Jul 24, 2010

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-

"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-

Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."

Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.


Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-




Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).


Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-



(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.


Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-


Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.


Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Baca Artikel penuh di http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html

Jul 11, 2010

Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak


Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak
www.iluvislam.com
Rasailul Ashwaq
Editor: Rasailul Ashwaq

Aishah r.a. telah ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w. lalu beliau menjawab, “Akhlaknya adalah Al-Quran.”

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu, dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah)." (Surah An-Nahl: Ayat 89)




Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, di iLuvislam.com sendiri, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?


Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.


Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: "Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar."


Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, "Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan."


Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Jul 9, 2010

Bulan Rejab - Nama dan Kelebihannya

R.E.J.A.B





Sebenarnya terdapat beberapa bulan dan tempat yang mendapat tempat yang istimewa pada sisi Allah berbanding yang lainnya. Tetapii tingkatan sesetengah tempat dan masa adalah berdasarkan sumber-sumber yang sohih. Banyak hadith yang meriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab adalah lemah ataupun palsu dan semestinya kita hendaklah mengambil sumber yang sohih sebagai panduan dan asas kepada hujah-hujah kita dalam mengatakan tentang bulan Rejab.

Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa terdapat beberapa peristiwa yang sangat penting berlaku semasa bulan Rejab iaitu malam Isra' dan Mikraj (menurut beberapa pendapat), peperangan Tabuk dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada kaum salib di tangan Salahuddin Al-Ayyubi. kita seharusnya mengingati peristiwa-peristiwa ini kembali dan mempelajari resipi kejayaan daripada generasi lepas.

Syaikh 'Atiyyah Saqr, bekas pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar berkata;

Al-Hafidh Ibn `Ali ibn Muhammad ibn Hajar Al-`Asqalani, seorang tokoh ilmuwan Islam menulis satu kajian yang detail bertajuk “Tabyeen Al-`Ajab bima Warada fi Fadl Rajab.” Ibn Hajar mengatakan bahwa hampir semua hadith yang melaporkan tentang kedudukan bulan Rejab dan kelebihannya dengan berpuasa dan solat sunat adalah tergolong di dalam hadith-hadith yang lemah dan palsu.

Beliau juga berkata bulan Rejab memiliki 18 nama, yang mana yang terpopular adalah Al-Asamm (Bulan Pekak). Ianya kerana tiada bunyi-bunyian pedang yang di dengari sewaktu bulan ini yang juga tergolong di dalam bulan haram di mana peperangan tidak di benarkan. Ia juga di kenali sebagai bulan Al-Asabb (Bulan Pemberian) kerana di percayai bahwa kebaikan melimpah kepada orang ramai pada bulan ini. Ia juga di kenali sebagai “penyingkir besi”. Abu Raja’ Al-‘Utaridi berkata, “Kami dahulu sebelum Islam menyembah batu. Tetapi apabila kami menjumpai batu yang lebih baik, maka kami akan membuang batu yang pertama tadi dan mengambil yang baru. Jika kami tidak dapat mencari batu, kami akan mengumpulkan tanah dan kemudian membawa domba dan susu ke atasnya, dan melakukan tawaf di sekelilingnya. Apabila bulan Rejab datang, kami akan menghapus dan membuang besi-besi pada tombak dan anak-anak panah.” (Al-Bukhari)

Kelebihan dari Rajab adalah seperti kelebihan bulan suci yang lainnya.

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.”

(At-Tawbah 9: 36).

Nama-nama bulan suci ini telah disebutkan dalam sebuah hadits yang sohih Nabi saw. dalam haji wada. Menurut hadits ini, terdapat empat bulan suci, tiga berturut-turut-yaitu, Dhul-Qi `dah, Dhul-Hijjah, dan Muharram dan keempat adalah Rajab, yang datang antara Jumada Thani dan Sha` ban.

Menurut ayat di atas, maka sesungguhnya Allah swt, telah memerintahkan umat Islam untuk tidak menyalahkan diri sendiri (atau lainnya), khususnya di bulan suci ini. Jadi tidak ada di antara suku-suku yang berperang selama bulan ini, sehingga masyarakat akan menjamin bahwa jalan ke Rumah Suci akan aman. Hal ini ditunjukkan oleh Allah Maha Kuasa berkata dalam ayat lain:

“kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan Yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(At-Tawbah 9: 5).

Antara lain kata-kata orang pada bulan haram ini dalah untuk menghindarkan daripada membuat dosa atau membuat kesalahan kepada orang lain. Beberapa ulama memesan supaya untuk tidak melakukan kesalahan terutama dalam bulan suci dan jiak berbuat kelasahan seperti membunuh orang, wang tebusan yang perlu di bayar akan meningkat sepertiga jika tindakan ini dilakukan selama bulan suci. Tetapi untuk dicatat bahwa fatwa itu tidak berdasarkan bukti langsung dari Al Qur'an atau Sunnah.

Berpuasa sunat secara sukarela puasa di bulan suci, termasuk Rajab, sangat dianjurkan. Abu Dawud melaporkan daripada Mujibah Al-Bahilyyah bahwa Nabi saw. berkata kepada ayahnya atau bapa saudara,

"Berpuasalah untuk beberapa hari di bulan suci dan tinggalkan puasa pada hari lainnya.

Baginda saw. berkata ini tiga kali, dengan melipat dari tiga jari dan kemudian dia membukanya kembali. Nabi menggunakan tiga jari di sini adalah dimaksudkan untuk menegaskan rekomendasi dari beliau untuk berpuasa pada bulan ini, dan bukan untuk menunjukkan jumlah hari untuk mengamati puasa itu.

