May 15, 2011

Nakba : Kecelakaan Palestin 15 Mei 1948.




63 tahun lalu, di sebuah tanah tercinta umat Islam bersamaan 15 mei 1948. Itulah Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).



Pencetus penubuhan negara Yahudi



Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Perancangan British

Sebenarnya rancangan ini bertitik tolak 1916, Kerajaan British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis (perjanjian Sykes-Picot) untuk berkongsi Empayar Othmaniyyah dengan sebahagian daripada Palestin diberi kepada Britian dan diikuti dengan Deklarasi Balfour tahun 1917 di mana Britian menyokong hak penempatan kepada orang-orang Yahudi di Palestin.

Ditambah lagi dengan rangkaian Zionis yang kuat dieropah maka bermulalah titik hitam dalam hidup rakyat Palestin.  Pertembungan paling parah meletus pada tahun 1936 sehingga Inggeris mengesahkan lepas tangan dari Deklarasi Balfour pada 1939.


Pembersihan Etnik Bermula



Walau bagaimanapun dari tahun 1946 dan seterusnya Zionis tinggal di Palestin dan berlakukan pembersihan etnik tatkala pembahagian Palestin dilakukan sehingga sehinggalah rancangan ketenteraan berskala penuh bermula pada bulan Mac 1948, ketika Rencana D sepenuhnya dilaksanakan.

Pada tarikh 9 April 1948, pasukan Zionis termasuk Geng Stern dan Irgun yang terkenal dengan unit keganasan memasuki desa Deir Yassin di Palestin dan menyerbu rumah-rumah dengan tembakan mesingan, membunuh ramai penghuninya. Yang selamat kemudian dikumpulkan bersama-sama dan dibunuh, korban termasuklah 30 bayi. Antara 100 dan 200 Palestin dibunuh di Deir Yassin (Geng Irgun dengan bangga mengatakan bahawa bilangan yang dibunuh adalah 256) dan kemudian kampung tersebut diratakan dengan tanah.



Menachem Begin, Ketua Organisasi Pengganas Irgun dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel berkata dengan bangganya: 
“Seperti di Deir Yassin dan di mana-mana sahaja... Oh Tuhan, Oh Tuhan, Engkau telah memilih kami untuk membukanya.”

Adapun di sebahagian desa penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka tidak boleh mambawa harta benda sebelum rumah mereka diletupkan dan kampung mereka diratakan. Ada banyak pembunuhan brutal yang lain, misalnya pada tarikh 22 Mei, 200 laki-laki berusia antara usia 13 dan 30 tahun dibunuh dengan dengan kejam di Tantura.



Berikut merupakan kenyatan saksi-saksi yang direkodkan.

"Mereka membawa kami keluar satu demi satu, menembak orang tua dan ketika salah seorang anaknya menangis ia juga akan ditembak. Lalu mereka memanggil Muhammad adik saya dan menembak dia di depan kami dan ketika ibuku berteriak membongkok di atasnya dengan membawa adik saya Hudra di tangannya, masih menyusu - mereka menembak dia juga."

"Lelaki menginjak rakan-rakan mereka dan wanita pada anak-anak mereka sendiri. Kapal-kapal di pelabuhan diisi dengan mayat hidup. Pemandangan yang amat mengerikan. Banyak kapal terbalik dan tenggelam bersama semua penumpang mereka." 



Sekalipun ada pasukan tentera Arab memasuki Palestin, tapi mereka terlalu sedikit, terlambat dan tidak sesuai berdepan dengan pasukan Israel yang terlatih dan bersenjata canggih.

Pada masa gencatan senjata pada tahun 1949 Israel telah memperoleh 78% dari Palestin, berjaya mengusir keluar lebih dari 750,000 orang Palestin, dan lebih dari 400 desa Palestin terhapus.



Pelarian Dari Nakba

Lebih dari tiga perempat juta orang Palestin melarikan diri dari pembunuhan 1948-49 berada di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Di tempat-tempat inilah masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup, melihat rumah dan tanah mereka sendiri, melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentera mengusir mereka keluar. Israel terus melakukan kekejaman, pada bulan Jun 1967 menduduki sisa dari mandat Palestin - Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Semenanjung Gaza - dan terus merampas tanah Palestin, menempatkan pemukiman Yahudi berskala besar.

Perancangan Israel
Setiap pembongkaran rumah dan rampasan tanah meningkatkan jumlah pelarian Palestin. Gaza telah diubah menjadi kem penjara terbesar dalam sejarah, dengan serangan keganasan dan pengeboman tentera Israel.

Palestin secara berperingkat diusir dari Baitulmuqaddis, walaupun terdapat peruntukan sebagai corpus pembahagian antarabangsa oleh PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.




Nakba masih berterusan



Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir mustahil bahkan ia mustahil berlaku.


Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:





Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.


Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.




Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.


Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Tembok pemisah gergasi..


Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.


Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan.

Apa peranan kita sebagai umat Islam??

Sumber :
  1. http://ikhwannain.blogspot.com/2011/05/nakba-kecelakaan-palestin-15-mei-1948.html
  2. http://zainurrashid.com/
  3. http://badarkisas.blogspot.com/
  4. http://www.amanpalestin.net



May 14, 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia...



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


  • Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

  • Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

  • Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


  • Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. Sebagai contoh : derma.


  • Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


  • Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..Contohnya, waktu kerja banyak.. tetapi tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja. =) )


  • Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

  • Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.


  • Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 


Kesimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan sebagainya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.. Oleh itu, sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. 

Selamat Beramal.. Wallahualam.. =)


May 11, 2011

Ada apa pada Dua Kalimah Syahadah? Edisi II



Rukun-Rukun Syahadah:

  1. Ikrar: Ikrar akan keesaan Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya.
  2. Iktikad: Mempercayai atau meyakini bahawa hanya Allah lah tuhan yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yang menyampaikan wahyu dari Allah.
  3. Iktiraf: Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui kebenaran   kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
  4. Amal: Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi akan tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan menunjuk-menunjuk. Amal dengan penuh ikhlas terhadap Allah Taala.


Cara pengucapan Syahadah yang betul:  

  • Membaca mengikut hukum tajwid.
  • Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu.
  • Mengucapkannya dengan penuh khusyuk.
  • Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mengucapkannya.
  • Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah. 

Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah.
     
  • Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah.
  • Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya).
  • Biadap terhadap Rasulullah s.a.w.
  • Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam.
  • Memberikan sokongan dalam menentang Islam.
  • Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang engkarkannya.
  • Mengubal undang-undang selain Islam.
  • Melaksanakan hukum yang bukan Islam serta tidak merujuk kepada hukum Islam.
  • Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.
  • Taat kepada yang selain Allah.
  • Menjadikan dunia matlamat utama bagi kehidupan dan bukan akhirat.
  • Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis atau menafikan semua sekali.
  • Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.
  • Menghina sesuatu dari Al Quran atau sunnahnya atau menghina orang-orang yang ingin menegakkannya.
  • Takut dalam menegakkan kalimah Allah dan riang dalam menegakkan maksiat.
  • Menafikan sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w. dan tidak mengakuinya sebagai contoh terbaik.
  • Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syariat Islam.


Semoga perkongsian ini mampu menambah pengetahuan pembaca dalam memahami makna sebenar Syahadah yang kita sentiasa ucap tiap kali kita solat.

Wallahualam.. =)


May 10, 2011

Ada apa pada Dua Kalimah Syahadah?


KONSEP SYAHADAH


Dari segi bahasa:

Syahadah bereti penyaksian.

Dari segi istilah:

Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah utusannya. Atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian melalui amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi  Muhammad itu pesuruhnya.



Konsep Syahadah:
  1. Syahadah adalah merupakan penyaksian atau pengakuan seseorang yang terbit dari hati yang benar-benar faham dan bukannya hanya setakat lafaz di lidah sahaja.
  2. Di zaman Nabi Muhammad S.a.w. ucapan syahadah bukan suatu lafaz yang mudah untuk diucapkan oleh sesorang dimana mereka yang tidak sanggup melafazkannya terdiri datipada Abd. Mualib, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.
  3. Di zaman Nabi juga seorang Badwi datang bertanya Nabi s.a.w. katanya: "Apakah yang engkau bawa hai Muhammad?" Jawab Baginda: "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad pesuruhnya." Maka katanya: "Jika ini yang engkau bawa, engkau akan mendapat tentangan kaum mu dan engkau akan dibenci."
  4. Semua Nabi-nabi yang terdahulu membawa konsep yang sama (Syahadah). Firman Allah Taala: "Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu menyembah Aku."
  5. Syahadah adalah bermakna pengakuan yang sebenar-sebenar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah, yang berhak dipatuhi selain dari Allah. Perintahnya terkandung di dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran bererti mematuhi perintah Allah.
  6. Syahadah adalah ucapan lidah dan pengakuan (ikrar) hati serta membuktikannya dengan perbuatan.
  7. Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri dan kepatuhan diri dibawah satu peraturan hidup sahaja yang dinamakan Islam.
  8. Syahadah juga bermakna pembahagian dua perkara:
  • Tauhidkan Allah.
  • Syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya s.a.w. 


Keperluan Syahadah:
  • Syahadah adalah anak kunci Islam. Mengucapkannya adalah anak kunci muslim.
  • Di dalam sesebuah pertubuhan, ikrar taat setia sudah menjadi kebiasaan, dan di dalam Islam Syahadah merupakan ikrar seseorang untuk terus berjuang dan hidup diatas landasan Islam.
  • Pokok atau tunjang bagi Islam adalah Syahadah. Mengucapkannya adalah bererti meneguhkan lagi iman atau meletakkan tunjang Iman dalam dada.
  • Syahadah adalah umpama bendera perjuangan Islam. Motif perjuangan adalah menegakkan Islam di muka bumi.
  • Matlamat hidup dan mati terkandung di dalam syahadah iaitu menuju keredaan abadi dari Allah dan mendapat syafaat Rasulnya.

Pengertian Syahadah.
  1. Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah.
  2. Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada Tuhan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan, yang perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan yang Maha Berkuasa melainkan Allah sahaja.
  3. Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya makhluk yang lain yang hanya kepadanya ditumpukan kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  4. Bererti:Daku berikrar dengan sebenarnya akan mematuhi setiap titah yang terkandung di dalam Al Quran dan larangannya.
  5. Terkandung dua perkara: a) Menafikan – Tiada Tuhan. b)Menetapkan – Melainkan Allah.
  6. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah.
  7. Aku berikrar dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itulah yang diutuskan Allah sebagai Rasul membawa cahaya kebenaran, membawa syariat, cara hidup, titah-perintah Allah dan segalanya dari Allah tanpa menokok tambah atau mengurangi sedikit pun.
  8. Aku berikrar dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang patut di ikuti kerana Baginda adalah utusan Allah Taala.



Sama2 kita fahami maksud sebenar di sebalik dua kalimah agung yang menjadi teras pertama rukun Islam... wallahu'alam..=)


May 9, 2011

Hairan ya??

Hairan ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau..
tapi.. Begitu kecil bila kita bawa ke supermarket...



Hairan ya..
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir..
tapi.. Betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak...


Hairan ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid..
Tapi.. betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen,wayang di pawagam dan melayan youtube..



Hairan ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat...
Tapi.. Betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan atau kekasih hati..




Hairan ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita..
Tapi.. Betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang...




Hairan ya..
Susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja..
Tapi..Majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dihadam...




Hairan ya..
Orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert.. 
Dan.. berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar...


 
Hairan ya..
Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita..
Tetapi.. untuk acara lain seperti menonton wayang.. annual dinner atau high tea.. Jadual kita boleh diubah sekelip mata...




Hairan ya..
Sukarnya orang mengajak menyebarkan dakwah..
Tapi.. Mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip..


Hairan ya..
Kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet..
Tapi.. Kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.



Hairan ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa...



Hairan ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email..
Tapi.. Bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali..




JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT..





 “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 41)


“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mumin bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan).” 
(Surah Al-Ahzab : Ayat 47 – 48 )

Selamat beramal.. =)


Terhangat