May 15, 2009

KEM REMAJA ISLAM PERINGKAT TUARAN

Pada tahun ini barisan Jawatankuasa Surau Nurul Yaqin telah memecahkan satu rekod tradisi dengan menganjurkan satu program peringkat daerah iaitu Kem Remaja Islam (KRIS). Program ini telah dijalankan atas kerjasama bersama Persatuan Siswazah Sabah. Program ini telah diadakan pada 3 hingga 5 April 2009 bertempat di SMK Sri Nangka Tuaran. Program ini melibatkan pelajar daripada sembilan buah sekolah menengah di daerah Tuaran.

meja pendaftaran muslimat


meja pendaftaran muslimin

peserta mendengar taklimat daripada pengarah program


Wajah-wajah AJK yang telah menjayakan KRIS Tuaran.

Tahniah dan syabas kepada barisan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga apa yang kita lakukan ini ada nilai ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

Adakah kita betul-betul Sibuk?



Firman Allah s.w.t.
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
~Surah Ali-Imran, ayat 114~





Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. ~Surah An-Nisa, ayat 40~






Skop amal kebajikan amat luas; dari semudah melemparkan senyuman yang menggembirakan orang lain sehinggalah sepayah mengorbankan harta dan masa untuk agama Allah. Ia mudah bagi yang mahu dan sukar bagi yang suka memberi alasan.

Ketika acapkali kita mengajak orang melakukan kebajikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti mengajak sahabat untuk solat jemaah di masjid atau mengajak sahabat ke program-program dakwah, acapkali juga kita mendengar alasan-alasan skema seperti 'takda masa la', 'bizy la nak siapkan homework', 'aku tak sempat pegi. Lain kali ek' dan macam-macam lagi. Maklumlah, 24 jam sehari amat pendek dan jika ke masjid nak solat jemaah, dah ambil masa 30 minit. Membazir masa namanya. Namun adakah kita benar-benar sibuk atau tidak mempunyai masa sedangkan dalam sehari, kita mampu:

  • menghabiskan 2 jam di depan laptop/komputer untuk 'layan' Youtube
  • menghabiskan 2 jam membaca manga/komik samada online atau offline
  • menghabiskan sejam untuk check akaun friendster/myspace/facebook dan melihat gambar terbaru rakan-rakan kita
  • menghabiskan 2 jam setengah menonton drama bersiri jepun/korea kegemaran kita di samping melihat awek-awek cun jepun/korea berlakon
  • menghabiskan 3 jam di hujung minggu untuk window shopping di shopping complex terutamanya di KLCC
  • menghabiskan sejam setengah sebelum tidur untuk bermain computer games
  • tidur terlalu lama; melebihi had yang sepatutnya
    dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada ummah

Jika kita kerap melakukan perkara-perkara di atas, patutkan kita memberikan alasan bahawa kita busy/sibuk tatkala kita di offer untuk melakukan kebajikan?? Jawapan di 'tangan' kita semua.

p/s: peringatan untuk penulis juga. ^_^

-iluvislam.com-


May 13, 2009

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM

Pemuda adalah harapan setiap bangsa untuk mengembalikan keagungan mereka.

Pemuda Islam perlukan:
• Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
• Faham dakwah dan cara kerja yang betulDakwah kurun ke 15 Hiirah.
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia
sedang menunggu-nunggu.
• Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
• Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85)
Musuh telah cuba merosakkan Islam.
Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.(manhaj hidup)
• Berjuang terus hingga mati.
Slogan & keyakinan kita :
• ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati
syahid cita-cita tertinggi’.
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik
kita.
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)
Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
• Menjadi pemerintah dunia.(Ustaziyyatul-Alam)
Lain-lain
• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin kearah
ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam
yang lain?
• Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
•Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan
merosakkan kita.
•Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.(tajarrud)
•Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
•Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
•Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus
berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh
gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta
untuk berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

Terhangat