"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik."
~Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah~
Ayuh kita tanya qalb (hati)..
Betul bukan?
MATI itu benar-benar mendekati..
Pernah sahabat mengukir kata tanya...
Bilakah kita akan mati?
Pasti yang terngiang-ngiang di fikiran..
'Hanya Allah yang tahu'..
'Tak lambat sesaat..tak cepat sesaat'..
Jawapannya : BILA-BILA MASA
Tepat dan padat..
Kita bakal mati bila-bila masa..
Tanpa sedar atau tidak..
Husnul atau su'ul khatimah..
Sempat mengucapkan kalimah tauhid atau tidak..
Kita yang menentukan bagaimana pengakhiran kita nanti..
Baik atau buruk..
Kita yang memilih bukan?
Oleh itu wahai sahabat-sahabat,
Bersiap sedialah untuk menghadapi mahkamah Rabb..
Kumpulkan sebanyak mungkin amalan..
Sering kita dengar..
Utamakan kualiti daripada kuantiti..
Memang tidak dapat disangkal lagi..
Tapi kita tak empunya masa..
Ayuh!!
Kita mantapkan kualiti ibadah..
Selain mujahadah menambah kuantiti kebaikan dan perintah Allah..
Benarlah..
Amanah yang kita tanggung tak kan pernah selesai dengan waktu yang kita ada..
Manfaatkanlah masa agar mati kita nanti bakal mampu merungkai tabir hijab pada Ilahi..
Mengingat mati akan menjadi tazkiyyah buat diri untuk terus berhati-hati dalam setiap bicara..
Serta lintasan hati bahkan tingkah laku..
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
~Surah Ali Imran: Ayat 185~
Sama-sama kita berdoa kepada Allah..
Ya Allah..
Kadang hatiku sering menangis ketakutan..
Akan azabMu yang memeritkan..
Namun apa daya ku..
Hanya menghulurkan sisa kebaikan sebesar kuman..
Segunung keburukan pula yang disandang..
Andai nanti malaikat maut menghampiriku..
Pimpinkanlah bibirku Ya Rabb..
Untuk melafazkan akhir kali syahadah pengakuan di pinggiran sujudku..
Kerdil rasanya diri..
Namun masih dibaluti iri hati..
Dengki-mendengki cuma menambah titik noda di hati..
Astaghfirullah..
Ya Ghaffur..
Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri..
Maka ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami..
Jangan biarkan kami tergolong dalam golongan yang rugi di hadapan Mu nanti..
Amin Ya Rabb...
Sesaat yang berlalu.. Mendekatkan kita kepada maut..
Selamat beramal..
Wallahualam.. =)
Terima kasih atas peringatannya.... Semoga sama² istiqomah...
ReplyDelete"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar"
[At-Taubah: 119]
Syukran ya ukhti.. suka dgn ayat al-quran yg ukhti lampirkan.. Mohon kita sama2 berada di dalam perlindunganNya.. =)
ReplyDeleteSalam..Saya Mohon kongsi bersama sama kawan kawan..
ReplyDeleteTerima kasih...Moga Allah memberkati..
Wasalam.. sila2.. share aja apa yg ada dlm blog ini.. semua milik Allah.. =)
ReplyDelete