Oleh karena itu, melakukan perbuatan baik, termasuk puasa, di bulan Rajab pada umumnya merpuakan hal yang terpuji seperti hal tersebut di bulan suci yang lain. Menurut Ibnu Hajar, tidak ada hadits, apakah sohih atau hasan, yang melaporkan tentang kelebihan berpuasa di bulan Rejab.

Among the weak hadiths circulated about the special rewards entailed by fasting in Rajab is this:

“There is a river in Paradise called Rajab; its water is whiter than milk and sweeter than honey.” Di antara hadis lemah yang berligar di kalangan masyarakat tentang kelebihan khusus oleh puasa di Rajab adalah ini:

"Ada sebuah sungai di surga disebut Rajab; dengan air putih dari susu dan manis daripada madu. Dia yang berpuasa sehari dari pada bulan Rajab adalah seperti orang yang berpuasa keseluruhan bulan, dia yang berpuasa tujuh hari daripanya akan diberikan perlindungan terhadap tujuh pintu neraka, dia yang berpuasa selama lapan daripanya, lapan pintu surga akan dibuka baginya, dan orang yang berpuasa sepuluh hari daripanya, maka perbuatan buruk akan berubah menjadi orang baik. "

Ada lagi hadits yang panjang dilaporkan tentang hal ini, "Rajab adalah bulan Allah Maha Kuasa, Sha` ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan ummatku. " Hadith ini adalah hadith palsu. Ia juga disebutkan dalam Al-Jami `Al-Kabir oleh As-Syuti hadits ini yang dilaporkan oleh Abu Al-Fat-h ibn Abu al-Fawaris dalam bukunya Amali sebagai hadits mursal (satu hadits yang langsung dikaitkan kepada Nabi tanpa menyebutkan para sahabat yang meriwayatkan).

Antara hadith palsu yang menyatakan kelebihan solat sunat di bulan Rejab adalah: "Barang siapa yang melakukan salat Maghrib di malam pertama Rajab, kemudian menawarkan dua puluh rakaat, dua-dua, membaca dalam setiap rakaat surah Al-Fatihah dan surah "Qul huwa Allahu Ahad," Allah swt. akan menjaga dia, keluarganya, kekayaannya, anak-anaknya, ia juga akan diberikan perlindungan terhadap hukuman dari azab kubur dan akan melalui jembatan di atas neraka seperti tanpa hisab atau terkena hukuman (di akhirat). "

Ibnu Hajar mendedikasikan dalam satu studi tentang perkara di atas, secara keseluruhan bab untuk melaporkan tentang hadis yang melarang berpuasa seluruh bulan Rajab. He then said, Dia kemudian berkata, "larangan ini berlaku untuk orang yang berpuasa kerana mengikuti tradisi era pra-Islam yang memuliakan bulan ini. Tetapi jika dia berpuasa di bulan ini kerana Allah untuk kepentingan sendiri tanpa menetapkan hari-hari tertentu atau malam-malam tertentu untuk solat malam, tidak ada apa-apa salah dalam hal ini. Larangan yang dimaksudkan di sini adalah sejajar dengan larangan sebagaimana dimaksud dalam hadits Nabi "Jangan mengkhususkan malam (sebelumnya) di antara Jumat malam untuk salat dan tidak memilih Jumat sebagai hari untuk berpuasa."

Adapun orang yang melihat puasa di bulan Rajab, percaya bahwa selama puasa itu lebih patut lebih dipuji daripada puasa di bulan lainnya, hal ini menimbulkan perselisihan di kalangan ulama, tetapi Ibnu Hajar berpendapat bahwa hal ini tidak dibolehkan.

Ibnu Hajar juga mengutip kata-kata Abu Bakr At-Tartushi-berkata dalam Al-Bida `wa al-Hawadith," Tidak disarankan untuk mematuhi puasa di bulan Rajab jika hal ini dilakukan dari salah satu dari tiga tujuan, salah satunya adalah untuk melakukannya dengan memparcayai bahwa puasa adalah wajib seperti puasa Ramadan, atau sebagai tindakan mengikuti Sunnah, atau bahwa puasa adalah lebih patut dihormati dan dihargai daripada puasa di bulan lainnya. Jika hal-hal di atas adalah benar, Nabi (peace and blessings be upon him) tentu sekali akan menjelaskannya. Menurut Ibnu Dihyah, puasa secara umum adalah perbuatan baik, tetapi tidak boleh diamati dan percaya tentang imbalannya pada bulan Rajab. Umar tidak akan merekomendasikan puasa di Rajab menurut kepercayaan ini."

Mengenai mengunjungi makam di lan Rajab, banyak orang, terutama perempuan, yang biasa untuk mengunjungi makam pada hari Jumaat pertama dari Rajab. Tidak ada dalam Shari `ah merekomendasikan bahwa perbuatan seperti itu, dan hal tersebut mendapat balasan yang lebih baik daripada mengunjungi makam pada hari biasa lainnya.

Umat Islam seharusnya mengingats peristiwa-peristiwa penting yang terjadi dalam sejarah Islam selama bulan ini, seperti malam perjalanan Isra’ dan Mikraj menurut sesetengah riwayat, peperangan Tabuk, dan kemerdekaan Masjid Al-Aqsa daripada kaum Salib di tangan Salah ad-Din Al-Ayubi (538 H.). Umat Islam harus mengambil pelajaran sejarah yang mulia ini, sehingga mereka dapat bersatu kembali dan berusaha untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa semula daripada penjajah Yahudi Zionis yang zalim. (dakwah.info/sumber terjemahan-io)


Terhangat