
Hairan ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau..
tapi.. Begitu kecil bila kita bawa ke supermarket...
Hairan ya..
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir..
tapi.. Betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak...
Hairan ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid..
Tapi.. betapa cepatnya 2 jam  berlalu saat menonton televisyen,wayang di pawagam dan melayan  youtube..
Hairan ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau  solat...
Tapi.. Betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu  kawan-kawan atau kekasih hati..
Hairan ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan  pasukan bola jadi kegemaran kita..
Tapi.. Betapa bosannya bila imam solat  Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang...
Hairan ya..
Susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja..
Tapi..Majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dihadam...
Hairan ya..
Orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert.. 
Dan.. berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh  cepat keluar...
Hairan ya..
Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan  supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita..
Tetapi.. untuk acara lain  seperti menonton wayang.. annual dinner atau high tea.. Jadual kita boleh  diubah sekelip mata...
Hairan ya..
Sukarnya orang mengajak menyebarkan dakwah..
Tapi.. Mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip..
Hairan ya..
Kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail  layang di internet..
Tapi.. Kita sering menolak, mempermudah serta  mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Hairan ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa...
Hairan ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email..
Tapi.. Bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkali  berfikir dua-tiga-kali..
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT..
 “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 41)
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa  sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau  ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka  menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah  Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan).” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 47 – 48 )
Selamat beramal.. =)














Terlebih hairan ni.. hehe.. apapapun.. trimas untuk peringatan.. hakikatnya dunia dah akhir zaman, yang hairan dah tak hairan.. hehe.. ayat standard kan.. yg penting sama2 kita bermuhasabah diri dan saling berpesan-pesan dalam kesabaran ^_^
ReplyDelete