May 6, 2011

Tsunami Jepun tanda dunia di penghujungnya?


Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat seperti yang terdapat dalam sebuah hadis: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat”.

(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi)

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat   hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:



  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dalam kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.  
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT. 
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 
  5. Turunnya Nabi Isa Alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan  dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. 
  7. Gempa bumi di Timur. 
  8. Gempa bumi di Barat. 
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. 
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. Jibrail bertanya kepada RasululIah SAW:

“Maka khabarkan kepadaku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw menjawab,“Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.

Maka Jibrail lalu berkata: “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab,“Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.

Berlakunya gempa bumi juga merupakan tanda-tanda kiamat.

“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat,banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan”.
 (Sahih Bukhari)

Segala-galanya sudah jelas dan terang tentang berakhir persinggahan kita di muka bumi pinjaman yang sementara dan akan kembali ke syurga yang kekal selamanya. Bersediakah kita untuk pergi ke destinasi yang abadi?!


Sumber : Risalah I - Kent Edisi 14, 2011.

1 comment:

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat