Apr 10, 2011

Muhasabah Cinta : Sederhana Dalam Cinta & Benci



"Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu."

Hadits ini disahihkan oleh Imam al Muhaddits Al Albani (lihat Shahih at Turmudzi lil Albani, hal. 1997 dan Ghayatul Maram fi takhrij ahadits Al Haram wal Haram hal. 472)

Ya, sederhanalah dalam cinta dan benci. Sesungguhnya hati manusia itu sentiasa berbolak balik dan berubah. Betapa seringnya kita membenci seseorang namun setelah masa berlalu kita begitu hormat dan sayang padanya. Ada juga yang kita sayang namun akhirnya kita benci sebencinya.

Tidak ada perasaan yang kekal selamanya. Tidak ada yang wajib kita cintai melainkan cinta kita pada Allah dan Rasul dan cinta-cinta yang akan menguatkan cinta kita kepada Allah dan RasulNya.

Selain kedua-dua cinta itu dan perkara yang menguatkan kedua-duanya kita tidak dituntut untuk berlebihan dalam perasaan cinta, rindu atau dendam dan benci. Mencintai kedua-duanya adalah sumber ketenangan dan kebahagaiaan manakala cinta yang tidak ada kaitan dengannya adalah punca malapetaka jiwa hingga hati diliputi keluh kesah dan penyesalan yang tak berpenghujung.

Berapa ramai yang terjerumus dengan cinta syahwat hingga tergadai maruah dan harga diri. Ada juga yang cintakan dunia lalu terantai jiwa pada kesempitan dan rasa ketidakcukupan. Ada yang cintakan pangkat lalu dirinya menjadi pembenci dan dibenci.

Ya, tidak salah jika hati kita cinta pada sesuatu tetapi besederhanalah supaya kita masih memiliki diri kita sendiri hingga kita masih mampu menilai dan membezakan yang baik dan buruk atau kebenaran dan kepalsuan. Cintalah pada harta agar cinta kita membuahkan kecukupan dan keberkatan.

Cintalah pada dunia agar ia benar-benar menjadi ladang Akhirat dan cintalah pada pasangan kita agar terbinanya rumahtangga diatas dasar iman dan taqwa. Sungguh Allah tidak pernah lupa bahawa kita ini manusia dengan segala keinginan jiwa lalu Allah tunjukkan kita jalan untuk kita meraih ketenangan dan kebahagiaan.

Sungguh, Allah mengetahui segala kecenderungan dan kelemahan kita sebagai manusia lalu ditunjukkannya jalan selamat dari dosa yang akan mematikan hati. Sungguh, Allah mengetahui bahawa kita hamba yang lemah lalu dibentangkanNya jalan taubat untuk kita kembali kepadaNya.

Al Hasan al Bashri rahimahullah berkata, "Cintailah sekadarnya dan bencilah sekadarnya, sungguh telah berlebihan suatu kaum dalam cinta kemudian mereka menjadi hancur kerananya dan telah berlebihan suatu kaum yang lain dalam membenci kemudian mereka menjadi binasa."

Sumber :

Panduan Bercinta & Memendam Rindu, Ibnu Qayyim Al—Jauziah, 2003.
Siapa Orang yang Allah Cintai, Solusi Isu 23, 2010.
Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri, Burhan Sodiq, 2010.

Muat Turun Risalah Edisi 13 Sekarang! (klik DOWNLOAD, download dari HOTFILE dan EXTRACT FILE!)


DOWNLOAD  

No comments:

Post a Comment

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat