Nov 14, 2009

Salam Imtihan, Ya Ikhwan

Bulan Zulkaedah bakal berganti dengan tibanya Zulhijjah.

Kebetulan pula peperiksaan akhir semester bagi tahun 2009 ini bersamaan dengan akhir Zulkaedah. Alhamdulillah, semua pelajar IPGM dapat merayakan Aidil Adha pada masa cuti. No more worries!

5 November 2009, majlis bacaan Yasin dan solat hajat berjamaah sempena peperiksaan akhir semester ini telah diadakan di Surau Nurul Yaqin IPGM Kampus Kent. Bacaan Yasin dipengerusikan oleh al-akh Muhammad Faiz Razak dan diketuai oleh al-akh Hanif selepas solat fardhu maghrib. Seterusnya, al-fadhil Ustaz Mohd. Fauzi Hassan memimpin solat hajat berjamaah selepas solat fardhu isyak. Semoga Allah menerima amal ibadah ini dan memakbulkan hajat yang diminta.

Kami jawatankuasa Surau Nurul Iman mengucapkan salam imtihaan, selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh warga penuntut IPGM seMalaysia dan juga IPGM Kampus Kent, khasnya. Semoga berjaya dengan cemerlang dan layak meneruskan pengajian, insya Allah.

* P/S : Formula Kejayaan :

1 - Usaha - menetapkan matlamat, menentukan strategi yang berkesan dan seterusnya melakukan tindakan susulan. hendaklah usaha ini dilakukan secara istiqamah (konsisten).

2 - Doa - memohon kepada Allah sentiasa agar dikurniakan petunjuk, berkat dan bantuan. adalah amat baik untuk melaksanakan solat hajat dan istikharah.

3 - Tawakkal - setelah dilaksanakan segala usaha dan banyak berdoa, maka serahkanlah kepada Allah untuk Dia tentukan hasil akhir dari usaha itu. Setiap yang Allah takdirkan itu ada hikmahnya, ada baiknya, walaupun jika ia pahit untuk diterima. ALLAH MAHA BIJAKSANA.

Good Luck!


MAKA BERTAWAKKALLAH KEPADA ALLAH! (^_^)

by the hand of : Cikgu Anz - http://anzsensei.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat