Bersuci  adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan di dalam Islam..
Namun..
Terdapat segelintir daripada kita..
Tidak mengambil berat tentang mandi ini..
Apalagi ada sifat malas untuk mandi sehingga ada yang tak mandi selama sehari atau beberapa hari tanpa alasan yang munasabah.. 
Sabda Nabi S.W.T :
“Tidak  diterima solat tanpa bersuci.”
~Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu  Majah dari Abdullah bin Umar~ 
 Hadis ini  menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat.
Sekalian ulama telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat  sahnya solat..
Tidak sah solat tanpa bersuci.
Itu dari sudut agama..
Dari sudut saintifik pula..
Mandi tidak hanya membuatkan badan  segar..
Tetapi ada manfaat lain disebalik  itu...
Sebenarnya..
Mandi juga  memiliki peranan  dalam  meningkatkan sistem kekebalan, mencegah  penyakit kulit, bahkan  untuk  menyembuhkan masalah kesihatan yang  serius.
Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah: 
Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes..
Dengan setengah  jam berendam di dalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam  darah sekitar 13%...
Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita..
Eksema
Eksema   adalah penyakit radang kulit yang  kronik..
Dengan rasa kering dan gatal..
Untuk penderita   penyakit kulit  seperti eksema, ruam, gatal-gatal..
Ini dapat dirawat dengan menambahkan    baking soda ke dalam tab mandi..
Kerana berdasarkan kajian baking soda    itu bertindak sebagai antiseptik.. 
Caranya..
Pertama sekali isi  dengan  air suam..
Tambahkan kira-kira satu  senduk baking soda dan kacau  sehingga larut..
Digalakkan berendam selama  10-20 minit..
Infeksi
Untuk   infeksi..
Tambahkan pada air panas  suam tiga   atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar)..
Berendamlah selama 15-20 minit...
Ini juga baik untuk mengeluarkan racun  dari dalam tubuh kerana cuka   dapat menyeimbangkan kembali asid...
Selsema dan Sakit Kepala
Untuk   menyembuhkan selsema dan sakit  kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki   dalam air suam..
Masukan  air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga   menutupi kaki dan  pergelangan kaki..
Tambahkan beberapa titisan minyak   seperti lavender,  peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan   air biasa..
Lakukan  selama 10-20 minit. 
Insomnia
Untuk   penderita insomnia atau yang  menderita masalah tidur..
Mereka boleh merendam  kaki  dalam air sejuk..
Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk...
Cara  ini juga berguna bagi  kaki kejang, pendarahan hidung, dan  sembelit. 
Sirkulasi
Jika   anda mengalami masalah sirkulasi..
Cubalah dengan merendam   kaki selama satu atau dua minit didalam  air suam.. Kemudian 30 minit   dalam air sejuk.. 
Manfaat mandi yang sihat
Mandi    air panas sekitar 32-35 darjah  Celsius dapat membuka liang – liang  yang    dapat membantu mengeluarkan  racun..
Di mana ia berfungsi membantu  menurunkan aras gula darah,  menyembuhkan sakit otot dan membantu  menjaga usus   besar supaya dapat  bekerja dengan baik..
Waktu yang disyorkan adalah selama  10-20 minit.
Mandi dengan air yang sejuk pula dapat  menghilangkan stress..
Kerana dapat meredakan    ketegangan..
Dan disyorkan  dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius.
Ini terbalik dengan mandi air  panas kerana ia akan menyempitkan darah dan meningkatkan aras gula  darah.
Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi  air sejuk..
P/s:
Rajinkanlah diri untuk bersuci terutama apabila kita ingin bersolat.. 
Kerana Allah menyukai hambanya yang suka menyucikan diri..
Wallahualam..
Sumber:
- http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kenapa-kita-harus-mandi-setiap-hari/#axzz1QBjvnuV9
 - http://www.apakabardunia.com/2011/06/fakta-ilmiah-mengapa-kita-harus-mandi.html
 









assalamualaikum... syukran atas perkongsian....
ReplyDeletex sangka di sebalik perkara yang simple terdapat byak kelebihan yang tersirat... :)