Jan 15, 2012

Kenapa Hanya Lima Waktu Dalam Solat?

Dari Google.

Ali Bin Abi Talib RA meriwayatkan, suatu hari kaum Yahudi bertanya kepada Rasulullah SAW perihal kewajiban solat lima waktu, berkenaan waktu perlaksanaannya. Rasulullah SAW menjawab:

Waktu Zohor:
'Adapun diperintah solat pada waktu Zohor kerana pada saat matahari tergelincir, alam dan isinya bertasbih kepada Allah. Pada waktu ini, Allah membuka pintu-pintu perkenan bagi para hambaNya yang berdoa. Allah memerintahkan solat pada waktu Zohor supaya doa-doa yang mereka panjatkan pada waktu itu diterima olehNya.'

Waktu Asar:
'Sedangkan perintah solat pada waktu Asar pula kerana syaitan menebarkan bisikan jahat dalam diri Adam AS pada waktu ini, yang menyebabkan Adam terpedaya memakan buah Khuldi. Oleh sebab itu, Allah memerintahkan Adam AS solat pada waktu ini untuk menunjukkan taubatnya atas khilaf (kesalahan) yang dilakukannya.'

Waktu Maghrib:
'Adapun perintah solat pada waktu Maghrib kerana Allah menerima taubat Adam AS pada saat matahati terbenam. Dan diperintahkan kepada Adam AS untuk solat pada waktu ini, guna menyatakan taubat di hadapan Allah.'

Waktu Isyak:
'Sedang perintah solat pada waktu Isyak kerana Isyak merupakan waktu solat para Nabi dan Rasul terdahulu.'

Waktu Subuh:
'Adapun perintah solat pada waktu Subuh kerana matahari terbit di antara dua tanduk syaitan, yang pada waktu ini orang kafir bersujud menyembah matahari. Oleh sebab itu, umat Muhammad diperintah bersembah sujud kepada Allah pada waktu Subuh sebelum 'waktu' orang kafir menyembah sesuatu selain Allah.'


*******************************

Dari Google.

Ali Bin Abi Talib RA juga meriwayatkan bahawa suatu ketika, kaum Yahudi bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pahala yang diberikan Allah kepada orang yang mendirikan solat. Rasulullah SAW berpesan,
"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat pertengahan."

Waktu Zohor:
Pada waktu Zohor, api neraka Jahanam dinyalakan. Orang-orang beriman yang mengerjakan solat pada waktu Zohor, bakal diharamkan ke atas diri mereka wap dari api neraka Jahanam di hari Kiamat.

Waktu Asar:
Waktu Asar adalah saat nabi Allah Adam AS memakan buah Khuldi. Orang-orang beriman yang mengerjakan solat Asar, akan diampuni dosa-dosa mereka, sehingga suci seperi bayi yang baru dilahirkan.

Waktu Maghrib:
Waktu Maghrib adalah saat taubat Nabi Adam AS diterima Allah. Orang-orang beriman yang tulus ikhlas mengerjakan solat Maghrib, kemudian meminta sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan perkenankan doa mereka.

Waktu Isyak:
Adalah waktu yang gelap gelita. Laksana kubur yang gelap serta hari kiamat. Orang-orang beriman yang berjalan di tengah gelap gelita malam untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah akan mengharamkan ke atas diri mereka api neraka. Allah juga memberi anugerah kepada pelaku solat Isyak cahaya untuk menyeberangi Titian Sirat.

Waktu Subuh:
Waktu Subuh ialah sebelum matahari terbit. Orang-orang beriman yang mengerjakan sola Subuh selama 40 hari secara berjemaah, Allah SWT bakal memberi mereka dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan daripada jilatan api neraka.
2. Dibebaskan daripada sifat hipokrit (munafik).

Kesimpulan:
Allah SWT menentukan lima waktu untuk solat wajib disebabkan wujud belas kasihNya kepada para hamba. Disebabkan solat wajib lima waktu dapat menghapus dosa-dosa dan keburukkan. Solat wajib lima waktu juga membuahkan kemuliaan dan meninggikan darjat para pelakunya, sama ada dalam kehidupan dunia mahupun kehidupan akhirat.





Sumber: Misbah Em Majidy, Menyukat Solat Diri, 2009. Kemilau Publika SDN.BHD: Selangor Darul Ehsan.

Dari Google.


2 comments:

  1. salam ziarah..
    alhamdulillah perkongsian ilmu yg sgt brguna selagi kita sebagai umat Islam...oleh itu, jgnlh kita tinggalkn solat 5 waktu shari smlm krna Allah telah mmbrikan sbb2 trtntu yg prlu di jdikn pedoman dlm hidup utk trus mngerjakan solat 5 wktu.

    ReplyDelete
  2. Akue - Syukran jazilan dgn nasihat dan peringatannya.. Insya Allah.. mga kita sama2 istiqamah untuk mendirikan solat 5 waktu.. ^^

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat