Alamat di no.75,
Titian Sirat,
Simpang Neraka,
1500 Jalan Iman,
Kampung Jannah.
Nama aku Abdullah bin Adam..
Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh..
Relax ja kat sekolah tu..
Tiada peperiksaan besar pun..
Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek. Men. Dunia Yang Fana..
Ish3x.. Di sini tak habis2 dgn peperiksaan dan ujian..
Assignment pun banyak..
Hm.. tak tahu la... Sukses ka tidak...
Masalahnya.. Lecturer aku dah bagi soalan bocor..
Tapi aku buat tak tahu aja...
Malas study lagi kononnya exam jauh lagi...
Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...
Wa..waa..waa...
Nanti Penggal Pertama nak kena exam dan nilai kat Dewan Kubur...
Penggal Kedua pula.. Exam kat Majlis Bandaran Masyhar pula...
Lepas itu baru la boleh tengok di mana nak sambung blajar nanti..
Universiti Syurga atau Universiti Neraka??
p/s:
Pilihan ada pada iman anda..
Berusahalah untuk melakukan yang terbaik untuk diri anda sebaik-baiknya..
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya, supaya jangan ada orang yang menyatakan,“Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."
(Surah Az-Zumar: Ayat 54-56)
Selamat beramal..
Wallahualam.. =)
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!