Jun 21, 2011

Huarggh.. Ngantuk... Z_z... Hacummm... ^o^


Pernah mengantuk dan bersin??
Mesti pernah menguap seluas-luas yang boleh kan??
Mesti pernah bersin sekuat hati yang boleh kan?

Ibadah tidak tertumpu pada solat, puasa, haji dan zakat tetapi ibadah turut meliputi beberapa adab yang disarankan oleh Islam..
Sesetengahnya beranggapan adab-adab yang disarankan itu remeh, namun sekiranya ia diamalkan dengan niat beribadah dan ingin mencontohi Nabi S.A.W, amalan tersebut akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah...

Oleh itu.. Terdapat beberapa adab apabila kita ingin menguap dan bersin..
Begitu indahnya Islam sehinggakan perkara yang kecil ini amat dijaga untuk pengikutnya.. =)

Terdapat beberapa hadis tentang perlakuan menguap dan bersin. Antaranya ialah:



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!"

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah. Dan ia merupakan kewajipan bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap,maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya semampu mungkin dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu syaitan mentertawakannya”
~Hadith Riwayat Bukhari~

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Allah SWT membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
~Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi~


Adab Ketika Bersin.


Bersin merupakan sesuatu yang disukai kerana bersin boleh membuatkan tubuh menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan untuk makan berlebihan.



Ketika Bersin. 
  • Merendahkan suara.
  • Menutup mulut & wajah.
  • Tidak memalingkan kepala.
  • Mengucap Alhamdullilah walaupun ketika solat.


Adab Ketika Menguap.



Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah kerana menguap merupakan aktiviti yang mendorong untuk makan berlebihan dan membawa kemalasan untuk beribadah apalagi menguap ketika solat.



Ketika menguap. 
  • Menutup mulut dengan tangan kiri.
  • Menahannya semampu mungkin untuk tidak menguap.
  • Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.


Selamat Beramal.. =)
Wallahualam..

Sumber : Adab menguap & Bersin, Majalah I, Isu April 2010.



3 comments:

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat