Jun 9, 2011

Teka-teki Imam al-Ghazali!! Siapa dapat jawab??


Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Al-Ghazali“Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman.



Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI...
Sebab itu adalah janji Allah SWT bahawa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati seperti dalam firman Allah dalam Surah Ali-Imran : Ayat 185..

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."


Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU..
Bagaimanapun kita..
Apapun kenderaan kita..
Kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu..
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini..
Hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama...

Imam Al-Ghazali“Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU..
 Melalui firman Allah dalam Surah Al A’raf : Ayat 179..
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Al-Ghazali“Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja.
Murid 2 : Besi.
Murid 3 : Gajah.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua itu benar..
Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH..
Melalui firman Allah dalam Surah Al-Ahzab : Ayat 72.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua mengatakan tidak mampu untuk memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini...
Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Al-Ghazali“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas.
Murid 2 : Angin.
Murid 3 : Debu.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan kamu itu benar..
Tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT..
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia..
kita selalu sahaja meninggalkan malah meremehkan solat kita..



Imam Al-Ghazali “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang!!


Jawapan Imam Al-Ghazali :
Itu benar..
Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA..
Kerana melalui lidah..
Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

Semoga anda dapat mengambil ikhtibar daripada teka-teki Imam Al-Ghazali..
Semoga kita berjaya dunia dan akhirat dengan keredhaan Allah..
Selamat beramal.. =)
Wallahualam..



2 comments:

  1. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu apa-apa yang tidak kamu kerjakan? {Itu} sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
    [As-Saff: 2-3]

    Sambil mengingatkan saudara lain, sambil mengingatkan diri sendiri.. Selamat berkongsi..^^

    ReplyDelete
  2. Syukran ya ukhti di atas peringatan nya.. mga kita berada di dalam keredhaan dan perlindungan dr Allah dr segala bencana dan fitnah dunia ini.. =)

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat