
HARI INI DALAM SEJARAH ISLAM
Tahukah anda semua..hari ini bersamaan dengan 3 Mac 2010, Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam  yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah  86 tahun sudah umat  Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka  berlindung - Khilafah Islamiyyah.Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul  Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di  Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis  Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi  jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada  ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah  Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan  tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan  spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .

  

No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!