (Tiada kaitan dengan sesapa.. untuk bg contoh aja.. ^_^).. mungkin dialog tersebut lebih kepada berpunca kepada kelemahan atau kesilapan diri sendiri.. Contohnya.. kita tak pandai urus masa, perangai kita, tak pandai badget kewangan dan sebagainya.. Namun.. dalam tak sedar.. Di sinilah Allah menguji kita.. Melalui firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (Jasmani & Rohani)" Surah Al Balad : Ayat 4. Ini bukan bermakna Allah ingin menyeksa kita dengan segala kesulitan tapi merupakan antara 'tugas' yang hambaNya perlu laksanakan. Kadang-kala.. Allah turunkan kesusahan untuk menyedarkan kita.. Dengan cara inilah Allah turunkan petunjuk/teguran.. tapi caranya mungkin berbeza dengan setiap orng di dunia ini.. Mungkin cara yang diturunkan dalam bentuk orang mencerca kita.. menghina kita.. Cuba kita imbas kembali.. apa yang kita pernah lakukan pada waktu dulu.. pernah tak kita buat mcm tu kat org?? Setiap apa yang kita lakukan.. pasti ada balasannya... Firman Allah lagi : "Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu sehinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya)." Surah Al Syiqaq : Ayat 6. Usahlah menyalahkan segala apa yang berlaku kerana apa yang berlaku ada sebabnya dan hikmah yang tersendiri. Salah satu sebab dan hikmah yang diperolehi ialah menguatkan hati dan mengentalkan jiwa apabila berhadapan dengan musibah. Ini adalah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita ini adalah umat yang sentiasa sibuk dengan urusan2 dunia.. Cuba kita 'calculate' balik.. berapa waktu kita luangkan untuk Allah?? Oklah.. kita kira sama2 ibadah yang kita lakukan untuk Allah. Contoh: Solat Subuh+zikir+Al-Quran = 30 minit.. (Bonus kalo ada yg buat qiamulail: Tambah 30 minit) Solat Zohor+Doa aja (Sebab nak kejar makan tgh hari..) = 10 Minit (Bonus sapa buat Solat Dhuha sebelum tu : Tambah 15 Minit) Solat Asar+Doa je (sebab nak turun padang cepat.. nak konker padang..) = 10 minit.. (Bonus kalo ada buat solat sunat sebelum solat Asar : Tambah 10 minit..) Solat Maghrib+Zikir+Al-Quran = 30 minit (Bonus sapa yang datang kuliah maghrib dan solat berjemaah bersama2: Tambah 44 minit ) Solat Isyak + Doa aja (Sebab nak ke pasar nak beli makanan..) = 15 minit (Bonus untuk yang dengar kuliah maghrib, dirikan solat sunat, iktikaf di surau, Solat berjemaah, perbincangan ilmiah antara naqib/naqibah dan rakan2 lain, sesi soal jawab dengan ustaz & sebagainya : Tambah 45 minit.. ) Kita kira semuanya (tak termasuk yang bonus lah..).. =30+10+10+30+15 =95 minit / 1 jam 35 minit.. <---- (ini mungkin baru solat wajib).. Kita kira semuanya yang termasuk bonus.. = 30+15+10+44+45 + 95 (untuk solat wajib) =235 / 3 jam 55 Minit Mana lg banyak?? dan.. Kita lihat pula untuk perkara2 lain.. = Belajar, bersedekah, menolong orang, tersenyum dan sebagainya.. = Mungkin dapat lebih dari 10 jam Namun... Adakah.. Kita buat semua tu.. kita ingat Allah tak?? Adakah kerana Nya kita buat?? Adakah kita terfikirkan Allah semasa kita lakukan pekerjaan?? kalo bukan kerana Nya.. Kita tak dapat apa2.. mungkin dapat penat sajalah.. Analoginya: Apabila majikan aka GB atau pegawai pendidikan mengarahkan kita untuk mengajar kelas tambahan di luar waktu bekerja kita.. haruslah kita mahu imbuhan atau income kan.. kalo tak da.. confirm kita luahkan perasaan kita kat FB atau di surat khabar.. sebab mengajar tak dapat apa2.. dpt penat dan habiskan air liur jer.. (kalo berniat nak kumpul duitlah ne..) Oleh itu... Kira bagus sudah Allah berikan ujian dengan kita.. kerana Dia ingat kat kita.. Kawan2 tak sedihkah kalau Allah biarkan kita dalam keseronokan dunia?? Kita HUhA sana.. HUhi sini.. Dan bayangkan... Masa kita HUhA HUhI tu.. Allah sentap nyawa kita scr tiba2.. tak ka tak sempat nak bertaubat?? takkan nyawa di hujung kerongkong baru nak bertaubat??? Kesimpulannya:
Akhir kata... "... Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.." Surah Al-Baqarah : Ayat 216 Sekian terima kasih...Nukilan penulis sendiri dengan bantuan beberapa sumber serta pengalaman penulis... Sumber: -Majalah Solusi Isu 18. -Tafsir Al-Quranul Karim |
Apr 17, 2011
Mengapa Allah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terhangat
-
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
-
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
-
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
tq..
ReplyDeletecool! betul neyh~ erm~
ReplyDeleteSyukran.. =)
ReplyDelete