Nov 26, 2009

Raye Aji


Assalamualaikum..

Raye aji..? Apa itu..?

Ok laa.. Orang Sabah bilang, "Hari Raya Haji" bah itu.. Hari Raya Aid-Al-Adha..


Warga Surau Nurul Yaqin dengan penuh kasih sayangnya mengucapkan Salam Aidil Adha kepada anda semua, saudara - saudari muslimin dan muslimat.

Jangan lupa, adalah amat dituntut untuk bertakbir pada setiap hari pertama, kedua dan ketiga hari raya Aidil Adha ini. Ia adalah suatu sunnah Rasulullah S.A.W.

Berkorbanlah kita pada setiap masa dengan segenap kemampuan dan kelebihan yang kita miliki demi Allah yang Maha Sempurna. Ya, memang benar Allah tak perlukan apa - apa dari kita, lembu - lembi dan unta - unti yang kita korbankan itu bukan untuk "dipersembahkan" kepada Allah sebagaimana para musyrikin mempersembahkan pelbagai jenis korban untuk sembahan mereka. Islam amat suci dari kesyirikan itu.

Apa yang kita harus faham ialah, pengorbanan kita demi redha Allah harus hingga ke tahap sanggup menumpahkan darah. "Eh, gila, patutlah ramai pengganas Muslim..?".. Haa.. Jangan silap.. Agama Islam itu amat tinggi kemuliaannya, dan tiada apa yg lebih mulia daripadanya kecuali Allah..

Apabila maruah agama Islam atau kaum muslim dicerobohi dan diganggu, harusnya kita pertahankan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri. Apabila umat Islam di Palestin, selatan Thai, selatan Filipina dibantai teruk oleh mereka yang tidak beriman, kita TIDAK PATUT BERDIAM DIRI terutamanya golongan yang mengetuai sesebuah kelompok umat Islam.

Kita mesti menyatakan tentangan yang tegas, sama ada dengan jalan diplomasi mahupun militari agar pencabulan itu terhenti. Bila kita tahu berlakunya kes murtad, jangan berdiam diri, korbankan harta, diri, dan apa jua yang patut demi mengembalikan maruah Islam. ALLAHUAKBAR! Allah Maha Besar.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki". 
 - Surah Ali 'Imraan ayat 169

"Labbaikallahumma Labbaik.. Labbaika Laa Syariika Laka Labbaik.. Innal Hamda wanni'mata laka wal-Mulk, La Syariika lak..!!".. lafaz talbiah yang membangkitkan kerinduan kepada Makkah dan Madinah yang tercinta..


Nov 21, 2009

AMALAN-AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

Alhamdulillah, telah tamatlah semester pengajian bagi tahun ini. Dan kini telah tiba bulan Zulhijjah yang mulia, Allahuakbar..! Di sini kami ingin kongsikan kepada anda, para pembaca yang dihormati, berkenaan amalan - amalan yang elok dilakukan dalam bulan Zulhijjah ini.. Kalau kita boleh menyambut Bulan Bahasa dengan pelbagai acara, mengapa tidak kita meriahkan Zulhijjah dengan amalan - amalan ibadah yang jauh lebih berfaedah buat kehidupan akhirat kita..?


Selamat beramal.. ^_^


a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 
 
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). 
 
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 
 
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. 
 
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 
 
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 
 
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. 
 
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 
 
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 
 
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : 
 
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
 
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 
 
Sebuah hadis menyebut  : 
 
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
 
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang)" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan)

************

sumber :  

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu &  Hukum oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

 

Nov 14, 2009

INFO BULAN ZULKAEDAH

Zulkaedah adalah bulan kesebelas dalam taqwim Hijrah.

Zulkaedah ertinya tempat duduk.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berhubungkait dengan ibadat haji dan umrah berlaku dalam bulan ini, iaitu pada tahun ke 7 Hijriah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk mengerjakan umrah yang pertama.

Amalan-amalan sunat di bulan Zulkaedah adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Zulkaedah yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

* sumber : Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Salam Imtihan, Ya Ikhwan

Bulan Zulkaedah bakal berganti dengan tibanya Zulhijjah.

Kebetulan pula peperiksaan akhir semester bagi tahun 2009 ini bersamaan dengan akhir Zulkaedah. Alhamdulillah, semua pelajar IPGM dapat merayakan Aidil Adha pada masa cuti. No more worries!

5 November 2009, majlis bacaan Yasin dan solat hajat berjamaah sempena peperiksaan akhir semester ini telah diadakan di Surau Nurul Yaqin IPGM Kampus Kent. Bacaan Yasin dipengerusikan oleh al-akh Muhammad Faiz Razak dan diketuai oleh al-akh Hanif selepas solat fardhu maghrib. Seterusnya, al-fadhil Ustaz Mohd. Fauzi Hassan memimpin solat hajat berjamaah selepas solat fardhu isyak. Semoga Allah menerima amal ibadah ini dan memakbulkan hajat yang diminta.

Kami jawatankuasa Surau Nurul Iman mengucapkan salam imtihaan, selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh warga penuntut IPGM seMalaysia dan juga IPGM Kampus Kent, khasnya. Semoga berjaya dengan cemerlang dan layak meneruskan pengajian, insya Allah.

* P/S : Formula Kejayaan :

1 - Usaha - menetapkan matlamat, menentukan strategi yang berkesan dan seterusnya melakukan tindakan susulan. hendaklah usaha ini dilakukan secara istiqamah (konsisten).

2 - Doa - memohon kepada Allah sentiasa agar dikurniakan petunjuk, berkat dan bantuan. adalah amat baik untuk melaksanakan solat hajat dan istikharah.

3 - Tawakkal - setelah dilaksanakan segala usaha dan banyak berdoa, maka serahkanlah kepada Allah untuk Dia tentukan hasil akhir dari usaha itu. Setiap yang Allah takdirkan itu ada hikmahnya, ada baiknya, walaupun jika ia pahit untuk diterima. ALLAH MAHA BIJAKSANA.

Good Luck!


MAKA BERTAWAKKALLAH KEPADA ALLAH! (^_^)

by the hand of : Cikgu Anz - http://anzsensei.blogspot.com

Terhangat