May 10, 2011

Ada apa pada Dua Kalimah Syahadah?


KONSEP SYAHADAH


Dari segi bahasa:

Syahadah bereti penyaksian.

Dari segi istilah:

Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah utusannya. Atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian melalui amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi  Muhammad itu pesuruhnya.



Konsep Syahadah:
  1. Syahadah adalah merupakan penyaksian atau pengakuan seseorang yang terbit dari hati yang benar-benar faham dan bukannya hanya setakat lafaz di lidah sahaja.
  2. Di zaman Nabi Muhammad S.a.w. ucapan syahadah bukan suatu lafaz yang mudah untuk diucapkan oleh sesorang dimana mereka yang tidak sanggup melafazkannya terdiri datipada Abd. Mualib, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.
  3. Di zaman Nabi juga seorang Badwi datang bertanya Nabi s.a.w. katanya: "Apakah yang engkau bawa hai Muhammad?" Jawab Baginda: "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad pesuruhnya." Maka katanya: "Jika ini yang engkau bawa, engkau akan mendapat tentangan kaum mu dan engkau akan dibenci."
  4. Semua Nabi-nabi yang terdahulu membawa konsep yang sama (Syahadah). Firman Allah Taala: "Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu menyembah Aku."
  5. Syahadah adalah bermakna pengakuan yang sebenar-sebenar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah, yang berhak dipatuhi selain dari Allah. Perintahnya terkandung di dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran bererti mematuhi perintah Allah.
  6. Syahadah adalah ucapan lidah dan pengakuan (ikrar) hati serta membuktikannya dengan perbuatan.
  7. Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri dan kepatuhan diri dibawah satu peraturan hidup sahaja yang dinamakan Islam.
  8. Syahadah juga bermakna pembahagian dua perkara:
  • Tauhidkan Allah.
  • Syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya s.a.w. 


Keperluan Syahadah:
  • Syahadah adalah anak kunci Islam. Mengucapkannya adalah anak kunci muslim.
  • Di dalam sesebuah pertubuhan, ikrar taat setia sudah menjadi kebiasaan, dan di dalam Islam Syahadah merupakan ikrar seseorang untuk terus berjuang dan hidup diatas landasan Islam.
  • Pokok atau tunjang bagi Islam adalah Syahadah. Mengucapkannya adalah bererti meneguhkan lagi iman atau meletakkan tunjang Iman dalam dada.
  • Syahadah adalah umpama bendera perjuangan Islam. Motif perjuangan adalah menegakkan Islam di muka bumi.
  • Matlamat hidup dan mati terkandung di dalam syahadah iaitu menuju keredaan abadi dari Allah dan mendapat syafaat Rasulnya.

Pengertian Syahadah.
  1. Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah.
  2. Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada Tuhan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan, yang perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan yang Maha Berkuasa melainkan Allah sahaja.
  3. Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya makhluk yang lain yang hanya kepadanya ditumpukan kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  4. Bererti:Daku berikrar dengan sebenarnya akan mematuhi setiap titah yang terkandung di dalam Al Quran dan larangannya.
  5. Terkandung dua perkara: a) Menafikan – Tiada Tuhan. b)Menetapkan – Melainkan Allah.
  6. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah.
  7. Aku berikrar dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itulah yang diutuskan Allah sebagai Rasul membawa cahaya kebenaran, membawa syariat, cara hidup, titah-perintah Allah dan segalanya dari Allah tanpa menokok tambah atau mengurangi sedikit pun.
  8. Aku berikrar dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang patut di ikuti kerana Baginda adalah utusan Allah Taala.



Sama2 kita fahami maksud sebenar di sebalik dua kalimah agung yang menjadi teras pertama rukun Islam... wallahu'alam..=)


2 comments:

  1. :)dengan erti kata laen, syahadah bukan la lafaz biasa sja..ia menuntut tgungjawab yg perlu d zahirkan dgn amal,iA~

    ReplyDelete
  2. ade ke perkataan nabi pada syahadah tu?rasanya die tulis muhammad pesuruh allah....bukannya nabi muhammad pesuruh allah...

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat