Neraka adalah kawasan orang-orang yang melakukan dosa dan syaitan.
Pembahagian ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat seksaan mereka semuanya. Neraka itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu itu ada bahagian yang ditentukan untuk orang-orang yang berdosa."
(Surah Al-Hijr: Ayat 43-44)
Masing-masing tingkatan neraka itu dipenuhi dengan berbagai macam seksaan yang mengerikan, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang keji..
Meskipun di antara satu neraka dengan neraka yang lain berbeza jenis penyeksaannya..
Maka sudah tentu yang lebih bawah adalah yang lebih berat dan dahsyat daripada tingkatan yang di atasnya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad iaitu:
“Syurga itu memiliki lapan pintu dan neraka memiliki tujuh pintu.”
(Riwayat Ahmad)
(Riwayat Ahmad)
Pintu - pintu Neraka.
Antara pintu - pintu neraka yang telah disediakan oleh Allah ialah:
**************************************************
Neraka Jahannam
Neraka Jahannam adalah tingkatan neraka yang paling di atas sekali letaknya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk - buruknya."
(Surah Al-Imran: Ayat 12)
**************************************************
Neraka Luza
Inilah neraka tingkat kedua yang disediakan oleh Allah.
Neraka ini adalah untuk orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling dari ajaran Allah.
Firman Allah yang maksudnya:
"Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka. Iaitu orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya."
(Surah Al-Lail: Ayat 14-16)
**************************************************
Neraka Huthamah
Inilah neraka tingkat ketiga.
Dalam neraka inilah tempat orang-orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana terpengaruh oleh harta dunia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Huthamah. Tahukah engkau apakah Huthamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang."
(Surah Al-Humazah: Ayat 4-9)
**************************************************
Neraka Sa'ir
Inilah neraka tingkat keempat.
Dalam neraka ini ditempatkan orang-orang yang memakan harta anak yatim. Dalam neraka ini mereka buta, pekak dan kulit mereka tebal seperti Bukit Uhud.
Firman Allah yang bermaksud:
"Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya meraka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sa'ir."
(Surah An-Nisa': Ayat 10)
**************************************************
Neraka Saqar
Neraka ini menempati tingkatan ke lima.
Di sinilah ditempatkan orang-orang yang:
Tidak mahu mengerjakan solat..
Enggan memberi makan terhadap orang-orang miskin..
percaya kepada yang bukan-bukan..
Tidak percaya kepada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud:
"Di dalam syurga mereka saling bertanya tentang perkara orang -orang yang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: Kerana kami dahulunya tidak mengerjakan solat, tidak mahu memberi makan terhadap orang -orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat."
(Surah Al-Mudatsir: Ayat 40-46)
**************************************************
Neraka Jahim
Tingkat keenam ialah neraka Jahim.
Firman Allah yang maksudnya:
"Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim."
(Surah Al-Maidah: Ayat 86)
"Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan lemparkanlah mereka ke dalam neraka Jahim. Sudah itu tumpahkanlah ke kepalanya air panas buat menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya kamu dahulu orang-orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragukan di masa dahulu itu." (Surah Ad-Dukhan: Ayat 4-5)
**************************************************
Neraka Hawiyah
Inilah neraka tingkatan ke tujuh..
Letaknya di bawah sekali atau yang sering disebut orang dengan kerak-kerak neraka.
Di sinilah tempatnya orang-orang yang paling besar dosanya, termasuk juga di dalamnya orang-orang munafik.
Hal ini adalah kerana orang-orang munafik itu sangat tebal kekafirannya.
Firman Allah S.W.T yang maksudnya:
"Dan barangsiapa yang ringan timbangan (amal baiknya), maka dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas."
(Surah Al-Qari'ah: Ayat 8-11)
**************************************************
P/s:
Semoga sahabat memikirkan segala kemungkinan yang membolehkan kita masuk di antara neraka yang telah disediakan oleh Allah..
Berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara terutama yang menimbulkan dosa..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. =)
~Ilustrasi gambar neraka adalah sekadar rekaan imaginasi penulis.. Ilustrasi bagi setiap neraka Allah.. Ana tak berani untuk bayangkan atau letakkan sebagai contoh.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang Dia ciptakan..~
Wallahualam..
Sumber:
- Neraka, Risalah I-Kent Edisi 7, J-Surau Nurul Yaqin, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
- Indahnya Syurga, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
- http://nuursyifa.blogspot.com/2009/06/tingkatan-tingkatan-neraka.html.
Mazeer ~ Alhamdulillah.. =P
ReplyDeletecool! :'P
ReplyDelete