Salam Alaik
Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita  ini tidak mendatangkan keberkatan..
Namun sebahagian tanda-tanda dibawah  ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini..
Tidak mendatangkan  keberkatanNYA..
Na’uzubillah..
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat habis..
 
Tak pasti duit labur ke mana..
Pendapatan bertambah..
Tapi asyik tak cukup sja..
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia..
Patutnya bila duit  dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah..
Tapi, kita jadi makin  kedekut..
Sedekah tak bertambah..
Duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja.. Tapi tidak pernah selesai..
 
Asignmemt ada macam-macam..
Idea banyak, tapi malas nak buat..
Macam-macam projek kita cuba nak lakukan..
Tapi  semuanya tergantung. 
Semuanya tergendala..
Satu pun tak berjaya..
Kalau  ada yang menjadi..
Tapi tak seperti yang dirancangkan..
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
 
Baca buku banyak..
Tapi ilmu satu pun tak lekat..
Nasihat orang pandai..
Tapi diri pun tunggang langgang..
4. Masa digunakan dengan sia-sia.
Kononnya sibuk..
Tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara  yang sia-sia..
Leka main Facebook.. Leka tengok TV.. Leka berborak dengan  kawan..
Leka main game..
Leka melepak dengan kawan-kawan..
Tapi nak luang  baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh..
Solat pun akhir waktu..
Solat  tak sampai 5 minit..
Zikir langsung tak amal..
Malah nak berdoa untuk diri  sendiri pun malas..
Rumusan..
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tanya pada diri..
Adakah kita salah  seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah..
Aduh..
Aduh..
Alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan  dalam hidup ini..
Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini..
Malah  akan bankrap di akhirat nanti..
Na’uzubillah..
Sama-sama kita taubat dan  mohon taufik hidayah daripada Allah Ta’ala..
Untuk memperbaiki iman dan  amal kita masing-masing..
Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri  juga..
Selamat beramal..
Barakallahufik.. ^^
Sumber: Islamic Articles & Gambar ihsan dari Google..





No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!