Semua orang tahu, salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Namun kini terdapat orang-orang islam yang mempraktikkan perkara-perkara dengan tidak betul yakni tidak mengikuti garis panduan Islam yang sebetulnya dan salah satunya adalah pemakaian. Bagi kaum hawa, mereka memakai pakaian yang menutup aurat yakni menutup bahagian yang wajib ditutup tetapi malangnya berpakaian dengan sendat (bodyfit) yang sehingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh. Ini bukanlah cara menutup aurat yang disyariatkan Islam. Bagi kaum adam pula, menjadi satu ikutan untuk berseluar pendek dan memakai gelang tangan. Hal ini juga bukan cara-cara pemakaian di sisi Islam. Jika ditegur, ada yang menjawab “inilah trend!!”. Malang sungguh kita bila mendengar ada yang sanggup mempertahankan trend daripada mempertahankan agamanya sendiri. Harus kita ingati bahawa tubuh badan kita ini bukanlah dikurniakan untuk digaya-gayakan mengikut trend yang ada sebaliknya ini hanyalah pinjaman yang wajib kita patuhi perintah-perintah pemilik-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu adalah sebaik-baik pencipta, perancang dan penentu terhadap makhluk-makhluk-Nya. Apa yang kita dapat lihat sekarang, wanita lebih banyak dan suka mendedahkan aurat mereka malah menjadi kebanggaan apabila mendedahkan tubuh mereka dihadapan khalayak orang ramai. Di mana sifat malu mu wahai wanita?? Bercakap tentang soal dosa-pahala, hidayah dan petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Ada juga yang menjawab “belum terbuka hati”. Jawapan ini mungkin harus kita renungkan bersama iaitu “belum terbuka hati ataupun belum mahu membuka hati?” . Firman Allah: ‘Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu.’ (Surah al-Ahzab: Ayat 59) Lihatlah! Allah ingin memelihara kaum Hawa dengan memerintahkan agar kita menutup aurat. Allah bukan suka-suka hati memerintahkan melakukan perkara yang menyusahkan diri hambaNya. Agama Islam sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat. Janganlah ditunggu bila ‘terbukanya hati’ kita untuk melakukan sesuatu perubahan. Perasaan untuk menunggu terbukanya hati itu adalah kerja syaitan. Syaitan sentiasa menggoda kita untuk menangguh-nangguh perkara kebaikan. Selagi kita tak berdaya melawan jahatnya syaitan ini, selagi itu lah syaitan dan nafsu beraja di dalam diri kita. Mati boleh tiba pada bila-bila masa sahaja. Tak mungkin anda ingin bertaubat apabila Malaikat Maut sudah di hadapan mata dengan merayu-rayu pada Allah : ‘Ya Allah, aku mohon ampun.. Ya Allah.. Hambamu ini ingin bertaubat dari dosa..’. Ah, sayang sekali. Sudah terlambat pada masa itu. Taubat kita tidak akan diterima setelah roh berada di hujung kerongkong. Semoga anda berani berubah demi Allah dan kebaikan kemashlahatan semua umat Islam.
Sumber :
Download Risalah I-Kent Edisi 12 |
Apr 24, 2011
Sampai bila mahu buka??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terhangat
-
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
-
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
-
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!