
Daripada buku 101 Doa & Adab Pelajar Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
SEBELUM BELAJAR
- Berdo’a.
 - Tarik nafas: Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak. Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.
 - Cara duduk: Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik
 - Tentukan tajuk: Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.
 - Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.
 - Tentukan tempoh masa
 - Berapa lama hendak membaca.
 
SEMASA BELAJAR 
- Tunjuk denagn jari: Seperti mengaji Al-Qur’an.
 - Fahamkan dan bayangkan Otak akan sentiasa aktif. Contoh: membaca mengenai HAJI. Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah. Seolah-olah berbual dengan jemaah. Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.
 - Selang-selikan dengan rehat: Setiap 30 minit berehat 5 minit. JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio. Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.
 
 SELEPAS BELAJAR 
- Tutup buku.
 - Ingatkan/bayangken kembali apa yang telah dibaca. Jika masih belum faham sepenuhnya, ulangi pembacaan. Bacaan pertama untuk faham. Bacaan keduan untuk mengingat.
 - Bincang dengan sahabat sekumpulan tentang topic yang telah dipelajari. Bertanyalah dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut, terutamanya guru yang mengajar sesuatu ilmu itu pa kita.
 
No comments:
Post a Comment
Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!