Jul 2, 2009

Usrah Tanpa 'Cahaya'?


Seperti minggu-minggu sebelum ini, aktiviti Usrah Umum untuk Muslimat di kampus ini akan mengisi ruang pada setiap hari Khamis sejurus selepas solat Isyak. Begitu juga pada hari ini. Walaupun para Naqibah sedang berada dalam 'mood' praktikum, namun aktiviti mingguan ini tetap diteruskan. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ahli-ahli usrah yang sudah lama tidak dijenguk iman dan rohaninya. Namun belum pun sempat salam dihulur, tangan dijabat, khabar ditanya, tiba-tiba sahaja 'kegelapan' yang terlebih dahulu menjelma. 'BLACKOUT'. Apa yang berlaku seterusnya?


Sejurus sahaja menunaikan solat Isyak secara berjemaah, kami hanya duduk-duduk sahaja sambil berborak kosong. Muslimat yang hadir pada waktu itu hanyalah sekitar 10 orang termasuklah beberapa orang Naqibah. Ketika itu semuanya sepakat untuk membatalkan sahaja usrah ini atas alasan 'blackout'. SMS pun telah dihantar kepada rakan-rakan lain untuk memberi makluman kepada mereka. Namun, tidak lama selepas itu, muncul lagi beberapa orang Muslimat yang seterusnya menyebabkan kami sepakat mengubah 'plan'. Ya. Usrah tetap diteruskan walaupun tanpa 'cahaya' yang menerangi. Alhamdulillah.




Terima kasih kepada adik-adik yang sudi hadir. Ketiadaan 'cahaya lampu' tidak menghalang kita untuk berusaha mencari 'cahaya hidayahNya'. Disebabkan tidak ramai, usrah diadakan secara bergabung. Semua Naqibah dan ahli-ahli usrah yang hadir duduk bersama dalam satu halaqah. Santai. Apatah lagi sambil menikmati kerepek Johor yang dibawa oleh salah seorang naqibah. Begitu bersemangat sekali semuanya memberikan pandangan mengenai topik yang dibawa oleh para naqibah. CINTA. Apakah pandangan yang diberikan? Will update later.


:: updating ::


Pelbagai pandangan telah dikongsi oleh muslimat yang hadir mengenai CINTA. Secara tuntasnya, setelah dicampur tolak darab dan bahagi, inilah hasilnya.....(renungan untuk kaum hawa)


"Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah. Allah tidak akan membiarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya kerana Allah begitu menyintainya. Akan tetapi, jika hati kita bergelumang dengan cinta lelaki (lebih-lebih lagi yang melanggar batas yang ditetapkan Islam), pernahkah kita merenung kejadian itu? Adakah kita sedar akan ujian yang diturunkan Allah itu? Dan kadang kala tanpa kita sedari, Allah mendatangkan kesedaran dalam hati kita untuk meninggalkan cinta yang dipenuhi dosa itu. Hal ini menunjukkan Allah mahu mengambil kita semula untuk dijaga dan dipeliharaNya...." Wallahualam...



7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. subhanallah...

    wpun tnpa cahaya zahir, namun nur dalaman itu lebih bermakna dr segalanya...

    ReplyDelete
  3. makaseh naqibah ku syg..
    korang bnyk bantu sya untuk dalm mencari sesuatu yg lebih bermakna dlam hidup ini...

    syg kakak naqibah smua!!
    ^_^v

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua...
    mg segala yg kita lakukan mndpt keredhaan dariNYA...=)

    ReplyDelete
  5. yang penting jangan tertipu dengan cinta manusia yang tidak punya matlamat kerana Allah swt......

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. mcm mana usrah muslimin??? T_T mcm x dak

    ReplyDelete

Syukran Jazilan Sahabat! Semoga perkongsian memberikan info yang bermanfaat kepada anda! Semoga Rahmat Allah Senantiasa Bersama Anda! Insyaallah!

Terhangat