Jan 31, 2010

BUKU BEST - dari anzsensei.blogspot.com

 

BISMILLAHI-RROHMAANI-RROHIIM
Kali ini aku telah diizinkan Allah untuk membaca satu lagi buku yang amat - amat besar faedahnya terutamanya buat para Muslim yang cintakan ilmu.

Dengan ini juga, post aku kali ini secara langsung merupakan "book review" aku yang kedua selepas buku biografi Sultan Muhammad al-Faatih yang lalu.

Berkenaan tajuk dan pengarang, anda sendiri dapat baca dari gambar kulit buku ni kan. Ok, kita hanya ulas dengan ringkas isi kandungan sahaja.
Melalui pembacaan aku, pengarang banyak menyertakan hujjah berlandaskan "quotation" dari buku - buku yang lain, yang lebih utamanya ialah beliau banyak bersandarkan kepada dalil- dalil Al-Quran dan hadith. 

 Pengarang secara peribadinya menyatakan beliau sepemikiran dan sependapat dengan Muhammad Isa Dawud (juga penganalisis isu Dajjal), di mana mereka sependapat bahawa dajjal itu adalah seorang manusia dan bukannya sebuah bangsa, organisasi mahupun suatu konsep yang abstrak seperti mana dakwaan sesetengah pihak.

Menurut penulis buku ini, dajjal ialah seorang manusia yang lahir dari percampuran antara benih (gamet) manusia (ibunya) dengan jin, dengan kata yang lain, ibunya pernah disetubuhi oleh jin. Maka oleh sebab itu dajjal memiliki banyak kelebihan yang tidak ada pada manusia biasa. Contohnya, dajjal memiliki kebijaksanaan yang luar biasa, bebas bergerak antara alam jin dan manusia serta mampu menukar rupa sesuka hatinya (seperti para jin yang dapat menjelma sebagai haiwan dan manusia).

Dajjal adalah manusia yang Allah panjangkan umurnya sehingga ke akhir zaman. Dikatakan bahawa dajjal telah lama hidup sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Semasa kenabian Nabi Muhammad S.A.W., dajjal diikat di suatu pulau sekitar laut Yaman dan sempat ditemui (di pulau itu) oleh seorang sahabat Rasulullah iaitu Tamim Ad-Darimi. Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., dajjal berjaya membebaskan diri lalu ber'hibernasi' di alam jin dan akan kembali pada akhir zaman nanti.

Dajjal telah mengembara ke seluruh bumi, lama pada masa dahulu, kecuali Madinah. Dalam setiap tempat yang dikunjunginya itu, dia telah tinggalkan monumen - monumen yang penuh misteri sebagai tanda peringatan bahawa dia akan kembali semula pada akhir zaman kelak. Antara monumen misteri itu termasuklah Stonehenge, Piramid - Piramid Mesir, Aztec dan China, dan juga patung gergasi Pulau Easter. Sejak dulu lagi aku kehairanan dan takjub akan kemunculan benda - benda pelik ni, sekarang baru aku faham dan puas hati.

Banyak gambar disertakan dalam buku ini. Tu yang aku suka.. ^_^

Seperti biasa, setiap buku pasti ada kelemahannya. Antara yang dapat aku kesan ialah kesalahan - kesalahan dalam menaip dan istilah. Akan tetapi, kesilapan itu tidaklah sebesar nilai manfaat dan faedah yang kita dapat daripada ilmu yang disampaikan penulis.

Di akhir buku ini pengarang telah menghuraikan berkenaan Surah Al-Kahfi yang banyak mengandungi petunjuk yang berguna dari Allah dan bagaimana Surah Al-Kahfi dapat menyelamatkan kita, JIKA KITA BERAMAL DENGAN KANDUNGAN SURAH INI. Pengarang mengatakan bahawa beliau akan menerbitkan siri kedua, lanjutan dari buku ini kelak, insya Allah.

Akhir kalam, kalau boleh aku nak semua muslimin muslimat memiliki buku yang amat berharga ini sebagai ilmu yang besar faedahnya terhadap diri kita , keluarga dan sahabat kita, dan keturunan kita kelak.


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. 

Baginda telah bersabda:  

"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

Jan 26, 2010

Sabah Nan Indah

Assalamualaikum~!

Kita santai sebentar..

Khas untuk para pengunjung blog dari tanah semenanjung Malaysia, kami persembahkan keindahan bumi Sabah yang dingin namun hangat dengan kemesraan warganya.. Dipersilakan untuk muat turun ^_^



Lokasi : Ladang Ternakan Lembu DESA Cattle, Kundasang, Sabah.

Jan 16, 2010

sepanjang muharram 1431 di IPGM Kent

1. 1 januari 2010 / 15 Muharram 1431 : gerhana bulan yang dapat dilihat di seluruh Malaysia

2. 4 januari 2010 / 18 Muharram 1431 : kembali berkuliah di IPGM Kampus Kent & Perhimpunan Bulanan IPGM Kent Kali Pertama dalam tahun 1431 Hijri & 2010 Masihi

3. 12 januari 2010 / 26 Muharram 1431 : Kuliyah Maghrib (yang pertama dalam 1431 Hijri dan 2010 Masehi) yang telah disampaikan oleh Ustaz Rushdi

4. 14 januari 2010 / 28 Muharram 1431 : Pembubaran AJK Surau Nurul Iman IPGM Kent 2009 dan Pelantikan AJK Surau Nurul Yaqin IPGM Kent 2010

5. 15 januari 2010 / 29 Muharram 1431 : Sekali lagi gerhana berlaku.. Gerhana matahari..

Terhangat