BISMILLAHI-RROHMAANI-RROHIIM
Kali ini aku  telah diizinkan Allah untuk membaca satu lagi buku yang amat - amat  besar faedahnya terutamanya buat para Muslim yang cintakan ilmu.
Dengan ini juga,  post aku kali ini secara langsung merupakan "book review" aku yang kedua  selepas buku biografi Sultan Muhammad al-Faatih yang lalu.
Berkenaan tajuk  dan pengarang, anda sendiri dapat baca dari gambar kulit buku ni kan.  Ok, kita hanya ulas dengan ringkas isi kandungan sahaja.
Melalui pembacaan  aku, pengarang banyak menyertakan hujjah berlandaskan "quotation" dari  buku - buku yang lain, yang lebih utamanya ialah beliau banyak bersandarkan kepada dalil- dalil  Al-Quran dan hadith. 
 Pengarang secara peribadinya menyatakan beliau  sepemikiran dan sependapat dengan Muhammad Isa Dawud (juga penganalisis  isu Dajjal), di mana mereka sependapat bahawa dajjal  itu adalah seorang manusia dan bukannya sebuah bangsa,  organisasi mahupun suatu konsep yang abstrak seperti mana dakwaan  sesetengah pihak.
Menurut penulis buku ini, dajjal ialah seorang manusia yang lahir dari percampuran antara  benih (gamet) manusia (ibunya) dengan jin, dengan kata yang lain,  ibunya pernah disetubuhi oleh jin. Maka oleh  sebab itu dajjal memiliki banyak kelebihan yang tidak ada pada manusia  biasa. Contohnya, dajjal memiliki kebijaksanaan yang luar biasa,  bebas bergerak antara alam jin dan manusia serta mampu menukar rupa  sesuka hatinya (seperti para jin yang dapat menjelma sebagai haiwan dan  manusia).
Dajjal adalah manusia yang Allah  panjangkan umurnya sehingga ke akhir zaman. Dikatakan bahawa dajjal  telah lama hidup sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Semasa kenabian Nabi Muhammad S.A.W., dajjal diikat di suatu  pulau sekitar laut Yaman dan sempat ditemui (di pulau itu) oleh seorang  sahabat Rasulullah iaitu Tamim Ad-Darimi. Setelah kewafatan  Rasulullah S.A.W., dajjal berjaya membebaskan diri lalu ber'hibernasi'  di alam jin dan akan kembali pada akhir zaman nanti. 
Dajjal telah mengembara ke seluruh bumi, lama pada masa dahulu,  kecuali Madinah. Dalam setiap tempat yang dikunjunginya itu, dia telah tinggalkan monumen - monumen yang penuh  misteri sebagai tanda peringatan bahawa dia akan kembali semula pada  akhir zaman kelak. Antara monumen misteri itu termasuklah Stonehenge, Piramid - Piramid Mesir, Aztec dan China,  dan juga patung gergasi Pulau Easter. Sejak dulu lagi aku  kehairanan dan takjub akan kemunculan benda - benda pelik ni, sekarang  baru aku faham dan puas hati.
Banyak gambar disertakan dalam buku ini. Tu yang  aku suka.. ^_^ 
Seperti biasa, setiap buku pasti ada kelemahannya. Antara yang  dapat aku kesan ialah kesalahan - kesalahan dalam menaip dan istilah.  Akan tetapi, kesilapan itu tidaklah sebesar nilai manfaat dan faedah  yang kita dapat daripada ilmu yang disampaikan penulis.
Di akhir buku ini  pengarang telah menghuraikan berkenaan Surah  Al-Kahfi yang banyak mengandungi petunjuk yang berguna dari Allah  dan bagaimana Surah Al-Kahfi dapat  menyelamatkan kita, JIKA KITA  BERAMAL DENGAN KANDUNGAN SURAH INI. Pengarang mengatakan  bahawa beliau akan menerbitkan siri kedua, lanjutan dari buku ini kelak,  insya Allah.
Akhir kalam, kalau  boleh aku nak semua muslimin muslimat memiliki buku yang amat berharga  ini sebagai ilmu yang besar faedahnya terhadap diri  kita , keluarga dan sahabat kita, dan keturunan kita kelak.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy,  beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah  berkhutbah di hadapan kami.  Dalam khutbahnya itu Baginda banyak  menyentuh masalah Dajjal. 
Baginda  telah bersabda:  
"Sesungguhnya tidak  ada  fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada   fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT   ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir   sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil   datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan   aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela   bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap   orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang   mukmin."

