Jan 15, 2012

Tazkirah Ringkas Dari Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki..

Terdapat beberapa perkara yang dapat dihighlightkan di sini: 

Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita. 

Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita? 
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya. 

Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid? 
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha... Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran. 

Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita. 

Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah. 

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya.. Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) dan Alhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi). 

Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).

Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)




Selamat beramal..
Barakallhufik..




2 comments:

  1. Terima kasoh atas ingatan.Muga saudara sekeluarga berada di bawah Rahmatnya.amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasoh atas ingatan.Muga saudara sekeluarga berada di bawah Rahmatnya.amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat