“Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” (Surah Al-Maidah : Ayat 90)                 Ayat 90 surah Al-Maidah telah menjelaskan kepada kita mengenai hukum tilik dan   ramalan nasib yang kerap dilakukan oleh masyarakat pada masa kini. Ya, ramai di kalangan kita yang tidak sedar akan perkara ini. Membaca ramalan zodiak di majalah ataupun mana-mana laman sosial adalah dikategorikan sebagai meramal nasib.                  Seolah-olah satu kegilaan yang menggila, begitulah hebatnya virus syirik yang menyerang umat islam di Malaysia. Entah ke mana hilangnya kewarasan diri hinggakan mereka begitu mudah diperbodohkan oleh golongan “bijak” yang menjaja Rahsia Tarikh Lahir demi keuntungan peribadi. Di Facebook, gejala ‘tag-mengetag’ Rahsia Tarikh Lahir, Rahsia Bulan Lahir, Rahsia Bulan Lahir Pasangan, Rahsia Bulan Islam dan macam-macam lagi Rahsia Yang Sesat dan Menyesatkan begitu menjadi-jadi. 
                 Allah S.W.T telah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam Al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan yang pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Ramalan-ramalan seperti ini menyebabkan ramai dikalangan kita terlupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dan izin Allah dan perkara ini akan memberi kesan kepada akidah kita. 
                 Ada yang benar-benar percaya, kononnya ia menepati (atau hampir-hampir menepati) hidup dan kehidupannya. Ada yang sungguh -sungguh yakin, dengan beralasan itu adalah hasil kajian tokoh tertentu selama berpuluh-puluh tahun, apatah lagi tokoh itu adalah tokoh terkemuka. DAN ada juga yang beralasan, ia sekadar suka-suka sahaja. Walau apapun alasan, jawapannya tetap sama iaitu ia sesat dan  menyesatkan serta boleh merosakkan akidah.  
 “Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya.”  (Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).               Selain itu, bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini suka meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah Al-Quran untuk tujuan ramalan mereka. Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.  
               Kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, seperti ramalan cuaca untuk mengetahui kedudukan awan dan angin dengan menggunakan alatan canggih moden dan visual dari satellite. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal sahaja.                             Semua ini merupakan syirik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu apa yang bakal berlaku kepada kita, sama ada baik atau buruk. Justeru hendaklah ditinggalkan, bahkan dijauhkan sejauh-jauhnya – apa-apa kepercayaan bahawa sekian-sekian petanda, amalan atau tarikh lahir dapat memberi pengaruh kepada  nasib baik atau buruk seseorang.  
 Untuk mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu  keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu : a) Al Quran b) Hadith Sohih & Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah) مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. (Riwayat Muslim) Sumber : 
 ![]() Download Risalah I-Kent Edisi 15  | 
Apr 30, 2011
Tilik Dan Ramalan Nasib: Di Mana Iman Kita?
Apr 27, 2011
Organisasi Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012
Salam alaik..
Ini merupakan organisasi Surau Nurul Yaqin bagi sesi 2011/2012.
Sila klik untuk melihat dalam saiz resolusi yang besar.
![]()  | 
| Jawatankuasa Induk Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012 | 
![]()  | 
| Jawatankuasa Lajnah Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012 | 
![]()  | 
| Lajnah Dakwah & Tarbiah | 
![]()  | 
| Lajnah Tanzim Usrah | 
![]()  | 
| Lajnah Penerbitan & Multimedia | 
![]()  | 
| Lajnah Kebersihan & Keceriaan. | 
![]()  | 
| Lajnah Pembangunan Ekonomi | 
![]()  | 
| Lajnah Kebudayaan, Kesenian & Rekrasi. | 
p/s : Sebagai pengetahuan umum bagi warga Muslimin dan Muslimat Kent... Boleh berhubung pada mana-mana lajnah jika ingin melakukan apa-apa berkaitan dengan surau dan Islam.. Sekian terima kasih.
Apr 26, 2011
Astaga!!!
Situasi 1 : “Astaga pok! Hujan plak petang ne.. Ndak dapat kita main bola tampar neh …” Situasi 2: Saudara A: “Weyh.. Ko sdah buat assignment yang pensyarah kita bagi ka?” Saudara B: “Astagaaaaaaaa… Aku terlupa buat bah..”                  Seringkali andai kita terlupa sesuatu, menerima khabaran buruk atau melakukan kesalahan, kita akan terus mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’.Namun, apa yang menyedihkan, zikir ini sentiasa disalah sebut atau diubah hingga     menjadi sebutan yang berlainan seperti ‘astaga’, ‘’astagaaaaa’, ‘astaganaga’ dan yang paling pendek istighfar yang diucapkan ialah ‘astag..’. Dan ada juga yang melafazkan dengan sebutan yang salah iaitu astaufirullahalhazim. Sebutan yang sebenar ialah "astaghfirullahal'aziim", iaitu huruf "ghain" bukan huruf "wau".  
  Yang mengecewakan, umat Islam sendiri yang menyebutnya seperti itu. Tidakkah anda terfikir apakah maksud yang anda ucapkan sedemikian rupa? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui maksud zikir yang telah diubah sebutannya melainkan yang telah diajar oleh Nabi junjungan kita. Ucapan—ucapan ini telah menjadi tabiat atau kebiasaan oleh orang sekeliling. Oleh itu, melalui risalah ini saya akan membetulkan apa yang telah menjadi tabiat atau kebiasaan yang tidak boleh diteruskan.  Melalui buku Indahnya Hidup Bersyarat karangan Dato’ Ismail Kamus, istighfar bermaksud menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan. Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana saja mereka berada. Firman Allah:  'Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani’. (Surah al-Muzammil:Ayat 20)  Selain memohon keampunan daripada Allah S.W.T, beristighfar juga adalah pembuka pintu rezeki seperti hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka."   Beristighfar adalah amalan yang dtuntut dalam agama Islam. Pelbagai hikmah yang diperolehi hasil daripada beristighfar iaitu dapat membanteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa, meningkatkan ketaqwaan diri, mendekatkan diri dengan Allah  dan menghidupkan jiwa yang  resah kerana dosa.  Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbetulkan ucapan lafaz istighfar kita mulai saat ini. Lafazkan istighfar yang bermakna. Usahlah dipermain-mainkan dengan sengaja. Dosa akan mengiringi kita jika kita sengaja menyebutnya dengan salah. Jadilah hamba Allah yang lidahnya sentiasa basah dengn berzikir kepada Allah. Semoga kita mendapat keampunan dan rahmat  daripada Nya. Wallahualam. Sumber : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, (2009). Download Risalah I-Kent Edisi 11  | 
Labels:
Tazkirah
Apr 25, 2011
Cinta tak seharusnya memiliki..
Labels:
Motivasi
Apr 24, 2011
Sampai bila mahu buka??
Semua orang tahu, salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Namun kini terdapat orang-orang islam yang mempraktikkan perkara-perkara dengan tidak betul yakni tidak mengikuti garis panduan Islam yang sebetulnya dan salah satunya adalah pemakaian. Bagi kaum hawa, mereka memakai pakaian yang menutup aurat yakni menutup bahagian yang wajib ditutup tetapi malangnya berpakaian dengan sendat (bodyfit) yang sehingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh. Ini bukanlah cara menutup aurat yang disyariatkan Islam. Bagi kaum adam pula, menjadi satu ikutan untuk berseluar pendek dan memakai gelang tangan. Hal ini juga bukan cara-cara pemakaian di sisi Islam.               Jika ditegur, ada yang menjawab “inilah trend!!”. Malang sungguh kita bila mendengar ada yang sanggup mempertahankan trend daripada mempertahankan agamanya sendiri. Harus kita ingati bahawa tubuh badan kita ini bukanlah dikurniakan untuk  digaya-gayakan mengikut trend yang ada sebaliknya ini hanyalah pinjaman yang wajib kita patuhi perintah-perintah pemilik-Nya.  Sesungguhnya Allah SWT itu adalah sebaik-baik pencipta, perancang dan penentu terhadap makhluk-makhluk-Nya.               Apa yang kita dapat lihat sekarang, wanita lebih banyak dan suka mendedahkan aurat mereka malah menjadi kebanggaan apabila mendedahkan tubuh mereka dihadapan khalayak orang ramai. Di mana sifat malu mu wahai wanita??               Bercakap tentang soal dosa-pahala, hidayah dan petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Ada juga yang menjawab “belum terbuka hati”. Jawapan ini mungkin harus kita renungkan bersama iaitu “belum terbuka hati ataupun belum mahu membuka hati?” .  Firman Allah: ‘Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu.’ (Surah al-Ahzab: Ayat 59)                  Lihatlah! Allah ingin memelihara kaum Hawa dengan  memerintahkan agar kita menutup aurat. Allah bukan suka-suka hati memerintahkan melakukan perkara yang menyusahkan diri hambaNya. Agama Islam sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat   berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian       seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa   terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.              Janganlah ditunggu bila ‘terbukanya hati’ kita untuk melakukan sesuatu perubahan. Perasaan untuk menunggu      terbukanya  hati itu adalah kerja syaitan. Syaitan sentiasa      menggoda kita untuk menangguh-nangguh perkara kebaikan.   Selagi kita tak berdaya melawan jahatnya syaitan ini, selagi itu lah syaitan dan nafsu beraja di dalam diri kita.              Mati boleh tiba pada bila-bila masa sahaja. Tak mungkin anda ingin bertaubat apabila Malaikat Maut sudah di hadapan mata dengan merayu-rayu pada Allah : ‘Ya Allah, aku mohon ampun.. Ya Allah.. Hambamu ini ingin bertaubat dari dosa..’. Ah, sayang sekali. Sudah terlambat pada masa itu. Taubat kita tidak akan diterima setelah roh berada di hujung kerongkong. Semoga anda berani berubah demi Allah dan kebaikan kemashlahatan semua umat Islam. 
 Sumber : 
 Download Risalah I-Kent Edisi 12  | 
Labels:
Tazkirah
Apr 19, 2011
Wanita di hujung Kota Madinah..
Siapakah  sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatina  Fatimah binti Rasulullah S.A.W? Dalam sebuah hadis  menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah S.A.W ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran. Suatu  hari ketika Rasulullah S.A.W sedang  melayani    puteri kesayangannya Sayyidatina Fatimah, Baginda S.A.W bersabda: "Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahawa ada  seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu  daripadamu." Mendengar  kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka  Sayyidatina Fatimah, lantas dia pun bertanya kepada Baginda sambil  menangis: "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana halnya dan  bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih  dahulu masuk syurga  daripada anakanda? Ayahanda! Khabarkanlah di mana dia sekarang,  anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatina Fatimah ingin tahu. Lalu  Rasulullah S.A.W menjelaskan: "Dia adalah  seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman  hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan  itu  ialah Muthi'ah." Tanpa  membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya,  Sayyidatina Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh  Rasulullah S.A.W itu.Setelah  bertanyakan penduduk setempat,  banyak yang tidak tahu dan mengenali  perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal.  Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal  perempuan ini.   Setelah  berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah  Sayyidatina Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah  Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab  itulah susah mencarinya. Sebaik  saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati  hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya  belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatina Fatimah menunggu,  penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil  bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa  mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka  hanya bercakap  melalui jendela sahaja. Sayyidatina  Fatimah memperkenalkan dirinya: "Saya Sayyidatina Fatimah binti  Rasulullah, datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan  kamu." Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah S.A.W, maka perempuan itu menjawab: "Terima  kasihlah kamu datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan  kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin  dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."   Dengan  langkah yang amat berat sekali Sayyidatina Fatimah pun pulang dengan  perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang  dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-amalannya.   Keesokan  harinya, Sayyidatina Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya  Hasan.  Sebaik sahaja sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus  membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah  Sayyidatina Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia  terlihat ada seorang budak bersama-sama Sayyidatina Fatimah lalu dia  bertanya :  " Fatimah, ini siapa ?"  "Ini  anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah. Perempuan itu pun berkata:" Saya dukacita Fatimah, kerana saya belum minta izin dari suami  saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatina Fatimah seorang sahaja, saya  kenalah minta  izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari  saja."  Sayyidatina  Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan  anaknya diluar, takut dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat  keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil  keputusan untuk balik saja.   Keesokan  harinya, Sayyidatina Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua  anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera  disambut oleh penghuni rumah itu. "Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian.   Jawab Sayyidatina Fatimah : "Tidak, kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga."   Apabila  jendela dibuka perempuan itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina  Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin. "Fatimah,  saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya  minta izin dari suami saya, harap maaf, sila datang esok hari sajalah,"  tegas perempuan itu. Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatina Fatimah  tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi  kemari."   Dalam  perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata: "Heh, perempuan  ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun  dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk,  takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa  dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai   tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya  kesal. Dalam  pada itu sebaik  sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu  tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan sambil  berkata: "Kenapa  engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatina  Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang  anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih daripada itu pun engkau patut  benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada  keredhaannya (Rasulullah S.A.W). Jangan  sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke  mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan  engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat  mereka." Sahut  perempuan itu: "Baiklah, tetapi  ampunkanlah kesalahan saya kerana  saya mengerti  bahawa apa yang saya tahu keselamatan diri saya juga  bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat  perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku."  "Terima  kasih," sahut suaminya. "Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak  menerima  tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati  tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita."  Pada  hari berikutnya, Sayyidatina Fatimah pun datang sebagaimana yang  dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput  masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara  ala kadar  mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan  perbualan. Pertanyaan  Sayyidatina Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang  menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama  masuk syurga menurut  ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua  pertanyaan Sayyidatina Fatimah dengan ikhlas. Katanya: "Tingkah laku  saya sebenarnya biasa sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun  biasa saja malah Rasulullah S.A.W lebih  mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan  oleh Baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:  
 Soal  berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan  kecantikannya untuk suaminya yang tersayang saja, bukan untuk ditonton  dan diperagakan kepada orang lain.Setengah  riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya  sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan  seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatina  Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air,  manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga  menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis  dengan senyuman. Melihat  keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatina Fatimah merasa  gelisah kerana dia anak beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat  layanan. Lantas Sayyidatina Fatimah bertanya: "Kenapa jadi begini?" Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang  menantikan suami saya yang akan pulang dari kerja."  "Buat   apa dengan  bekas air itu?"  Tanya Sayyidatina Fatimah. Jawab Muthi'ah  jujur : "Kiranya suami saya dahaga pada  ketika dia balik dari kerja,  saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat.  Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya."  Sayyidatina  Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?"  Jawab Muthi'ah:  "Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia  memukul saya dengan rotan ini."  Kemudian  Sayyidatina Fatimah bertanya pula: "Kenapa pula engkau selak kain  engkau sehingga   menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?"  Maka Muthi'ah menjawab: "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia  pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan  memudahkan akan maksud hajatnya itu." Sebaik  saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatina Fatimah  termenung sejenak lalu berkata di dalam hatinya:"Jika beginilah  kelakukan dan perangainya  terhadap suaminya, tidak dapatlah aku  mengikutnya. Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk  syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang  telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami  terhadapnya."  Fatimah minta diri. Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.   "Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada Siti Fatimah. Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata: "Tetapi anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah." Melihat  telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah S.A.W tersenyum sambil bersabda : "Wahai anakandaku, janganlah  anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah    perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda  tatkala anakanda masuk syurga nanti.Jadi dialah yang akan masuk  terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan  ayahandanya itu, barulah nampak Sayyidatina Fatimah  mulai gembira dan  tersenyum. Olahan cerita daripada Kuliah Maghrib Ustaz Rusydi : Halal dan Haram (19 April 2011) Sumber: Menjadi Wanita Pertama Masuk Syurga  ~ http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_taat.htm  | 
Labels:
Artikel
Subscribe to:
Comments (Atom)
Terhangat
- 
Soalan Pertama Solat yang manakah yang perlu didahulukan? SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA? Jawapan: Solat pada waktunya perlu dilak...
 - 
Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat bes...
 - 
Salam sahabat-sahabat ana sekalian.. Kali ini ana nak share sesuatu tentang Al-Quran. Al-Quran yang ana maksudkan adalah Al-Quran Rasm Uthma...
 

































