May 3, 2011

Aku Hanya Islam Pada Nama


Solat tidak pernah tertinggal,
Gosip pun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Layari Facebook dari pagi hingga ke malam,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada Ilahi,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatkanku ketagih dan nak lagi,
Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama.
 

Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tahu melihat aurat itu salah,
Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena heboh dan beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama.


Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,
Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah aku balik dulu,


Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,
Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Penuh kebenaran,
Allah sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang-bintang,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,


Islam bukan hanya pada nama,

Tetapi...
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu'amalat, pada syari'at,
Pada setiap detik dan setiap saat...



P/s : Pesanan untuk semua dan penulis… ^_^.. Barakallahufik...

 
Sumber: Risalah I-Kent Edisi 7, 2010.



6 comments:

  1. NICE...sama2lah kita renung2kan dan selamat beramal ^_^

    ReplyDelete
  2. insya Llah......smoga driku berubah mnjadi lebik baek..amin..

    ReplyDelete
  3. insya Allah..amin..hamba mmg bukan warga kent, tp tertarik sngt ngan blog ne..mohon follow..syukran..^_^

    ReplyDelete
  4. Sila2.. share sja.. Semua ilmu adalah milik Allah.. =).. Syukran jazilan krn singgah blog ini.. =)

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat