Sep 9, 2011

Soal Jawab Tentang Qada Solat..


Soalan Pertama
Solat yang manakah yang perlu didahulukan?
SOLAT QADA atau SOLAT PADA WAKTUNYA?

Jawapan:
Solat pada waktunya perlu dilaksanakan kerana itu masa yang terbaik dalam mengerjakan perintah solat, yakni masa yang afdal...
Namun dalam masa yang sama..
Perlu diambil berat solat qada pada masa terluang..
Serta menangguhkan dulu solat sunat demi memberi laluan kepada solat qada yang lebih diutamakan ketika itu...



Soalan Kedua
Bolehkah mengQADA solat Maghrib pada waktu ZOHOR atau perlukah mengQADA solat Maghrib dalam waktu Maghrib, solat Subuh dalam waktu Subuh dan seterusnya?

Jawapan:
Tidak semestinya mengqada sesuatu solat itu mengikut masanya..
Bahkan anda dibolehkan untuk mengqada semua waktu solat tanpa mengikut masanya...
Contohnya, boleh qada solat Asar dalam waktu Subuh dan begitu juga waktu yag lain.



Soalan Ketiga
Adakah dibolehkan mengQADA solat pada waktu yang diharamkan solat, seperti selepas solat fardu Asar?

Jawapan:
Solat qada ini masa perlaksanaannya tidak terbatas..
Boleh dikerjakan bila-bila sahaja walaupun pada waktu haram seperti solat Asar.



Soalan Keempat
Perlukan mengQada solat mengikut turutan yakni solat Subuh..
Kemudian Zohor, Asar dan seterusnya?
Atau bolehkah mengQADA solat Subuh sahaja pada hari ini...
Contohnya, bagi lima kali Subuh yang tertinggal dan kemudian pula QADA lima kali solat Zohor keesokkan harinya?

Jawapan:
Cara pertama iaitu dengan tertib adalah terbaik...
Sekiranya mahu mengerjakan lima kali Subuh dalam masa satu hari..
Hukumnya adalah sah tetapi makruh...


**************************************************


Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu mengurankan kekeliruan tentang bagaimana perlaksanaan solat Qada.
Selamat beramal..
Barakallahufik.. =)

Sumber: m/s 36, Ustaz Syed Mohd, Fadzli al-Yamani, Qada Solat, Soal Jawab Solat, Majalah Solusi Isu 13 (2010).

7 comments:

  1. Asalamualaikum, bolehkah qada dilakukan sebelum kita mengerjakan sholat zuhur?
    ==> contohnya sudah masuk waktu sholat zuhur tapi di lakukan qada subuh dahulu kemudian teruskan dgn sholat zuhur.

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz,sy kje n waktu rht saya pada waktu zohor,mslh sy ialah,pada waktu asar sy tdk dpt menunaikan,blh x sy wat smbhyg asar walaupn blm msk wak2nya dan apa niatnya ustaz,blh ustaz emailka. jwpan2 ke email sy,mustaffamahat@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Sy x pasti sudah brp kali sy tertinggal solat.. 1) Bolehkah sy mengqada' kelima-lima solat(suboh,zohor,asar,maghrib, isyak) sekarang sedangkan masa yg ada sudah berbulan-bulan pun sy x qada' solat?
    2) berapa kali perlu sy qada untuk satu solat'??

    ReplyDelete
  4. salam..saya telah meninggalkn solat zohor dan asar hati ini.usai solat magrib saya qada asar..namun xsempat qada zohor azan masuk waktu isyak pulak.jadi boleh kah saya qada solat zohor setelah solat isyak itu?tlg bri pnjelasan.terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalaimulaikum admin, izinkan saya copy ilmu ini untuk disebarkan.Waalaikumussalam

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. As salam. Saya menqada solat di surau tetapi tiba2 ada makmum datang sembahyang mengingatkan saya sembahyang waktu, bagaimana saya hendak memberitahu kepada makmum itu

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat